Thursday, 27 November 2014

AKU, ISTERIMU BY ZAIDAH HARUN

PROLOG

Zaidah Harun

Gerimis di senja hari semakin lebat, membasahi bumi ciptaan Ilahi. Alhamdulilah, inilah antara tandanya TUHAN masih sayang pada hamba-hambaNya untuk terus menikmati nikmatNya yang tidak terhitung.Walaupun menggusarkan sekeping hati dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan ini namun bersyukurlah. TUHAN masih ingin memberi kita rezeki yang melimpah ruah melalui buminya yang basah dek gerimis senja.dari bumi yang basah, akan hidup tumbuh-tumbuhan. Hasilnya nanti akan menjadi sumber makanan untuk beberapa jenis kehidupan. Dari hujan ini juga akan terbentuk penambahan pada banyaknya air di muka bumi yang merupakan sumber utama sebuah kehidupan. Tidak hanya buat manusia tapi untuk seisi alam ciptaan TUHAN.
      “Pukul berapa majlisnya mula, Ustazah?” soal salah seorang peserta program Akhawat Mukmin di petang yang redup itu.
Aleya di sebelah menyikuku.
      Aku tersedar dari terus membaca teks forum perdana yang akan kubentang dalam beberapa minit saja lagi. Aku kurang pasti pulak siapa yang akan menjadi panel dua orang lagi selain aku, termasuk pengerusi juga. Aku resah sebenarnya kerana kami semua tidak dipertemukan terlebih awal untuk membincangkan tajuk petang ini melainkan hanya dikirim soalan-soalan yang perlu dijawab melalui emel sahaja. Aku bimbang seandainya pengisian kami ahli panel nanti akan sama dan bimbang pula akan menjadi pengulangan dan menimbulkan kebosanan terhadap peserta-peserta yang hadir. Bagiku, mengapa majlis ilmu seperti ini jarang mendapat sambutan adalah disebabkan kadang isi penyampaian dari panel yang tidak menarik minat dan ada isi pengulangan. Bukan kerana isi pengulangan itu tidak sesuai, cuma perlu berikan points penting yang lebih agar maksud tajuk boleh berkembang dan tidak tersekat hanya pada beberapa skop ringkas saja.
      “Kenapa?” soalku separuh berbisik.
      “Peserta kita bertanya tu.. bila majlis nak mula..” sambungnya perlahan.
Aku mengalih pandangan kepada peserta perempuan yang nampak manis dengan baju kurung dan bertudung litup itu.
      “Maaf ya… lebih kurang jam dua petang kita mula…” balasku sopan.
Dia sekadar mengangguk-angguk dan kembali semula ke tempat duduknya. Sebenarnya, program Akhawat Mukmin ini adalah anjuran masjid kampong sebelah dan kerjasama dengan beberapa buah sekolah agama berasrama serta sokongan pejabat daerah. Lantaran itu, beberapa pegawai ugama dan juga guru-guru ugama telah dilantik dan diundang untuk turut sama menjayakan program ini. Menurut kertas kerja yang dikirim, program ini bakal berlangsung selama empat hari. Banyak aktiviti sudah dirancang dan program ini memilih masjid besar ini sebagai lokasi ia dilaksanakan. Di antara objektifnya pula adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama mukmin-mukminat dan memantapkan pegangan agama.Majlis sebegini sebenarnya memberikan banyak manfaat. Kalau pun manfaatnya tidak nampak saat itu, mungkin faedahnya di masa depan.
“Assalammualaikum ustazah..”sapa seseorang yang sedang menghampiri kami.
Aku dan Aleya serentak mendongak. Senyuman di wajah itu mencoret debar di dada. Cepat-cepat aku beristighfar dan membuang pandangan sekilas.
“Boleh saya tahu yang mana satu Ustazah Auni Jazilah?” soal lelaki yang segak berbaju cara Melayu biru muda itu dengan sopan.
“Saya..” balasku pendek.
“Majlis nak mula tapi semua panel diminta berkumpul sekejap…” khabarnya. Aku pantas berdiri dari tempatku duduk. Aku sempat meminta diri dari Aleya untuk mengikut lelaki itu menuju ke tempat khas di dalam masjid itu. Sesampainya bertemu dengan panel-panel yang lain, aku bersalaman dengan pegawai ugama yang lain. Aku merasa segan pulak kerana dua orang panel itu adalah bekas guruku di sekolah dulu.
