Monday 19 January 2015

KAU YANG TAK DIUNDANG BY NURIL BAHANUDIN



 BAB 5

http://ceritanuril.blogspot.com/



Kakak please, tolonglah adik! Kali ini aje tau.”
“Adoi adik, masuk ni dah sepuluh kali adik minta tolong dengan kakak, ayatnya sama juga, kali ini aje tau. Berapa banyak kali ini ha?” Dia mula rimas.
Rimas dengan perangai si adik. Asyik menempel dengannya saja hari ini, seharian mengalahkan magnet. Melekat!
“Kakak, adik janji ini yang last! Promise!” Siap angkat tangannya lagi seperti orang mengangkat sumpah.
“Lily Serina, memanglah awak janji yang ini yang terakhir sebab permintaan awak kali ni betul-betul di luar daya kakak tau tak? Tak akan awak nak minta banyak kali ya tak? Kakak ni perempuan, manalah boleh berkahwin lebih dari sekali kecuali kalau kakak dah berstatus ‘J’lah ya.” Leila Suria membebel panjang.
Bertuah punya adik. Ada satu adik pun betul-betul selalu buat aku ni macam tak cukup satu otak nak berfikir tentang masalah yang dibawanya. Selalu buat perangai di luar batas jangkaan akal aku ni.
“Kaka… kkk…” Panjang rengekan si adik. Terasa tangannya dielus lembut.
“Adik!” Tangannya ditarik kuat. Rimas dengan perbuatan Lily Serina itu.
“Kakak sanggup ke hampakan satu-satunya adik kakak yang wujud di dalam dunia ni?” Wajah Lily Serina berubah suram laksana awan yang sedang berarak mendung sarat dengan air hujan. Lirih nadanya.
“Sanggup!” jawabnya pantas.
“Kakak! HuwaaaSobsSobs…” Lily Serina mula menangis.
“Okey, okey. Sorry… Kakak tak sanggup. Dah-dah, berhenti menangis.” Leila Suria serba salah.
Hajat kononnya nak keraskan hati dan perasaan. Menolak tanpa menimbangkan permintaan adiknya itu namun apabila melihat air mata yang mula bercucuran di wajah si adik, dia kalah. Serius dia tak sanggup dan tak sampai hati menghampakan permintaan adik kesayangannya itu. Satu-satu adik yang dia ada dan satu-satunya adik yang selalu buat dia sakit kepala dengan perangai yang bermacam ragam itu!
“Hah, kalau kakak tak sanggup, kakak kahwin, ya?” Sekelip mata wajah suram itu berubah bersinar macam bulan purnama gitu…
“Kahwin? Wah, sedapnya ayat adik tu. Ingat kakak ni ramai sangat ke boy-friend macam adik punya perangai tu? Sesedap rasa saja suruh kakak kahwin on the spot? Mana kakak nak cari abang ipar adik ni? Ingat nak cari lelaki yang nak dibuat suami tu macam pilih ikan dekat pasar pagi Rabu tu ke? Adik tau tak zaman sekarang ni susah nak cari lelaki yang boleh dipercayai? Ada tu muka kacak bergaya tapi bengkok nafsunya. Kahwin sepuluh tahun pun belum tentu berzuriat. Ada tu kacak bergaya tapi papa kedana. Ada tu kacak bergaya tapi playboy. Bersangkut girlfriend di keliling pinggang sampai dekat leher pun nak disangkutkan sekali. Ada tu muka buruk perangai pun buruk sekali. Kakak tak pernah terfikir tau nak berumah tangga dalam masa yang terdekat ni. Belum tentu bahagianya kalau berumah tangga ni, lagi menambah masalah adalah. Permintaan adik ni betul-betul buat kakak serba salah tau.” Panjang lebar bebelannya.
“Habis, kakak sangguplah tengok adik jadi anak dara tua macam kakak tu? Huwaaa… Ibu, kakak tak mau kahwin!” Ngongoiannya kembali bersambung.
“Helo, kakak belum masuk tahap anak dara tua lagi tau. Tahun depan baru nak masuk 30 tahun umur kakak ni ya. Adik tu tahun ni baru masuk 23 tahun, yang dah gatal sangat nak berkahwin tu kenapa?” Dia bercekak pinggang menepis tempelak Lily Serina itu. Zaman sekarang umur 29 tahun ni kira muda lagi apa.
“Mana ada adik gatal. Dah Zafri lamar adik, tak akan adik nak tolak pula? Lagipun adik dah cinta habis dengan Zafri tu.”
“Banyaklah adik punya cinta habis. Eh, macam apalah ayat adik ni. Habis teman-teman lelaki adik yang lain tu apa cerita? Macam kakak tak tahu adik tu kejap dengan dia ni, kejap dengan orang tu. Jangan esok kahwin tak sampai sebulan, lepas tu masing-masing dah buat arah sendiri.”
