BAB 4
“RAZ! OOO
RAZ!”.
Jerit Datin Raudhah agak
lantang. Dia berdiri sambil bercekak pinggang, mendongak ke balkoni bilik
anaknya.
“Ya Allah, bila lah anak
aku ni nak hilang jetlag nya. Ni dah masuk tiga bulan
dah ni, alasan jetlag! Jetlag! Dia ingat aku ni tak
biasa ke oversea agaknya!” bebel Datin Raudhah
sambil mengherotkan bibirnya ketika menyebut perkataan ‘jetlag’. Datuk
Haidar ketawa melihat isterinya yang sedang membebel.
“Odah sayang, comel jugak
awak ni kalau buat muka macam tu ya, baru saya tahu bini kesayangan
saya ni ada bakat buat lawak.” Kata Datuk Haidar sekaligus meledakkan
ketawanya.
Datin Raudhah berpaling dan
memandang ke arah suami yang sedang asyik mengetawakan dirinya. Dia
berjalan ke arah gazebo kayu jati yang digunakan untuk bersantai setiap hari
bersama keluarga.
“Ewah, sedap abang mengata
saya ya? Duhai suami tercinta, tengok la perangai anak sulung kasayangan awak
tu. Ini dah pukul empat petang, matahari dah nak terbenam semula dah
boleh sesedap rasa dia tidur kat atas? Nasib baik hari ni Sabtu, pejabat cuti. Kalau
tidak? Memang tak ada peluang awak nak ajak dia ke pejabat.” Jawab Datin
Raudhah sambil melabuhkan punggungnya di atas gazebo itu. Air terjun
buatan serta kolam ikan yang dibina menambahkan lagi suasana ketenangan di
dalam Villa Kasturi.
“Biarlah Odah, dia masih
belum puas holiday lagi tu, saya dulu pun macam itu jugak. Baru
balik dari study dah kena kerja, masuk pejabat bagai. Itu
memang saja nak stresskan otak tu.
Buat apa kalau dia kerja tapi hati dia tak suka, saya tak nak anak
saya jadi macam saya dulu kerja dalam terpaksa. Hasilnya, kualiti langsung tak
ada. Akhirnya, daddy bagi saya cuti dua bulan, barulah saya betul-betul ready untuk
berbakti pada company. Lagipun tak perlu tergesa-gesa,
dia akan bekerja dengan syarikat keluarga, bukannya kena pergi interview ke
apa.” Datuk Haidar menjawab panjang lebar sambil menikmati pisang goreng
buatan isterinya. Datin Raudhah memang pandai memasak. Lagi-lagi kalau
kuih tradisional. Pisang goreng yang biasa ni kalau tukang yang
membuatnya adalah isteri tercinta, rasa sedap tu lain macam jadinya. Ada uumph! orang kata. Datin
Raudhah menjeling tidak puas hati.
“Ha, manjakanlah sangat
budak tu. Macamlah awak tu kuat sangat nak uruskan syarikat sekarang ni.
Saya bukannya suruh dia kerja teruk-teruk,
kurang-kurang bantu ringankan beban awak sikit pun cukuplah. Kalau
awak biar je dia macam ni, bila dia nak rasa pegang tanggungjawab? Ini
tidak, balik pukul tiga empat pagi, macam mana jetlagnya tak
ada? Anak dengan bapa sama saja.”
Datin Raudah muncung.
Pandangannya dialihkan ke kolam ikan di hadapan.
Sudah, ini yang menjadi
kelemahannya kalau si isteri dah menunjukkan muncung lapan belas. Dia
bergerak mendekati isteri tercinta dan dipeluk isterinya dari belakang.
“Odah, mendidik anak-anak
ni saya tak suka gunakan paksaan. Saya biarkan dia, bukan bermakna saya tak
pantau pergerakannya. Harraz tu, walau dia selalu balik lewat pagi, satu yang
saya bangga dengan anak saya, dia ikut pesan awak, jangan jejakkan kaki ke
tempat-tempat yang tak senonoh, tempat yang boleh datangkan bencana dan
bermacam-macam lagilah yang awak pesan tu. Paling tidak pun dia melepak di rumah
sepupu dia tu. Bukan ke mana pun. Kota Bharu ni tak ada apalah, bukan macam KL,
JB yang ada disko dan sewaktu dengannya tu.” Cerita Datuk Haidar
lagi. Dagunya ditongkatkan ke bahu Datin Raudhah.