“ Dah besar Jazilah… Ikut macam kita juga…” puji Ustazah Suhana seraya menarik tanganku untuk duduk di sebelahnya.
Aku sekadar tersipu diusik ustazah-ustazahku itu. Aku sempat mengerling lelaki yang sedari tadi menggaris senyuman tidak jauh dari kami itu.
“ Kira kita bertiga ni panel lah ya..” sambung ustazah Marliani pula.
Aku mengangguk saja. Rasa segan sangat bila duduk sebaris pulak dengan bekas-bekas guru yang pernah mengajarku dulu.Terasa kerdil sedangkan mereka adalah ilmuan yang banyak menyimpan pengetahuan berbanding aku.
“ Dah kahwin, Jazilah?” soal ustazah Suhana.
Aku tersentak. Pantas aku menggeleng.
“ Belum sampai seru…” sahutku, membalas usikan. Jujur saja, aku memang sudah lali dengan soalan cepu emas itu kerana bukan setakat ustazah-ustazah yang kutemui ini bertanya tetapi banyak juga kawan-kawan seintake yang kini menyandang jawatan pegawai ugama, turut serta terlibat dengan program ini menanyakan soalan yang sama.
“Tak sangka Jazilah sudah besar… Alhamdulilah hebat juga kerjaya Jazilah ni…”sambung ustazah Suhana.
Aku menggaris senyuman kecil dengan pernyataan ustazah Suhana.Terasa sedikit dihargai dengan penat lelah pada perjuangan menuntut ilmu.
“ Biasa saja ustazah… tak banyak mana pun saya dapat..”
Ustazah Suhana dan Ustazah Marliani tertawa.
“ Tambahan lagi ustazah, saya teringat dengan ungkapan ini. Kalau ada murid atau pelajar yang berjaya hari ini, kita lihat kepada siapa gurunya. Alhamdulilah, Allah pinjamkan ustazah berdua untuk beri ilmu kepada saya suatu masa dulu…” aku berterus-terang.Kira aku dalam masa yang sama mengambil kesempatan membeli jiwa mereka dengan ucapan penghargaan yang dalam kiasan. Aku benar-benar merasa bersyukur kerana begitu tabah guru-guru memberi tunjuk ajar. Berkat keikhlasan memberi ilmu, itulah yang membuatkan kekal. Benarlah kata orang, bicara dari hati akan kekal sampai di hati. Dalam masa kami menanti untuk mula, ustazah Marliani sempat menambah isi cerita.
“ Kenal tak pengerusi kita tu?” soal ustazah Marliani berbisik padaku. Aku memandang kepada si gerangan yang dimaksudkan ustazah itu. Dengan pantas aku menggeleng saat anak mata pemuda itu menusuk jauh ke dasar hatiku.
“ Tak kenal…”
Ustazah Suhana dan Ustazah Marliani serentak tertawa.
“ Mana nak kenal, sebab dia dah berubah handsome…”
Aku sekadar diam, tidak menyahut usikan mereka. Ustazah berdua ini memang terkenal suka menyakat murid-muridnya sejak dulu lagi. Seingatku, aku dan teman karibku selalu juga disakat ustazah zaman sekolah dulu. Rupanya, waktu juga kadang belum merubah apa-apa.
“Itu Amirul Moaz…”
Dahiku berkerut.
Pernahkah aku seintake dengannya?

Tuesday, 25 November 2014

BERIKAN AKU SECEBIS KEBAHAGIAN BY DOMI NISA

BAB 3

duniadominisa.blogspot.com





Seperti yang dijanjikan, Pak cik Husin datang ke rumah mewah itu. Dengan berlagaknya dia menyerbu masuk ke dalam dan duduk di kerusi yang empuk sambil menyilangkan kaki. Lagak seperti tuan rumah saja. Orang-orang Tuan Haris kalut melarang tapi dia buat tak tahu. Siap mengugut lagi ada. Katanya, Tuan Haris  sayang dia sebab anaknya ada dalam gengaman Tuan Haris .
