PROLOG
“Bak sini
air tu Rina.” Tanpa menunggu jawapan daripada Rina, Chomel sudah merampas cawan
plastik lutsinar yang masih berisi separuh air soya itu.
“Chomel
a…awak….”
Bulat mata
yang sememangnya sudah bulat itu bila melihat Chomel yang sudah meluru
‘memandikan’ lelaki asing itu dengan air soya miliknya itu. Chomel… saya masih
nak minum air tulah…. Namun hanya sekadar terluah di dalam hati sahaja.
“Aku tak
tahu apa yang kau panaskan tentang aku ni tapi atas dasar simpati seorang
manusia aku tolong sejukkan kau sebelum kau terbakar rentung!” Selamba cawan
yang sudah kosong itu dihulurkan kembali kepada Rina dan Rina menyambut akur.
Masih dalam keadaan kurang percaya melihat apa yang baru berlaku sebentar tadi.
“Woiiiiii
basah baju aku!!!” Merah padam wajah Zaif dengan tindakan yang tidak dijangka
daripada Chomel itu. Tak sempat nak elak. Betul-betul dia tak dapat nak menduga
tindakan gadis itu.
“Padan
muka. Wekkkk!” Chomel mengejek siap menjelirkan lidah tanpa ada sedikit pun
riak bersalah di wajah.
“Woi
perempuan kau jangan nak lebih-lebih.” Penumbuk sudah mula digenggam. Kaki
sudah ringan melangkah. Bila-bila masa saja.
“Kenapa?
Sakit hati? Dah tak tahan ya? Buatlah kalau kau berani? Kau ingat aku takut ke
dengan kau tu.”
“Jangan
cabar aku perempuan.”
“Manalah
aku cabar kau. Kau tu yang tak berani. Mulut je cakap besar tapi pengecut.
Sungguh sampai sekarang aku tak faham apa motif kau serang aku dekat sini ni.
Kau ingat muka kau kacak sangat ke sampai asyik nak muncul dekat depan aku ni?”
“Pengecut
kau kata aku? Eh kau ni memang nak kenalah. Jangan panggil aku Zaiflah kalau
aku tak buat kau melutut dengan aku ni.”
Oh Zaif
nama dia. Barulah Rina faham. Hurmmm tapi macam mana Chomel boleh kenal dengan
dia ya?
“Hohoho…
macamlah aku pernah panggil nama kau sebelum ni. Buat apa aku nak melutut
dengan kau? Kau bukannya Tuhan untuk aku melutut dan sembah.” Chomel ketawa
mengejek. Sengaja.
“Tak
guna!” Zaif meluru mahu menyerang Chomel. Marah telah meranapkan akal warasnya
kala ini.
Puk!!!
“Aduh!”
Lantang dia menyerit bila terasa ada orang yang memukul kepalanya dari arah
belakang.
“Kah! Kah!
Kah! Apalah malang nasib kau ni Mat? Tadi kena mandi dengan air soya sekarang
kau kena ketuk pula dengan handbag Channel.
Aduhai sakit perut aku ni tau gelakkan kau.” Siap tekan perutnya lagi menahan
ketawa yang rancak keluar.
No comments:
Post a Comment