Friday 15 May 2015

KAU YANG TAK DIUNDANG


BLURB




Novel Kau Yang Tak Diundang mengisahkan tentang seorang gadis yang berusia lewat 20-an bernama Leila Suria yang tersepit antara keadaan. Disebabkan oleh syarat yang telah digariskan oleh kedua ibu bapanya, adiknya Lily Serina hanya boleh berkahwin sekiranya dia telah berumah tangga. Manakala teman lelaki adiknya itu hanya memberi tempoh sebulan sahaja kepada dia atau hubungan cinta mereka terputus.
Atas sebab terlalu kasihkan adiknya, Leila Suria dengan berat hati terpaksa mencari calon suami buat dirinya sendiri. Kehadiran seorang peminat misteri yang menggelarkan diri sebagai ‘R’ yang saban hari mengirimkan jambangan bunga kepada Leila seolah membantu memudahkan jalannya untuk berkahwin. Tanpa berfikir panjang Leila telah MELAMAR peminat misterinya itu untuk menjadi suaminya.
Takdir tuhan tiada siapa yang menduga. Sesuatu telah berlaku pada hari pernikahannya. Pengantin lelaki telah BERTUKAR! Leila Suria yang sepatutnya bernikah dengan majikannya iaitu Rolland Fiqry telah bernikah dengan anak kepada lelaki itu Rio Alami Raqly, boss keciknya merangkap musuh ketatnya juga dek kerana kelicikan lelaki itu menipu bapanya gara-gara kononnya mahu menyelamatkan harta Rolland Fiqry daripada dikikis oleh Leila. Dalam sekelip mata juga kehidupannya yang tenang itu berubah. Tunggang langgang dan haru biru!
Leila Suria sangka pengorbanannya akan mampu membuatkan kehidupan adiknya bahagia namun sebaliknya pula yang berlaku. Pelbagai konflik mula timbul bila rupanya suami Lily Serina selama ini punya agenda dah tak pernah ikhlas memperisterikan adiknya itu.
Konflik demi konflik yang wujud dalam kehidupan Lily Serina sedikit sebanyak menarik Leila Suria dan Rio untuk campur tangan sekali sehingga menyebabkan hubungan Leila Suria dan Rio yang dingin dan tegang bertukar menjadi rapat dan tanpa disedari perasaan kasih dan cinta mula wujud antara mereka. Leila Suria sudah mula dapat menerima lelaki yang tidak pernah diundang itu ke dalam hidupnya begitu juga Rio yang mulanya membenci Leila sudah menjadi sebaliknya.
























No comments:

Post a Comment