BAB 1
SELEPAS 15 TAHUN…
“Woi pompuan, bangun.
Kau ingat kau tuan puteri, CEO syarikat besar nak bangun lambat-lambat?
Cepatlah bangun, kau tahu tak dah pukul berapa ni?” Kejut Opie yang gigih
menggugah tubuh badan yang sedang terbongkang di atas katil tu.
“Kau ni Sapeah
Miswan, bisinglah. Bagilah can aku tidur.Aku dah solat subuh lah tadi!” Selimut
diambil lalu ditarik menutup wajah.
“Kepala otak kau. Kau
tahu tak dah pukul 8.30
pagi? Kau dah lambat weh!”
Terbeliak biji mata
wanita itu apabila mendengar Opie menyebut waktu 8.30 pagi itu. Ternyata dia
telah terlambat hari ini. Sudah lah lah semalam dia lambat, kelmarin lambat dan
begitu juga dengan hari-hari yang lain. Dia tetap terlambat. Tapi nak buat
macam mana. Itu lah rutin hariannya. Siang kerja di kedai pakaian, malam kerja
di kedai makan. Orang yang kurang berpelajaran seperti dia, memang itu sahaja
yang dia kena lakukan untuk menyara keluarga di kampung. Niatnya berhijrah ke
Kuala Lumpur ni pun sebab nak cari rezeki yang halal.
“Woi, apasal kau tak
kejutkan aku? Habislah Encik Mizi membebel dekat aku nanti. Macam mana ni?”
Wanita itu menggugah tubuh Opie sekuat hati.
“Dah tahu lambat,
cepatlah mandi!”
“Ya, aku tahu lah!”
Terus saja kaki itu melangkah ke bilik air.
“Eh, kejap-kejap!”
“Apa dia?” Terjengul
wajah wanita itu dari dalam bilik air.
“Nah cik Seri! Tuala
kau!” Terus dihayunkan tangan tegak dan dihayunkan tangan ke arah Seri yang
sedang termangu di pintu bilik air.
“Kurang asam!”
“Dah tak payah nak
membebel. Aku nak pergi kerja dulu. Assalamualaikum cik Seri Hatika oiii,”
bibirnya disenyum menyindir sebelum beralih ke ruang tamu dengan gelak tawa
yang berdekah.
Tercungap-cungap Seri
Hatika berlari ke dalam premis Butik La Fea itu. Helmet disangkut ke lengan dan
dia berjalan laju ala-ala model sedang bercatwalk. Dibuat selamba semasa
melangkah melintasi meja pengurusnya Encik Tarmizi @ Miss Izzi.
“Seri Hatika Kesuma
Joyo!”
Gulp! Terhenti Seri
yang sedang berhati-hati melangkah ke dalam butik itu.
“Er, abang, eh silap
mak cik, eh silap kak, eh bukan, Miss Izzi. Ya, Miss Izzi paggil saya ker?”
“Yalah, siapa lagi?!”
Matanya dijengilkan.
“Er, tapi saya tak
ada nama Kesuma Joyo tu!”
“Suka hati I lah nak
panggil you apa. Ni ha, kenapa you lambat?”
“Err..saya..err..”
“You nak cakap you
bangun lambat lagi?” Soal Miss Izzi dengan nada penuh sinis.
“Yes!!! Pandai miss
teka. Tak payah saya nak cakap! Hihihi..Err..Maaf miss.” Senyuman dipamerkan
menampakkan gigi putih yang elok berbaris.
“You ni memang suka
cari fasal dengan I kan? You ingat you diva? Princess nak datang lambat? You
feeling-feeling ada labu yang berubah jadi kereta BMW X6 nak jemput you depan
rumah lah? Macam tu?”
“Memang pun!” jawab
Seri Hatikah dengan riang
dan gembira. Tiada rasa bersalah pun.
“Pandailah you menjawab
kan? Awas ya!”
Seri Hatikah hanya
tersenyum sungging mendengar leteran Miss Izzi itu.
Miss Izzi menghela
nafasnya sebelum dia menyambung.
“Dah lah, pergi
sambung kerja. Tapi I nasihatkan, kalau you tak mampu, better you berhenti jer
lah kerja. I tahu you penat kerja siang malam,” perlahan suara itu dituturkan.
“Ai ai kapten!”
Tangan diangkat separas dahi seakan-akan memberi tabik hormat.
“Tapi ingat!” seru
Miss Izzi menyebabkan Seri memusingkan badannya semula.
"Apa dia
miss?" Soal Seri dengan dahi berkerut.
“Jangan melacur
sudah!”
“Motif? Yalah, saya
tahu halal haram Miss Izzi oi..”
Seri melangkah ke
dalam bilik persalinan sebelum dia menukar pakaian. Beg sandang tepinya
ditanggalkan dan diletak di dalam almari. Tudung sarungnya dibetulkan. Bibr
dicalit dengan pemerah bibir dan mukanya diletak bedak sedikit.
“Cukup cantik dah ni!
Hihihi!" Puji Seri sendiri di hadapan cermin.
Itulah Seri Hatika
binti Sardi. Jika
difikirkan memang benar kata-kata Miss Izzi itu. Namun dia sudah alah dengan
semua itu. Alah bisa tegal biasa. Sejak kematiann arwah ayahnya lagi, dia sudah
biasa menjalankan kerja-kerja sebegitu. Hendak mengharapkan upah jahit emaknya
sahaja tidak cukup untuk menyara mereka 4 beradik. Jadi mahu tak mahu, dia
terpaksa bekerja meskipun dia berniat untuk menyambung pelajarannya ke menara
gading.