Sepantas kilat Datin
Raudhah berpusing mengadap muka Datuk Haidar. See?? Ikan dah
makan umpan. Tiada lagi muncung 18 tu. Percayalah!.
“Betul
ke abang? Mana abang tahu ni? Ke abang saja nak pujuk Odah
ni?” Datin Raudhah merenung ke dalam mata suaminya. Menduga jawapan yang
dia terima. Datuk Haidar senyum.
“Betul sayang, abang upah
orang ikut Harraz. Anak muda sekarang bukan boleh percaya sangat, kita kena
ikut rentak mereka, baru mereka tak meletup tak tentu hala, kan
sayang?” Tanya Datuk Haidar manja. Dia memang seorang yang penyayang,
dan tidak malu-malu menunjukkan kemanjaan serta kasih sayangnya pada
keluarga. Seorang yang lemah lembut dan terlalu menjaga hati orang ramai.
Tiba-tiba,
“Papa, Mama! Raz kat atas
ni dah habis segala rasa cemburu tau!
Hahahahha..” jerit Harraz dari balkoni biliknya sambil ketawa. Datuk
Haidar dan Datin Raudhah mendongak ke atas.
Anak bujang dah bangun
rupanya.
“Tak
payah nak memekak kat atas sana tu, mai turun. Orang dah tiga kali makan nasi,
kamu sepinggan pun belum sentuh! Bertuah punya anak. Turun!” jawab
Datin Raudhah, suaranya ditinggikan sedikit untk memastikan Harraz betul-betul
dengar apa yang dicakapkannya. Dia masih lagi berada di dalam pelukan
suaminya. Tak perlu nak malu dengan anak sendiri, memang patut di tunjukkan
kasih sayang antara mereka kepada anak-anak, biar jadi contoh. Bukan
begitu?
“Yelah
mama, kejap lagi Raz turun. Raz nak mandi kejap. Mama dengan papa tunggu
tau, Raz ada benda nak bincang okay.” Ucap Harraz dan terus menghilangkan
diri di sebalik pintu gelongsor balkoni biliknya.
“Ada orang mengintip kitalah daripada tadi rupanya bang, malu la pulak
rasanya.”
“Buat
apa nak malu, ini yang patut ditonjolkan pada anak-anak. Kasih sayang kita
yang sentiasa mekar walau usia kita makin meningkat. Orang kata seiring dengan
perkembangan umur. ” Jawab Datuk Haidar. Berbunga-bunga betul! Kalah
orang muda yang bercinta!
HARRAZ kembali
melontarkan badannya ke atas katil. Kemesraan antara papa dan mama amat
menggembirakan hatinya. Seronok melihat cinta dan kasih sayang kedua orang
tuanya yang tak pernah pudar. Tersenyum-senyum sendirian dia sambil
memeluk bantal. Dipenyek-penyek bantal itu sambil berimaginasi. Huh!
Imaginasilah sangat, padahal berangan! Hehehehe…
‘Kan best kalau
aku ada isteri, boleh jugak manja-manja. Tak adalah kesepian macam ni,
asyik peluk bantal ini aje. Tapi kalau ada rezeki, tak nak pulak yang macam
mama dengan Risya, asyik memuncung je. Perempuan yang langgar aku kat mall tempoh hari pun sama, kena
sergah sikit pun dah macam itik mulutnya. Dah la bawak kereta macam dia seorang
je bayar cukai, aku ni menumpang je atas jalan tu gamaknya.’ Mindanya
berkomunikasi.
“Kenapa pulak aku ingat
pada perempuan yang mengopakkan poket aku? Tak masuk akal
betul!” Harraz membebel seorang diri apabila tersedar daripada angan-angan
yang baginya tidak masuk akal.