“Hai, Husin. Awal kau datang?” sinis soalan Tuan Haris  yang berada di anak tangga. Bunyi kekecohan di bawah memaksanya keluar  dari kamar beradu.
 Pak cik Husin mengherot mulut ke tepi tanpa membalas pertanyaan Tuan Haris. Tujuan kedatangannya adalah satu iaitu wang!
“Maafkan kami tuan, kami dah berusaha menghalang tapi....”
“Tak pe, kamu semua keluar dulu. Ini urusan aku dengan dia,” sampuk Tuan Haris  terlebih dahulu,  dia yang masih segak walaupun usia sudah mencecah angka 60-an sedang meniti anak tangga sampai ke bawah.
“Baik tuan.” Patuh si pekerja lalu keluar dari ruangan itu.
“Mana wang yang aku minta semalam?” tanya Pak cik Husin tanpa berselindung sebaik Tuan Haris  selesa di sofa yang bertentangan dengannya.
“Hahahaha!”  Tuan Haris gelak besar sebelum menyindir sinis Pak cik Husin.
“ Aku ingat kau datang nak jenguk  anak dara kau. Rupanya aku silap, kau datang nak tuntut wang kau saja?”
Kali ini giliran Pak cik Husin ketawa sinis. “Bagi aku wang adalah segalanya. Menanggung budak itu membuatkan hidup aku semakin derita!”
“Menderita bagi kau, bagi aku ia adalah anugerah yang paling indah. Dapat merasai kedua-dua hak kau,” sinis sekali sindiran Tuan Haris .
 Pak cik Husin memandang dengan wajah bengang.
Selesai mengenakan baju,  Afina keluar dari bilik bercadang untuk menolong Mak cik Imah masak. Sebaik menutup pintu  Afina terdengar suara ayahnya di bawah. Hatinya sangat riang.
“Ayah datang, pasti nak jumpa aku,” ujar  Afina teruja, dengan pantas dia berlari turun ke bawah.
“Jangan nak cakap banyak boleh tak?! Aku dah serah anak aku dekat kau, sekarang mana duit aku!” jerit Pak cik Husin seraya bingkas bangun dari duduknya.
Tuan Haris  hanya senyum dan berlagak tenang saja.
 Afina yang berada di anak tangga yang paling bawah sangat terkejut. “Ayah!” suara  Afina dengan air mata mengalir keluar.
“Apa yang ayah cakap tadi? Ayah bagi Fina dekat uncle Haris? Ayah mintak duit?  Ini bermakna Fina....”
“Ya. Aku dah jual kau sama seperti aku jual mak kau dekat Tuan Haris !” cantas Pak cik Husin belum sempat anaknya menghabiskan bicara.
 Afina tersentap. Lemah lututnya tapi dia cepat-cepat memaut tiang tangga. “Apa yang ayah cakap ni?” ujar  Afina dalam sendu.
Tuan Haris  masih tersenyum. Seronok pula dia menyaksikan drama sedih secara live  di depan mata, selalunya dia hanya menonton di televisyen sahaja.
 Afina bangkit lalu meluru mendapatkan ayahnya . “Ayah hanya bergurau je, kan? Ayah tak akan jual Fina, kan? Fina kan anak ayah....”  Afina merayu sambil mengoncang tubuh Pak cik Husin.
Pak cik Husin mendengus kasar. “Hey, Fina! Kau dengar sini. Aku memang dah JUAL kau dekat Tuan Haris , faham!” Pekik Pak cik Husin menekankan perkataan jual lalu menolak anaknya sampai tersungkur dibuatnya.
“Hoi, Husin! Dia sekarang dah jadi milik aku. Jangan sesekali kau berani sentuh dia!” marah Tuan Haris  lalu menghampiri  Afina.
“Fina takde apa-apa ke sayang?” soal Tuan Haris  begitu lembut dan penuh kehalusan.
“Lepaskan saya! Jangan sentuh saya!” marah  Afina sambil meronta sedikit. “Ayah...jangan buat Fina macam ni, Fina masih kecik lagi, yah....” rayu  Afina dengan tangisan semakin menjadi-jadi, dia merangkak perlahan-lahan untuk mendapatkan ayahnya.
