BLURB
Walau liku hidupnya tak seindah orang lain, namun
Marha Karmila masih mampu tersenyum dan ceria. Segala kisah duka dulu cuba
dilupakan dan disimpan kemas, jauh di sudut hati. Namun, hanya kerana seorang
lelaki yang digelar naga, hidupnya berubah serta merta.
“Apa?? Awak
kata saya bagi awak bala?? Eh, hello,
saya dah minta maaf baik-baik. Suka suki
awak cakap saya macam ni ye? Dah lah muka merah macam
naga. Sedap mulut je cakap kita bawa bala”~ Marha
“Kau ambik
baju ni, basuh! Jangan basuh guna mesin., rosak nanti! And tolong
pulangkan secepat yang mungkin. Terima kasih!”~ Harraz
Persengketaan yang terjadi membawa
Marha masuk ke dalam keluarga Harraz. Namun kerana satu kejadian, kudup-kudup
kasih antara mereka mula berkembang.
“Aku tak ada alasan. Yang
pasti kau tak boleh. Aku tak layak untuk kau!”~ Marha
“Marha, aku tahu maksud kau,
segalanya. Aku tak kisah. Semua tu bukan salah kau, bukan kau yang
minta. Marha Karmila, izinkan aku melindungi kau.” ~
Harraz
Setelah beberapa bulan bahagia menjalani hubungan
sebagai suami isteri, sekali peristiwa aneh menjelma dalam hidup mereka. Sedang
Harraz dan Marha dalam keadaan terumbang ambing, Malina dan Natasha hadir
menagih kasih sekaligus menggoncang hati setianya.
Berjayakah Harraz menunaikan janji menjadi
pelindung sejati? Teguhkah dia menahan gelodak jiwa yang inginkan kasih sayang
seorang isteri sepenuhnya berbalas? Siapakah yang akan memenangi hati Harraz?
Malina, Natasha atau Marha? Dan siapakah yang bertanggungjawab ke atas
perubahan diri Marha selama ini? Siapa pula Hafeez yang cuba mendekati dan
mendapat perhatian Marha? Segalanya pasti tersingkap dalam Cinta Hatiku Encik
Naga.
No comments:
Post a Comment