“Mengaku je Harraz itu saja
perempuan yang pernah kamu layan bercakap dalam dunia ni.” Kedengaran
satu suara mengejekknya.
“Ingat aku ni tak laku
sangat ke” jawab Harraz angkuh.
Eh! Bukan tak laku, tapi
memilih dan cerewet! Dari kecil sampai besar, mamanya, Risya, dan neneknya
sahaja rasanya perempuan dalam hidup yang dia rasa perfecto! Dalam perfecto pun banyak jugak
komennya. Rasa perfecto pun
sebab itu je wanita yang ada di sekelilingnya. Kalau ada yang tak kena pun, nak
kritik tak boleh. Mati kena tembak balik nanti dengan mereka bertiga!
Masa study dulu
pun, mana nak dipandang perempuan-perempuan lain, buang masa
katanya. Lagi-lagi kalau perempuan yang jenis suka merengek minta
perhatian. Oh! Tolonglaaah…
“Eh, sudahlah berangan,
buatnya adik tahu ada perempuan lain yang aku ingat, mau mati dia gelak, mandi
lagi baik.” Ujar Harraz sendirian. Dia bangun dan menghilang di
sebalik pintu tandas. Beberapa minit kemudian kedengaran air
mencurah-curah diselangi lagu Hindustan, Dil Hai Tumhara dendangan penyanyi
tak diiktiraf, Harraz sendiri!
“LAH…. Kat
sini rupanya mama dengan papa duduk, penat adik pusing satu rumah.”
Tiba-tiba Hafsya Risya,
satu-satunya anak gadis Datuk Haidar dan Datin Raudhah menegur. Mereka
berdua berpaling secara serentak ke arah pintu gelangsar yang menghubungkan
taman mini rumah mereka dengan ruang menonton di dalam rumah. Risya
tersenyum sambil melangkah ke arah mereka, dan terus mengambil tempat di gazebo
ukir itu.
Hafsya Risya, anak kedua
merangkap anak bongsu pasangan Datuk Haidar dan Datin Raudhah. Berumur 20
tahun, sedang mengikuti diploma di tahun akhir dalam bidang perakaunan di
Universiti Teknologi Mara. Seorang yang banyak cakap dan amat manja dengan
abangnya, Harraz.
“Risya dari mana ni? Mama ingatkan kamu ke
universiti.” Tanya Datin Raudhah sambil menuangkan jus epal ke dalam gelas
dan dihulurkan kepada anaknya. Risya menyambut.
“Eh mama ni, hari inikan Sabtu? Mestilah Risya cuti, mana ada pergi universiti.
Sekali sekala nak jugak rasa duduk di rumah, lagipun malas la nak drive ke
Machang tu, jauh tau.” Risya menyedut dan menikmati jus di dalam gelasnya.
“Mana la mama tahu, kamu selalu sangat sibuk beraktiviti kat Universiti tu,
jarang sangat kamu lekat dirumah... kan papa? Orang tu orang penting
universiti, habis semua kelab mahu dia join. Sekarangkan dah jadi
senior, lagilah.” Perli Datin Raudah. Datuk Haidar ketawa.
“Mama
ni saje je nak usik Risya, kalau Risya tak ada kat rumah, bising. Ini Risya ada
pun nak bising jugak? Ni yang rasa nak merajuk ni. Risya keluar
baru tahu.” Risya memuncung. Datuk Haidar ketawa.
”Ini spesis mama kamulah
ni, asal merajuk je muncung lapan belas tu keluar. Lepas ni papa boleh guna
bibir kamu untuk sangkut baju papa, tak payah beli almari dah. Sangkut je
penyangkut baju tu kat bibir.” Datuk Haidar ketawa lagi. Risya tetap
memuncungkan mulutnya.
Pap!
Bibir Risya ditepuk dengan
telapak tangan.
“Sakitlah!!” Jerit Risya
sambil memegang bibirnya yang mula merasa pedih. Harraz ketawa kuat, lalu
mengambil tempat di sebelah bapanya.
“Padan muka, muncung lagi
depan papa, mama. Ingat cantik sangat la duck face macam tu.”