“Aku nak duit aku sekarang!” minta Pak cik Husin entah ke berapa kalinya.
“Ayah... Fina tak nak tinggal sini. Fina nak duduk rumah kita. Fina janji, Fina tak nak pergi sekolah lagi, ya,” rayu  Afina lagi sambil menggeleng dan mengangguk kepalanya. Dipaut kemas betis Pak cik Husin, agar ayahnya ada rasa simpati.
Tanpa membuat masa Tuan Haris  duduk semula lalu mencapai buku cek yang sedia ada di kocek kemejanya untuk mengisi jumlah wang yang dijanjikan semalam.
“Nah, sekarang kau boleh pergi! Dan jangan pernah jejakkan kaki kau ke sini lagi!” ujar Tuan Haris  berbaur ugutan keras.
Pak cik Husin tersenyum lebar.
“Baiklah aku janji,”  ujar Pak cik Husin sambil mencium kepingan cek itu. Dia menepis anaknya dengan kaki lalu beredar dari situ dengan hilai seperti di rasuk syaitan.
 Afina lantas bangun untuk mengejar ayahnya. “Ayah!Tunggu Finaa....” 
Belum sempat dia membuka langkah Tuan Haris  pantas mencengkam lengannya. “Kau nak ke mana? Sekarang kau hak aku. Tiada siapa lagi boleh selamatkan kau! Dah masuk bilik sekarang!” gertak Tuan Haris.
“Fina benci ayah! Fina benci uncle!” pekik Afina seraya berlari naik ke atas.
Masuk sahaja ke bilik  Afina menyemban wajahnya ke bantal. Melimpah-limpah air matanya keluar dari takungan. Jika ditadah satu baldi pun belum tentu lagi cukup untuk menadah air matanya.  Mengenangkan nasib yang bakal menimpanya nanti. Keluar dari mulut buaya masuk mulut singa. Apalah nasibnya. Bertubi-tubi ujian ditimpa padanya. Kadang kala terbit juga di hati yang masih tidak matang untuk menyalahkan takdir. Kenapa harus dia yang terpilih untuk jalani hidup sederita ini?
Mak cik Imah yang mendengar segala-galanya turut membontoti  Afina ke atas. Dia menguak daun pintu lalu melabuh duduk di sisi gadis itu.
“Sabar Fina, mak cik faham perasaan kamu,” pujuk mak cik Imah sambil mengelus rambut  Afina yang panjang mencecah punggung itu.
 Afina lantas bangkit lalu memeluk erat tubuh si tua itu. “Mak cik.... Fina tak nak tinggal sini. Fina nak balik!” raung  Afina tersendu-sendu.
“Mak cik faham. Tapi buat masa sekarang Fina kena sabar dulu, jangan buat Tuan Haris  marah. Mak cik takut dia akan apa-apakan Fina nanti,” nasihat Mak cik Imah sebagai orang tua yang sudah lama makan garam dalam kehidupan. Dia yang tidak mempunyai anak walaupun sudah lama kahwin, tidak jemu untuk memujuk  Afina.
“Kenapa harus Fina Mak cik Imah? Kenapa? Allah tak sayang Fina ke?” soal  Afina sambil merenung wajah tua itu.
“Finaa.. kenapa cakap macam tu? Mungkin ada hikmah yang kita tak tahu, sabar ya,” Mak cik Imah masih memujuk.
“Fina dah tak tahan lagi. Fina rasa nak mati je. Dulu mak yang terpaksa tanggung dosa ayah. Sekarang Fina pulak! Kenapa ayah begitu kejam Mak cik?  Kenapa Allah tak cabut nyawa dia biar dia mati?! Tak perlu Fina lalui semua ini,” amuk  Afina, kesal dengan sikap ayahnya.
Mak cik Imah diam. Dia membiarkan  Afina melepaskan rasa yang terbuku di hati kecilnya. Dia juga simpati baru berusia 15 tahun sudah dianayai ayah kandung dan darah daging sendiri. Ke manakah sifat kemanusiaan yang ada pada diri si ayah itu?
 Afina teresak-esak dalam pelukkan Mak cik Imah akhirnya terlena. Mak cik Imah meletakkan kepala  Afina ke bantal perlahan-lahan agar gadis itu tidak tersedar. Lama dia menatap wajah suci itu.
