BAB 4
“Wanginya
office. Cleaner dah sampai ke Munirah?"
Dia
tak menjawab. Cuma ibu jari kanannya ditunjukkan ke arah pantri. Aku menjongket
kening, nak tahu siapa yang ada di sana. Tapi Munirah membalas dengan
mengangkat bahu. Hish! Berat mulut betullah dia ni.
Aku
letak briefcase di atas meja Munirah.
Teragak-agak juga aku nak ke pantri. Siapa pula yang rajin sangat mengemas
pejabat pagi-pagi ni? Aku menyorok sikit di tepi pintu. Ada seorang gadis
berbaju kurung sedang membancuh air. Figure
dari belakang boleh tahan juga. Tapi siapa ni?
"Ehem!"
Aku
berdiri di tengah-tengah pintu sambil berpeluk tubuh. Muka sengaja aku
garangkan sedikit. Bukan nak marah betul-betul. Cuma nak menakut-nakutkan saja.
Gadis
itu berpaling. Cara dia menoleh dah macam ala-ala ratu cantik tahun 2016.
Rambut yang melepasi bahu dielus perlahan. Uik! Betul ke apa yang tengok ni?
Berbeza sangat penampilannya dari semalam. Dia senyum. Okey, lesung pipit tu
memang trademark dia. Tak jadilah nak
marah. Tak sampai hati sebenarnya nak buat-buat garang.
"Good morning
bos. I made a cup of coffee for you. Let's have a sip.
Amboi!
Bukan main lagi dia. Aku kemam bibir kuat-kuat. Nak senyum sebenarnya. Tapi
sengaja aku tahan. Dia tatang dulang berisi satu mug yang masih berasap
kemudian melintas di depan aku.
"Nak
letak kat mana ni?"
"Err,
minum kat sini ajelah. Saya tak suka minum kat dalam bilik. Takut tumpah, habis
fail-fail yang bersepah kat atas meja tu nanti."
Dia
tenung aku, kemudian bagi isyarat supaya ikut dia masuk ke bilik. Aku bukakan
pintu untuk dia, tapi aku tak ikut dia masuk sekali. Ini bilik aku ke? Alahai!
Siapa yang rajin sangat kemaskan bilik aku ni?
"Mulai
hari ni saya akan kemas bilik Encik Azraf dan seluruh pejabat. Tak kisahlah
berapa Encik Azraf nak bayar saya. Selain dari kemas pejabat, saya akan
bancuhkan minuman untuk semua orang termasuk Encik...eh, kenapa tercegat aje
kat luar tu? Masuklah."
Dia
tarik kerusi di tempat aku dan mempersilakan aku duduk. Tapi kaki aku macam dah
terpaku di situ. Apa yang perlu aku katakan pada dia? Sabar Azraf. Mungkin dia
dah lupa, kau tak suka orang usik barang-barang kau. Aku tarik nafas
dalam-dalam, cuba menghalau rasa marah.
"Encik
Azraf..."
Aku
buka mata.
"Encik
marah ke saya kemas bilik ni?"
"Siapa
yang suruh awak buat semua ni?"
"Alamak!
Encik tak suka ya?Tak apa, biar saya sepahkan balik macam tadi. Maaflah. Saya
ingatkan nak buat kejutan macam dalam novel tu. I'm so sorry. Sorry tau.
Lepas ni saya takkan sentuh apa-apa barang dalam..."
"Raisya..."
Dia
pandang aku dengan muka sedihnya. Kedua-dua tangan dia menarik cuping telinga
sendiri. Alolo, comelnya dia buat macam tu. Aku berdeham beberapa kali, cuba
kembali kepada watak bos. Tapi tak semena-mena Raisya menyelerakkan kembali
surat-surat yang telah disusun di dalam bekas. Fail-fail di meja sisi
dilambakkan semula di atas meja kerja aku.
"Awak
buat apa ni?" Aku masuk ke dalam dan terus tutup pintu. Tak syoklah kalau Munirah
dan staf-staf lain terdengar nanti.
Raisya
menjauhkan diri dari meja yang sudah bersepah. Tangannya kembali memegang
cuping telinga.
"Saya
mengaku saya pandai-pandai sendiri. Saya cuma nak tunjukkan kesungguhan saya.
Serius ni Encik Azraf. Saya nak kerja kat sini..."
"Kalau
ya pun nak sangat kerja kat sini tak payahlah sampai nak menangis. Saya tak
pandai pujuk perempuan menangis ni. Lainlah kalau awak tu buah hati saya."