“Seri, lambat lagi
ker hari ni?”
“Macam biasa lah kak.
Seri tahu Seri silap. Tapi tu lah, sejak musim Piala Dunia ni, kedai Abang Zali
tu asyik penuh orang. Tu kadang-kadang sampai pukul 4 pagi Seri sampai rumah.”
“Tak boleh ke kau
minta balik awal dik?”
Seri memandang Kak
Fiqah sambil menggeleng perlahan dengan senyuman manisnya.. Anak jirannya
merangkap orang yang bertanggungjawab membawanya kerja di sini. Kalau diikutkan
sikap dia yang agak ganas sikit ni (sikit je lah), memang dia rasa macam pelik
nak kerja dekat butik. Tapi tak apa lah, asalkan halal ye dak?
“Boleh tu boleh kak.
Abang Zali tu memang bagi pun. Tapi Seri yang tak nak. Dapat duit lebih, siapa
tak nak kak?”
“Tapi jangan sampai
bebankan diri kau dik? Akak takut ada orang buat aduan. Miss Izzi tu baik
memang baik. Tapi kalau ada orang lain yang adu dekat pihak atasan, kesian juga
dia nak menjawab. Akak harap kau faham dik.”
“Yalah kak. Maafkan
Seri. Esok insyaAllah seri janji, Seri masuk awal. Sebelum Subuh dah terpacak
dekat depan butik ni ya kak?” Ujar Seri dengan senyum sengihnya.
“Kau ni akak cakap,
ada jer kau buat main kan?”
“Aduh, sakitlah kak.
Seri gurau jer. Ya, esok Seri masuk awal. Janji!” Seri berkata sambil tangannya
mengogosok-gosok bekas cubitan berbisa Kak Fiqah. Boleh tahan juga cubitan
minah ni.
“Tan Sri, kenapa ni?
Macam ada masalah jer,” tegur satu suara dari arah pintu.
“Oh, tak ada apa-apa
Cuma pening kepala sikit Mak Mah,” balas Tan Sri Habibah. Pengasas barangan
kulit berjenama dunia Hartz. Siapa yang tidak kenal dengan tokoh usahawanita
seperti itu. Salah seorang kebanggaan Malaysia kerana berjaya mengharumkan nama
negara di pentas dunia fesyen dengan rekaan produknya yang berkualiti tinggi. Sehingga
Queen Elizabeth juga pernah membida beg tangan kulit yang direkanya sempena
ulang tahun syarikatnya yang ke-30 itu untuk tujuan amal.
“Tan Sri nak ubat?
Biar Mak Mah tolong bawakan?”
“Eh tak apa Mak Mah.
Pening sikit jer ni. Harith mana? Tak nampak dia pun dari tadi?” soal Tan Sri
habibah. Sakit kepalanya ini juga berpunca daripada anak terunanya itu. Anak
tunggal kesayangannya.
“Oh, dia macam
biasalah Tan Sri. Dalam biliknya. Menelaah novel kegemarannya.”
“Hurm, tak apa lah
Mak Mah. Biarkan dia, saya nak berehat kejap.”
Tan Sri Habibah
menghantar Mak Mah ke pintu dengan pandangan matanya. Fikirannya masih lagi
ligat memikirkan kata-kata Zana, setiausahanya.
“Tan Sri tak rasa ke
apa yang Tan Sri buat ni macam…” Zana berjeda.
“Macam apa?” pintas
Tan Sri Habibah.
“I mean macam..pelik
Tan Sri. Maaf kalau saya cakap ni menyinggung perasaan Tan Sri. Tapi saya
takut…”
“Awak takut kerja
saya ni sia-sia? Awak takut saya tak jumpa apa yang saya nak?”
Zana mengangguk
lambat.
“Tapi tak salah kita mencuba
kan?”
“Errm...Tan Sri, saya
rasa banyak lagi cara lain.”
“Cara apa Zana. Cuba
awak cakap? Awak nak saya buat blind date antara Harith dengan anak kawan-kawan
saya?”
“Bukan macam tu
maksud saya. Cuma..”
“Ha, awak tahu kan
yang Harith tu sibuk sangat dengan study nya. Buku tak lekang sepanjang masa.
Bukan saya tak pernah cuba. Tapi awal-awal lagi dia tolak. Kalau jadi pun, dia
buatlah perangai yang bukan-bukan depan perempuan tu.”
Zana terdiam. Cuba
untuk mencerna kata-kata Tan Sri Habibah. Ya, memang benar. Harith itu tidak
lekang dengan bukunya. Sibuk mengejar title Doktor Falsafah. Sebab itu orang
panggil dia nerd. Zana bukan apa, dia risau jika rancangan ini tidak berjaya
seperti yang dirancang. Boleh bawa kerugian.
“Saya nekad,”
kata-kata Tan Sri Habibah memecah kesunyian.
Lama Zana berdiam
sebelum dia menyambung.
“Baiklah kalau macam
tu yang Tan Sri fikir, saya ikut saja. Semuanya akan saya aturkan.”
“Thanks Zana..”
No comments:
Post a Comment