Sabarlah nak, moga Allah akan melindungimu yang tidak berdosa. Doa Mak cik Imah sebelum melangkah keluar.
Tuan Haris  dari tadi tidak duduk diam. Ke hulu ke hilir dia berjalan. Serabut memikirkan tentang  Afina. Nafsunya berkocak setiap melihat wajah gadis itu.
 “Apa yang aku perlu lakukan supaya  Afina sukakan aku, ya? Aku tak boleh paksa dia secara kasar sebab dia masih terlalu muda. Hrmm... aku harus cari jalan. Haa.. aku tahu.” Tuan Haris  memetik jarinya menandakan dia sudah mempunyai idea.
Tuan Haris tersenyum sendiri. Kemudian dia menapak keluar dari biliknya dan menuju ke bilik sebelah. Bilik  Afina.  Dengan langkah ibarat tidak mencecah bumi, Tuan Haris  perlahan-lahan menghampiri  Afina yang sedang nyenyak tidur. Di tatap gadis itu seperti mahu ngap sahaja!
Dengan penuh bernafsu, dia mengelus lalu mencium rambut  Afina yang panjang mengurai itu. Dielusnya pipi  Afina dengan penuh ghairah. Bila bibirnya mahu melabuh di bibir nipis  Afina. Gadis itu tiba-tiba terjaga. Terkantoi berbuatan kejinya.
 Afina terkejut lalu menolak Tuan Haris  dengan kasar.
“Apa yang uncle cuba lakukan ni?!” pekik  Afina lalu mengesot ke sedikit. Di tarik kain selimut untuk menutupi tubuhnya dari diratap oleh lelaki miang itu.
“Err... Fina jangan salah faham. Uncle cuma nak tengok muka Fina kot-kot ada yang cedera,” dalih Tuan Haris  sambil menegakkan badanya. Dalam hati sudah menyumpah sebab tak dapat apa yang dia inginkan.
Uncle tipu! Uncle nak apa-apakan Fina, kan?!” Soal  Afina dengan pekikan dalam ketakutan.
“Ya Allah Finaa! Sampai hati Fina fitnah uncle macam tu. Demi Allah! Uncle sanggup bersumpah. Tak terlintas langsung di hati uncle nak lakukan berbuatan terkutuk tu,” selindung Tuan Haris  bersumpah bagai semata-mata mahu meraih simpati gadis muda itu.
“Kalau macam tu, kenapa uncle tak benarkan Fina ikut ayah balik?” tempelak Afina.
“Hrmm...sebenarnya Fina kena bersyukur sebab uncle bawa Fina ke rumah uncle. Uncle tahu perangai ayah Fina macamana. Dia ada cakap mahu jual Fina dekat rumah pelacuran. Uncle sanggup tawarkan diri dan sanggup bayar berapa saja yang ayah Fina mahukan supaya Fina tak dijual ke sana. Uncle kesiankan Fina. Fina masih muda, masih punyai masa depan yang cerah. Uncle ambil Fina nak jadikan Fina sebagai anak angkat sebab uncle nak Fina berjaya seperti remaja-remaja lain,” berjeda helah Tuan Haris  untuk menipu gadis yang naïf itu.
 Afina merenung wajah tua itu lama sebelum dia bersuara. “Betul ke uncle? Uncle tak tipu Fina?” duga  Afina masih ragu-ragu.
“Buat apa uncle nak tipu. Uncle sedar usia uncle sudah lanjut, kubur kata mari rumah kata pergi. Lagipun anak-anak uncle semuanya tinggalkan uncle. Fina di sini sekurang-kurangnya boleh temankan uncle, tak delah uncle sunyi sangat.” Tuan Haris  masih bermain kata-kata dengan  Afina. Hatinya sudah melonjak riang bila melihat wajah  Afina termakan dengan kata-kata ‘alim’nya.
Air mata yang menitis disekat laju seraya itu dia memeluk tubuh Tuan Haris .
“Terima kasih uncle kerana mahu menolong Fina,” ujar  Afina dalam tangisan tanpa ada rasa curiga lagi. Dia sangat gembira kerana ada lagi insan yang masih sayangkan dirinya ini.