“Dah mama yang usik Risya,
Risya merajuklah. Yang abang sibuk tepuk mulut Risya kenapa?” Bentak
Risya dengan suara yang bernada merajuk. Menahan geram.
“Ala…sayang abang dah
merajuk la, tak jadilah bawak adik kesayangan abang ni jalan-jalan kejap
lagi. Abang ingat nak ke Taman Tengku Anis kejap, nak pergi ambil gambar,
lepas tu nak lepak dekat Tutti Fruitti, and then I want to go to
somewhere, shopping may be. Erm… is there anybody want to go out with me??” Kata
Harraz sambil mengenyitkan matanya ke arah Risya.
Risya teruja.
“Nak ikut!!! Nak
ikut! Ala abang, boleh ya??” dek terlalu teruja, rajuk tadi sudah hilang
ke mana. Bukan selalu boleh keluar berjimba dengan abang sendiri. Asyik sibuk
merayap aje kerjanya. Adik di rumah sendirian dahagakan perhatian.
“Janji tak nak muka duck
face lagi, tak cantik!”
“Yelah, yelah, nak bersiap
kejap ye. Tunggu tau abang. Kalau lari, siap!” Risya bergegas
naik ke ruang atas.
“Kalau bab berjalan, laju
je anak mama seorang tu ye.” Harraz memulakan bicara dengan orang tuanya
sambil tangannya mencapai pisang goreng.
“Mana taknya Raz, dah
nama anak mama mestilah sama. Mana nak tumpah kuahnya kalau bukan ke
nasi. Bukan begitu mama?” Datuk Haidar menyampuk sambil
ketawa. Harraz turut ketawa.
“Kamu berdua
kalau bab mengenakan mama, memang excellent betul! Malas
mama nak layan. Alih-alih mama jugak yang terkena. Harraz, apa yang
kamu nak bincangkan? Bukan main kamu menjerit dari balkoni tadi, agaknya
satu taman rumah kita ni boleh dengar kot?” Tanya Datin
Raudhah sambil menepuk lembut paha anaknya.
“Oh, hampir terlupa pulak
Raz. Papa, pejabat papa ada kosong tak sekarang?” Datuk Haidar dan Datin
Raudhah berpandangan.
“Kenapa? Kamu ada nak
masukkan sesiapa ke?”
“Bukanlah papa, come
on! Harraz balik dah lama kot. Raz fikir, dah sampai masanya
Raz bantu papa kan?”
Datuk Haidar dan Datin
Raudhah berpandangan. Kemudian mereka tersenyum.
“Alhamdulillah…..berjuta-juta
kali Alhamdulillah Raz. Ini yang mama tunggu selama ni.” Datin
Raudhah tersenyum lebar.
“Wah! This is good
news for me!! That’s my boy, Syukur Alhamdulillah…. Dah lama papa
nak tanya kamu pasal ni, tapi papa ingat tak nak memaksa kamu, nanti
kamu malas kerja, betul tak?” Datuh Haidar ketawa.
“Betul tu pa, kalau tanpa
persediaan, tak akan ada hasil , kalau ada pun,as a bad worker. Saya hanya ke pejabat, duduk atas kerusi dan
hadiahkan senyum sumbing pada semua pekerja. Yelah, nak buat
kerja mood tak ada, sudahnya tengok orang sekeliling dan senyum, kan pa?”
“Kan saya dah cakap mama? Anak
saya, mesti tahu apa yang dikatakannya, betul tak? Don’t worry Raz,
tempat kamu sentiasa ada, sentiasa kosong bilik tu. Bila kamu nak
mula?” Ujar Datuk Haidar sambil mengangkat sebelah keningnya. Harraz
ketawa. Datin Raudhah tersenyum gembira.
“Give me a week. Raz nak
buat the best preparation sebelum bergelumang dengan kerja,
bolehkan pa?”
“Of course! Ambik
saja lama mana masa yang kamu nak, tapi jangan sampai buat papa
tertunggu-tunggu kat office tu
sudah. Hahaha….” Mereka ketawa.