Tangan
yang memegang telinga terus terlepas. Wajah Raisya merona merah. Dia tunduk
memandang lantai. Aku datang dekat dan duduk di bucu meja. Dari atas sampai ke
bawah aku perhatikan. Sampai ke hujung kain baju kurungnya, aku ketawa
perlahan. Raisya tak berani angkat muka. Mungkin dia fikir aku masih marah
agaknya.
"Cantik
baju hari ni."
Aku
buat suara tegas, Tapi tangan menekup mulut. Tak sabar nak gelak kuat-kuat
sebenarnya.
"Pinjam
baju mak. Saya tak ada baju kurung. Jeans banyaklah." Raisya berkata
jujur.
"Hmm,
patutlah..."
Aku
berjalan ke arah pintu. Tombol pintu aku pegang dan aku pulas perlahan. Raisya
mendongak. Mukanya kembali keruh. Ketika aku menolak daun pintu, dia datang
dekat dan terus digoncang-goncangnya lengan aku.
"Encik
Azraf, saya nak kerja kat sini. Saya janji takkan usik barang Encik Azraf. huuu..."
"Tolong
keluar..." Aku cuba lepaskan pegangan tangannya.
"Tak
nak! Saya nak kerja kat sini. Ampun Encik... ampun!!!"
Alamak,
dia dah meraung. Aduh! Perangai lama dia dah makin terserlah. Cepat-cepat aku
tutup pintu semula dan menyuruh Raisya duduk di sofa.
"Awak
ni emosional sangatlah. Saya belum habis cakap lagi." Aku mundar-mandir di
depan Raisya.
"Encik
Azraf..."
"Diam!"
Terhenjut
badan Raisya. Diam pun. Kalau lagi sekali dia buka mulut memang aku sumbat
mulut dia.
"Saya
nak awak keluar dan ambil briefcase
saya di meja Munirah." Aku berikan arahan pertama.
"Itu
saja?" Dia bertanya tapi masih tidak berganjak dari situ.
"Hmm,
saya nak awak kemas semula bilik ni. Dah siap kemas nanti saya nak awak balik
dan..."
"Ala..saya
nak kerja sini!"
"Raisya
Azzahra!"
Spontan
aku terkam bahu dan badannya aku tolak hingga dia tersandar ke sofa. Terlopong
mulut Raisya dengan tindakan mengejut aku. Cepat-cepat aku seluk sapu tangan di
kocek baju dan aku sumbat ke dalam mulutnya. Aku pegang kedua-dua tangannya
dengan kuat kerana tak mahu dia meronta-ronta.
"Padan
muka! Mulut awak ni macam popcorn tau
tak? Pot pet pot pet! Now listen! Aku
genggam buku lima dan aku tayang di depan muka Raisya. Aku angkat jari
kelingking dan buat seperti sedang mengira.
"First, ambil briefcase saya. Second,
kemas bilik ni semula. Third, pergi
balik dan tukar baju awak ni. Awak ingat awak ni masih student lagi ke? Saya tak nak tengok baju kurung yang gedoboh dan
kasut sukan ni. Macam ni nak kerja dengan saya? Pergi balik. Pakai ajelah
apa-apa yang awak rasa selesa. Faham?"
Raisya
mengangguk laju. Tangannya terlepas dari pegangan Azraf. Dia menarik keluar
sapu tangan yang menutup mulutnya. Sebaik sahaja, sapu tangan di tarik, Raisya terus
berlari keluar. Aku tahu dia sedang terperanjat. Tapi aku dah ketawa
berdekah-dekah.
Eh,
macam mana kalau dia tak datang-datang lagi selepas ni. Atau dia bawa abang dia
untuk belasah aku. Seingat aku dia ni kaki mengadu. Pantang silap sikit mesti
dia jadikan abang dia sebagai pelindung. Aku meninjau ke tingkap. Dia sedang
memakai topi keledar.
Sepantas
mungkin aku berlari keluar. Hairan Munirah melihat aku kelam-kabut macam tu.
Tak kisahlah tu. Apa yang penting aku tak boleh biarkan dia hilang lagi.
Cukuplah lapan tahun. Puas aku ajar hati ni untuk berkawan dengan perempuan
lain. Tapi citarasa hati ni hanya pada Budak Lesung.
Laju
juga Raisya ni bawa motor. Mentang-mentanglah badan tu kecil. Aku pula yang seriau tengok dia mencelah-celah di tepi
kenderaan beroda empat. Sengaja aku jauhkan jarak. Takut dia perasan yang aku follow dia balik ke rumah. Betullah dia
cakap. Tak jauh mana pun rumah dia dengan tempat kerja. Memang sempat sangat kalau
dia balik makan tengahari.