Tuan Haris  membalas pelukkan itu dengan erat. Diusap lembut belakang gadis sambil menggaris senyuman jahat. ‘Akhirnya...’


BAWA AKU BERSAMA CINTA BY AMEERA ELISHA

 BAB 3

Ameera Elisha Wan Azzlan


M
ellysa tak senang duduk. Sedari tadi dia berjalan ke hulur ke hilir di dalam biliknya. Puas dia mengamuk pagi tadi setelah Afnan memalukan dia. Sakit hatinya terhadap Afnan masih belum surut.  Pantang lelaki menjatuhkan air mukanya sebegitu. Baginya Afnan perasan alim saja. Nampak gayanya dia bukanlah jenis lelaki yang wara’ cuma lelaki itu seorang yang sombong kerana kalau betul Afnan itu seorang lelaki yang alim, pasti dia tak akan masuk bidang seperti ini,jadi ustaz sahajalah.
Mellysa mengetap bibir. “I’ll make you show the real you, Afnan,” bisik Mellysa.
Di mindanya kini, diaturkan strategi untuk memerangkap Afnan supaya Afnan akan menunjukkan belangnya seperti lelaki-lelaki di luar sana. Kalau dulu Daniel juga seperti Afnan, tak pernah hendak mendekatinya tetapi sekarang, lelaki itu tergila-gilakannya. Siap bawa ke tempat tidur lagi.
 Mellysa yang tadinya mencuka, tersenyum saat teringatkan layanan Daniel yang cukup menggembirakannya. Leka dengan keseronokan bersama Daniel membuat mereka berdua terlewat bangkit. Padahnya, dialah yang lewat pulang untuk mengganti pakaian. Nasib baiklah daddynya sudah ke pejabat lebih awal. Jika tidak, pasti bergaduh lagi. Dia tahu sangat perangai daddynya yang tak akan menyerangnya di pejabat. Malas hendak bergaduh mungkin.
Mellysa mencapai telefon bimbitnya dan nombor Daniel didail.
Hello, sayang..” Suara menggoda Daniel menyapa telinganya membuat dia tersenyum panjang.
Hi, darling. I miss you so much. Don’t you miss me?” Mellysa membalas dengan intonasi yang cukup lunak dan manja.
Daniel di hujung talian ketawa. “ Oh dear! How dare you ask me that question. I miss you badly. Terasa lagi sentuhan belaian you. I’m going crazy, baby,” luah Daniel.
Makin melebar senyuman Mellysa. “ You’re such a sweet talker, honey.”
Mell, I do miss you so much. I wish you’re in my arms now.” Daniel masih giat mengayat Mellysa.
Mellysa ketawa kecil. “Hmm.. If you really miss me, come to me honey. I’m waiting for you,” duga Mellysa.
What? Are you out of your mind, baby? Tak takut kena marah dengan your beloved daddy?”
Oh my god! Soalan apa tu? Ini Mellysa okey. I’m not  afraid of anybody atau you yang takut?”
“Hey.. Mell, you ni macam tak kenal I je..”
So, come to me and prove that you’re not a chicken, honey.” Kali ini Mellysa benar-benar mencabar Daniel. 
Okay, fine honey. I’ll be there around twelve something. I ada meeting sekejap lagi. Wait for me baby. I miss you.”
Daniel yang rasa tercabar, akhirnya bersetuju. Mellysa keriangan kerana dia berjaya memujuk Daniel ke pejabatnya. Dia perlukan Daniel untuk meredakan tekanannya terhadap Afnan.  Mellysa membelek tubuhnya. Mujur dia terlintas hendak memakai skirt pendek hari ini. Senang kerjanya menggoda Daniel.
***
            Satu-persatu fail syarikat dibelek Afnan. Dia akui, bukan mudah untuk bekerja di syarikat yang gah namanya di Malaysia dan juga antarabangsa. Ianya perlukan komitmen yang tinggi.
Pada dasarnya dia hanya mencuba nasib dengan menghantar permohonan kerjanya pada Al-Malik Holding dan dia tidak letakkan sebarang harapan untuk peroleh jawatan itu kerana dia seorang fresh graduate dan tidak punya sebarang pengalaman bekerja namun dengan berkat dan doa maknya di kampung, akhirnya dia dipanggil untuk temuduga dan pada hari itu juga dia ditawarkan bekerja di situ. Dia tak habis-habis memanjatkan rasa syukurnya pada Yang Esa kerana peluang ini dapat membantu mak dan juga adik-adiknya di kampung.