“Abang! Cepatlah,
Risya dah siap ni, jom!” Jerit Risya. Dia berdiri di pintu gelongsor yang
menghubungkan gazebo dan ruang rehat rumah.
“Amboi anak mama, kalau bab berjalan
nombor satu! Jangan nakal-nakal nanti. Kesian abang kamu.” Pesan
Datin Raudhah. Harraz berpusing melihat ke arah adiknya.
“Kot ye pun excited, salam dengan
mama papa dulu sebelum pergi. Cepat!” Harraz bersuara. Risya
tersengih-sengih, tahu salahnya. Terus dia menuju ke arah orang tuanya dan
menyalami tangan mereka. Harraz turut melakukan hal yang sama, dan mereka
bergandingan menuju ke kereta Harraz sambil bergurau.
Datuk Haidar tersenyum,
bahagia melihat kedua-dua anaknya amat rapat antara satu sama lain.
“MAMA, Aliff nak yem!”
“Sekejap ye sayang, lepas kita
hantar Abang Afiq ke kelas, kita beli ya?” ujar Marha lalu tersenyum memandang
anak saudaranya, Alif. Walaupun sedang memandu, sesekali matanya dilarikan
juga ke arah Afiq, anak sulung Mursyida. Apa yang seronok sangat
dilihat sehinggakan mukanya dilekatkan ke cermin kereta.
“Afiq, tengok apa tu sayang?” tegur
Marha lembut. Anak saudaranya berpusing.
“Afiq tengok kereta. Mama,
hari ni Afiq tak nak pegi Smart Reader boleh?” Afiq menunjukkan
muka sedih. Marha senyum. Tahu sangat memek muka meminta belas tu.
“Tak bolehla sayang, kalau nak
pandai kenalah belajar. Lagipun kelas tu bukan percuma,
kena bayar tau? Kesian ibu dengan abah cari duit untuk bayar kelas
Afiq. Mereka nak tengok Afiq pandai.” Pujuk Marha.
Walaupun dia yang membayar yuran kelas
tambahan bahasa Inggeris di Smart Reader untuk Afiq, dia lebih suka memberitahu
bahawa semua itu dibayar oleh kakaknya. Ini adalah kerana Marha mahu
anak-anak saudaranya menghargai Mursyida dan Iman sebagai ibubapa yang terbaik.
Mursyida bukanlah tidak pandai, namun
kerana dia adalah kakak sulung, dia lebih banyak membantu arwah mamanya dalam
membesarkan adik-adik. Dia tidak menyambung pelajaran kerana tidak mahu keluarganya
berasa susah. Alhamdulillah walaupun jodohnya dengan Iman yang tidaklah
bekerja besar dan berharta, namun kebahagiaan terserlah di wajah
mereka. Itu jodoh pilihan abah untuk Mursyida. Kata abahnya lagi, Mursyida
memang seorang anak yang baik dan patuh. Berkat restu mama dan abahlah yang
menjadi salah satu punca kebahagiaan itu milik Mursyida.
Pernah Marha bertanya kenapa abahnya
menerima Iman walaupun Iman tidak berharta. Kata abahnya, kebahagiaan
bukan terletak pada harta, namun ia terletak pada rasa ikhlas, jujur dan rasa
tanggungjawab yang ada dalam hati. Kalau harta bertimbun namun dalam hati
kosong, tak ada tanggungjawab, hubungan di antara dua manusia tak akan elok..
Dan ya! Marha bersetuju dengan pendapat abah. Bertuah Mursyida mendapat kasih sayang
abah sehinggalah dia bergelar seorang isteri.
Marha menyapu air mata di
pelipis. Rasa rindu membuak-buak kepada arwah mama dan abah tiba-tiba
hadir. Walauapapun, dia tetap bersyukur abah dan mama sempat memberikan
kasih sayang serta bimbingan kepadanya sehingga akhir hayat mereka. Semoga mama dan abah sentiasa dalam
rahmat Allah.
"Jika perkara-perkara yang berlaku mengikut kehendak anda, anda
bernasib baik, tetapi jika mereka tidak, anda sangat bertuah kerana mereka
berlaku mengikut kehendak Allah."
No comments:
Post a Comment