Sampai
di sebuah taman perumahan, Raisya berhenti di kedai runcit. Tak lama kemudian
dia keluar dengan sebuah plastik sederhana besar. Tak pasti pula aku barang apa
yang dia beli. Sambung ikut dia lagi hinggalah dia berhenti di sebuah rumah
yang bercat warna kuning air. Tapi dia tak terus masuk ke dalam rumah. Selepas
menongkat motor, dia pergi ke seberang sana. Ada sebuah rumah kecil di situ.
Helmet
masih di kepala, Raisya menyangkung di depan pondok kecil itu. Pintu pondok dibuka,
keluarlah beberapa ekor kucing pelbagai warna. Raisya menggigit hujung plastik
yang dibeli tadi kemudian menuang isi plastik itu ke dalam sebuah bekas. Oh,
dia beli makanan kucing rupanya tadi.
Melihat
perlakuan Raisya, spontan saja tangan kanan meraba dada di sebelah kiri.
Teringat parut yang berbekas di situ. Kenangan yang tak mungkin aku lupakan
selagi otak ni masih boleh berfikir dengan waras.
Tok!
Tok! Tok!
Tingkap
kereta diketuk. Seorang lelaki yang berpakaian sukan tanpa lengan sedang merenung
dengan seribu kerutan di dahi. Wajahnya nampak tak puas hati. Tapi aku tak
takut pun. Aku matikan enjin dan keluar dari kereta.
"Apsal kau ikut adik aku? Kau nak culik
dia ya?"
Hek eleh
mamat ni. Apa dia fikir badan dia berketak-ketak aku takut ke? Sekali aku tarik
bulu ketiak yang tak bercukur tu nanti baru dia tahu. Handsome sangat ke muka aku sampai dia tak perasan kawan lama dia
ni?
"Adik
abang tu lawalah. Nak pinang buat bini boleh tak?" Sengaja aku menyakat.
Aku berdiri jauh sikit. Risau juga sebenarnya. Kalau dihayunnya buku lima tu
nanti, tak pasal-pasal ke hospital pula perginya.
"Baik
kau berambus kalau nak hidup lama."
"Kau
Hazri kan?"
"Macam
mana kau tahu nama aku?"
Aku
garu kulit kepala yang sudah berpeluh. Senyum sinis aku hadiahkan pada dia.
Adik-beradik ni memang ada penyakit susah nak cam orang agaknya.
"Nak
tanya sikitlah. Mak kau masih pandai buat serawa durian tak? Aku dah lama tak
makan. Kalau minta dia buatkan sikit untuk aku, boleh tak?"
Hazri
pandang aku dari bawah ke atas. Lama dia perhatikan kepala aku yang berkilat
ni. Aku ambil sapu tangan dan lap kepala yang berpeluh. Ketika aku menyimpan
semula sapu tangan dikocek seluar, Hazri sudah ketawa terbahak-bahak.
"Kau
pernah jadi cikgu tiusyen adik aku kan? Siapa nama kau eh? Ala..." Hazri
menepuk-nepuk dahi sendiri. Cuba nak ingat semula nama aku.
"Azraf..."
Aku tolong dia. Lambat sangat nak tunggu memori lamanya timbul semula.
"Ha!
Ya betul, Azraf. Ya Allah! Tak sangka boleh jumpa kau kat sini."
Adegan
peluk-memeluk pun berlaku. Bermula sesi mengimbau kenangan lama di situ. Sambil
recall semula kisah-kisah lama, aku
curi-curi pandang Raisya yang masih leka melayan kucing-kucingnya. Tak nak ke
Hazri jemput aku ke rumah? Aku dah penat berdiri ni.
"Eh,
kau belum jawab soalan tadi. Kenapa kau ikut adik aku?"
"Saja.
Aku nak tahu dia tinggal kat mana. Tak salah rasanya kalau majikan ambil tahu
pasal pekerja, kan?"
"Uik!
Dia bekerja kat tempat kau ke? Patutlah..."
Hazri
gelak. Matanya tak lepas melihat kepala aku. Puas gelak dia tepuk-tepuk bahu
aku. Tak apa, bagi dia gelak dulu. Kejap lagi baru tanya.
"Aduhai...Raisya...Raisya..."
Hazri menghabiskan sisa tawa.
"Kenapa?"
Dah tak sabar nak tahu apa yang membuatkan Hazri ketawa sampai tak cukup nafas.
"Patutlah
Raisya minta aku duit pagi tadi. Katanya balik nanti nak cari cermin mata hitam
kat pasar malam. Tak tahan bekerja kat tempat silau!"
Ceh!
Abang dengan adik sama aje sengal!
No comments:
Post a Comment