            Sejak kematian ayah, kehidupan mereka anak-beranak terlalu perit. Mereka bukan tergolong dalam kalangan yang berduit. Hidup mereka adik-beradik bergantung pada pencarian mak mengambil upah menjadi pembersih rumah di sekitar kawasan kampung. Kalau maknya sakit, berlaparlah mereka hari itu. Selain itu, hidup mereka juga bergantung pada ehsan yang memandang. Afnan juga turut mengambil upah sebagai tukang kebun ketika dia masih bersekolah.
Walaupun hidup mereka begitu, pelajarannya adik-beradik tak terabai dan dia berjaya dalam SPM serta menerima tawaran menyambung pelajaran ke luar negara. Awalnya dia hendak menolak, tapi si ibu memaksa. Kata maknya, peluang hanya datang sekali dan mungkin itu yang akan mengubah hidup mereka sekeluarga. Afnan akur dan hari ini, ianya terbukti. Dia akan bawa keluarganya keluar daripada kekangan hidup yang pernah dilalui tapi itu tidak bermakna mereka akan lupa di mana bumi yang mereka pijak.
Tok!Tok!Tok!
            Afnan yang tadinya terperangkap dalam kenangan lampau, tersedar apabila pintu bilik diketuk.
“Encik Afnan, maaf menggangu.” Terpancul wajah setiausahanya, Kak Syima di muka pintu.
Afnan menyambut Kak Syima dengan muka manis dan penuh hormat. “Tak apa,kak. Ada apa iya?”
“Tak. Akak nak serahkan fail ni pada Encik. Tan Sri mintak Encik Afnan review dengan Cik Mellysa,”ujar Kak Syima lalu fail di tangannya bertukar tempat.
Afnan membelek-belek fail tersebut.
 “Perlu ke saya review dengan Cik Mellysa tu akak?” Laju saja soalan itu meluncur di bibirnya tanpa sempat dikawal. Dia tahu dia tidak sepatutnya mengajukan soalan sebegitu.
Kak Syima tersenyum. Dia seakan faham dengan reaksi spontan bos mudanya. Satu pejabat sudah heboh bosnya itu menolak untuk bersalaman dengan Cik Mellysa. Dalam diam, dia mengagumi Afnan. Anak muda di hadapannya itu tidak seperti anak muda lain yang suka mengambil kesempatan. Kalau orang lain, pasti cepat sahaja tangan lembut Cik Mellysa digengaggam. Bukan senang mahu merasa kulit lembut anak Tan Sri tetapi itulah Afnan. Lain daripada yang lain.
“Tak apalah,akak. Nanti sekejap lagi saya jumpa Cik Mellysa. Terima kasih iya akak.”
Kak Syima mengangguk. “Sama-sama. Kalau ada apa-apa, panggil akak iya. Akak keluar dulu.”
Afnan menghantar langkah Kak Syima dengan pandangan kosong. Masalah besar baginya jika berdepan dengan Mellysa. Dia tak kisah bekerjasama dengan semua staff Al-Malik Holding tapi bukan dengan Mellysa. Dia benar-benar tidak selesa.
Afnan meraup mukanya. Nafas ditarik sedalamnya lalu dihembus kuat. “Harap tak ada apa-apa yang buat kita bergaduh, Cik Mellysa,” desisnya sebelum ke bilik Mellysa.

***
            Afnan mengerling jam di pergelangan tangannya. Baru jam dua belas setengah. Dia memandang pula ke arah meja setiausaha Mellysa yang kosong. Hati Afnan kurang senang apabila setiausaha Mellysa tiada di situ. Nak juga dia bertanya tentang mood gadis itu. Baik ke tidak tetapi nampak gayanya, dia terpaksa redah sajalah. Satu saja kelemahannya saat hendak berdepan Mellysa iaitu jantungnya. Jantungnya terlalu kuat berdetak. Berkali dia menarik nafas supaya tenang, tapi tetap tidak menjadi.