Macamlah dia tak tahu dengan perangai Lily Serina itu. Dikurniakan wajah yang lembut dengan mata yang bundar membuatkan adiknya agak popular dalam kalangan lelaki, dari zaman sekolah sehingga ke alam pekerjaan. Adiknya itu memang popular, mungkin sebab telatah Lily Serina yang sedikit agresif itu membuatkan dirinya mudah mendapat perhatian daripada orang sekeliling. Berbeza dengan dirinya yang sukakan kehidupan yang teratur dan tidak terlalu agresif. Dia juga agak tidak betah untuk bergaul mesra dengan lelaki, lagi-lagi kalau lelaki itu lelaki yang tidak dikenali. Berbeza dengan Lily Serina yang mudah melempar senyuman mesra walaupun lelaki itu baru pertama kali bersua muka dengannya. Adik… Adik… Ikut perangai siapalah gediknya ni. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kakak kenapa diam?”
“Kakak peninglah dengan perangai adik ni.”
“Alah, adik tak pernah pening pun dengan perangai adik ni sendiri.”
“Eh, pandai pula menjawab ya? Adik nak kakak tolong ke tak?” Dia menjeling geram. Memang begitulah selalunya. Sepatah dia cakap, berpatah-patahlah adiknya membalas. Ada saja jawapannya walaupun kadangkala jawapan adiknya itu macam ala-ala kebudak-budakan.
“Mestilah nak!” Laju Lily Serina menjawab.
“Bagi kakak fikir dululah ya… setahun dua.”
“Kakak!!!”
“Yalah. Betul apa, setahun dua tempoh masa tu kakak rasa cukuplah kut kalau kakak nak cari abang ipar yang sesuai untuk adik ni.”
“Mana boleh macam tu. Nanti Zafri tinggalkan adik tau.” Bimbang benar dia akan ugutan Zafri itu menjadi kenyataan.
“Adik, kalau lelaki tu betul-betul ikhlas nakkan adik, mesti berapa tahun pun masa yang adik ambil dia akan setuju dan sanggup tunggu.”
“Kakak, dia memang betul ikhlaslah nakkan adik ni. Kalau tak masakan dia sanggup lamar adik ni. Adik yakin dengan dia. Perasaannya tu hanya untuk adik tau. Dia memang tercipta untuk hidup dengan adik ni.”
“Adik, kakak bukan apa, kakak tak sanggup nak risikokan hidup kakak ni demi kebahagiaan adik yang belum tentunya terjamin. Kakak tak mahu nanti apa yang kakak buat jadi sia-sia belaka. Adik tahu kan kakak cuma ada seorang adik, dan orangnya adalah awak, Lily Serina. Kakak sanggup korbankan apa saja dalam hidup kakak hatta kalau adik minta nyawa pun tak apa. Kakak sanggup bagi, asalkan berbaloi pengorbanan kakak ni. Kakak tak minta banyak. Kakak cuma nak tengok adik hidup bahagia saja di dunia ni.”
“Kakak ni, apa cakap gitu? Adik nak bahagia, tu yang adik minta bantuan kakak, sebab adik tahu kebahagiaan adik terletak pada bantuan kakak tu.”
Semua ni gara-gara ibu dan ayahnya. Meletakkan syarat yang wajib dipatuhi kalau ingin berumah tangga. Mahu melihat kakaknya dahulu, mahu ikut urutan. Tak mahu mendahulukan yang akhir. Itulah alasan ibu ayahnya. Kolot! Kan dah susahkan kakak dan dirinya. Dia mendesis sendiri dalam hati. Geram! Tapi kalau tak buat begitu agaknya sampai menutup mata pun belum tentu ibu dan ayahnya akan dapat melihat kakaknya berumah tangga. Kakaknya itu terlalu komited dengan kerjanya sahaja. Ada bagus juga syarat Encik Muhammad Salleh dan Puan Lydia ni.
“Susah kakak nak kata apa-apa, dik. Bagi kakak fikir seminggu dua ni. Cakap dengan Zafri suruh dia bersabar sikit ya kalau betul dia nakkan adik. Kalau tak boleh bersabar suruh dia blah. Adik pun ada ramai boy-friend, kan?” Angin tidak, ribut tidak, tiba-tiba si adik bawa balik perkhabaran yang dia ingin menamatkan zaman bujangnya. Betullah adik ni. Sakit kepala aku dibuatnya, omel hati Leila Suria.
“Adik mana ada boy-friend lagi dah selain Zafri tu. Adik dah belajar setia dengan dia tau.”
Wow, really?” Sedikit tak percaya. Huiii, hebat sungguh ke si Zafri ni sampai playgirl macam adik ni boleh letak jawatan? Ni memang dah betul-betul cinta ni. Dia bermonolog sendiri.
“Betullah… Apa kakak ingat adik tipu ke?”
“Kakak tak cakap pun adik tipu.”