            Afnan mengetuk pintu bilik Mellysa berkali-kali namun tiada balasan. Dia menggaru kepala. Teragak-agak untuk membuka. Dengan lafaz Bismillah, dia membuka pintu bilik Mellysa dan alangkah terkejutnya dia tika terpandang dua insan sedang asyik bermesra di atas sofa.
“Astaghfirullahalzim!” Afnan beristighfar kuat dan serentak keduanya berpaling.
Dalam keadaan kalut, Daniel dan Mellysa cepat-cepat membetulkan pakaian mereka yang sudah agak tidak terurus.
What the hell are you doing here?” marah Mellysa yang masih lagi membetulkan rambutnya yang kusut.
“Saya minta maaf. Saya dah ketuk berkali-kali tapi Cik Mellysa tak dengar. Saya cuma nak review fail ni dan saya tak sangka saya ter ‘review’ benda lain,” jelas Afnan. Sempat lagi dia selitkan nada sinis dalam bait bicaranya.
“Kau buat apa kat sini hah?” Giliran Daniel pula bertanya.
“Saya pekerja baru di sini. Saya minta maaf mengganggu walaupun saya tahu saya tidak bersalah kerana sekarang masih waktu bekerja. Kalau pukul satu tu boleh juga saya rasa bersalah mengganggu ‘kerja’ terkutuk Cik Mellysa dan Encik Daniel. Ops. Bukan bersalah tapi menyesal sebab saya pun terpaksa bersubahat dengan perbuatan zina kalian berdua.”
“Just stop it, Afnan. Tak perlu nak menyindir bagai. I tak faham dengan you, dari pagi tadi nak sakitkan hati I. Tak payah nak tunjuk alim sangatlah,” marah Mellysa.
“Saya tak berniat nak menyakitkan hati Cik Mellysa. Saya juga tak berlagak alim dan saya juga tak katakan saya alim tapi cukuplah saya melaksanakan tugas saya sebagai salah seorang kalifah di bumi Allah dengan menyuruh kepada kebaikan dan menegah daripada melakukan perkara yang terlarang,” balas Afnan berani.
Mellysa mengepal jemarinya. Dia bergerak menghampiri Afnan. Pintu biliknya ditutup rapat. Afnan sedang bermain api dengannya.
Mellysa menolak Afnan ke dinding. “I tahu you cemburu I dengan Daniel kan? You nak juga kan?” Sebaik ayat itu terluah, bibir Mellysa hinggap di bibir Afnan dan diciumnya lama. Mata keduanya bertaut.
Afnan yang seolah dipukau, kembali ke alam nyata. Dia menolak kuat tubuh Mellysa hingga gadis itu terdorong ke belakang. Mujur tak terjelupuk saja wanita itu. Kalau tidak, mahu bergegar satu pejabat dengan teriakan Mellysa.
“Kenapa, Afnan? You takut you jatuh ke tangan I?” sindir Mellysa dengan kening yang terjungkit. Puas sungguh hati dia dapat mengenakan Afnan.
Pang!
Lima jari Afnan hinggap di pipi Mellysa. “Saya bukan lelaki-lelaki yang Cik Mellysa kenal. Saya bukan sejijik dan sekotor kalian berdua. Saya harap Cik Mellysa tak payah nak perkotak katikkan diri saya. Cukup saja kalian bergelumang dengan dosa. Tak perlu nak heret saya sekali.”
Afnan menghempas kuat pintu bilik Mellysa. Dia sudah tidak peduli pada mata yang memandang. Dia terus masuk ke biliknya dan pintu di tutup rapat. Dia terduduk di kerusinya. Dia meraup wajahnya berkali-kali.
“Astaghfirullahalzim. Ampunkan aku, Ya Allah,” rintih Afnan.
 Seumur hidupnya, dia tidak pernah menyentuh mana-mana gadis sekali pun. Bukan tidak ada yang menggodanya ketika berada di United Kingdom dulu tapi imannya teguh mempertahankan dia daripada melakukan perkara yang terkutuk, namun tadi, untuk pertama kali, imannya goyah. Dia tewas pada renungan mata Mellysa.
Afnan menarik-narik rambutnya. Siapa sebenarnya kau, Mell?