Dia mengurut-urut dahinya. Terasa sengal kepalanya. Serabut sungguh dengan permintaan Lily Serina itu. Fikirnya perasaan akan bertambah tenang apabila dapat merehatkan diri bersama keluarga. Kononnya dia kembali ke sini untuk melupakan kerimasan perasaan yang melanda dirinya semenjak dua menjak ni. Tapi lain pula jadinya. Bertambah serabut adalah. Sudahlah di pejabat dengan masalah pengirim
misteri itu. Ini dekat rumah ditambah pula dengan hal Lily Serina yang kononnya nak berumah tangga tapi tak berjaya kerana dibatasi syarat kedua-dua ibu ayahnya. Adoilah… Kenapalah ibu dan ayah letak syarat macam ni dekat adik? Apa mereka takut aku ni terlupa nak berumah tangga ke kalau tak dipaksa dengan cara yang begini? soal hatinya tak puas.
“Kakak tolong adik ya?”
“Kakak tak janji.” Siapalah lelaki yang aku boleh buat untuk dijadikan abang ipar adik ni? Sudahlah aku ni tak ada langsung kawan lelaki yang rapat. Tak akan nak diajak si ‘R’ tu pula kut untuk berumah tangga? Lagilah mustahil dan tak mungkin. Siapa sebenarnya si ‘R’ tu pun belum aku tahu.
“Kakak mesti juga demi adik.”
“Kakak cuba…” Tak berani untuk berjanji, dia tahu permintaan Lily Serina itu betul-betul meletakkan dirinya di dalam persimpangan dilema… Wah, dah macam tajuk lagu pula bunyinya.
Dia mengurut-urut dahinya. Terasa sengal kepalanya. Serabut sungguh dengan permintaan Lily Serina itu. Fikirnya perasaan akan bertambah tenang apabila dapat merehatkan diri bersama keluarga. Kononnya dia kembali ke sini untuk melupakan kerimasan perasaan yang melanda dirinya semenjak dua menjak ni. Tapi lain pula jadinya. Bertambah serabut adalah. Sudahlah di pejabat dengan masalah pengirim

No comments:

Post a Comment