Showing posts with label TRIPLETS LOVES. Show all posts
Showing posts with label TRIPLETS LOVES. Show all posts

Saturday, 11 October 2014

TRIPLETS LOVES: LAKARAN BAHAGIA BY SILENCER

BAB 2

http://tripletsloves.blogspot.com/

PAGI-PAGI buta lagi, Wardina sudah bersiap-siap. Puas dirinya menilik itu dan ini. Habis segala mak nenek di wajahnya dibelek. Mana yang dirasakannya kurang, akan dilakukan sesuatu agar dirinya dapat tampil dengan sempurna. Dia mahu menjemput suaminya dari laut! Argh! Girang sungguh rasa hati. Tidak sabar pun ada.
            Bila teringatkan tentang hal semalam dirinya rasa begitu bersalah. Bersalah kerana membuatkan suaminya tidak tenang. Dia sedar apa yang terjadi semalam hanyalah atas rasa cemburunya sahaja. Cemburu yang tidak bertempat. Dan akibat peristiwa semalam, dia tidak dapat tidur lena. Asyik terkenangkan kembali ayat romantis suaminya di pantai semalam. Masih terasa kehangatan pelukan suami di tubuhnya. Wardina mengeluh. Sudahlah! Dia mahu lupakan apa yang terjadi semalam. Dia perlu mulakan hari yang baru. Ya!
Skarf kepala dibetulkan. Tanpa berlengah lagi, Wardina segera melangkah. Ah, tidak sabar rasanya! Selang beberapa minit dirinya sudah sampai di kawasan perhentian para nelayan-nelayan di sini. Wardina melangkah dengan laju menuju ke arah kerumunan orang ramai yang berasak-asak di pantai. Wardina senyum. Lebar senyumannya. Suaminya sudah sampai!
Tanpa dipinta dan tanpa sedar laju sahaja kaki itu berlari mendapatkan suaminya. Namun, ke mana kaki itu mahu dituju? Kepala toleh kanan dan ke kiri. Mana suaminya? Kenapa dalam kumpulan orang ramai di sini, wajah suaminya tidak menjelma di mata? Wardina mula panik. Kaki seiring dengan detakan jantung yang laju, mencari jejak si suami.
“Abang! Abang!” tanpa ada sebarang perasaan malu, Wardina menempik di situ. Kepala toleh kanan dan ke kiri, ingin memastikan keberadaan suaminya. Namun, jawapan matanya tetap sama. Ternyata mata itu tidak menipunya. Di mana suaminya?! Entah kenapa peluk renik sudah terbit di dahi. Tubuh Wardina juga automatik jadi hangat. Suaminya? Mana suaminya?
Dia berdebar. Bicara hati sendiri usah dibilang bagaimana. Penuh dengan misteri dengan persoalan yang belum mampu diungkapkan. Suami aku? Suami aku, mana?
“Hey.. Ermm..” Wardina tarik nafas. Dia tak boleh berkasar. Pesanan suaminya cuba dipraktikkan agar tidak berkasar dengan orang apatah lagi jika kita mahu meminta pertolongan ataupun bantuan.
“Maaf.. Ermm.. Nampak suami saya tak?” Wardina pandang lelaki itu.
Mende (Apa)? Laki mung(kau)? Dok ahu (tak tahu) aku, mana..” Simple! Ini kesimpulan yang dapat Wardina rumuskan. Tak guna punya mamat! Dia tak nampak aku tengah rush macam orang gila ni! Mana suami aku?!
“Nampak suami saya tak?” terjah Wardina pada orang lain pula.
“Hey, adik manis..” Ah! Pedulikan! Wardina lari! Tak guna layan nelayan bodoh macam ni. Orang tanya lain jawab lain.
“Maafkan, saya. Nampak suami saya tak?” soal Wardina lagi. Wajahnya serius. Dia takut! Di mana suaminya?
Lagi bertambah panik diri Wardina apabila nelayan lelaki itu menggeleng. Tak! Tak mungkin! Apa ni? Kenapa semua orang tak nampak suaminya? Jantung Wardina rancak berdetak. Kepalanya naik pusing. Sekeliling ruangannya diperhatikannya sekali lagi. Mustahil! Mustahil! Wardina duduk. Begitu juga dengan kepalanya.
Hatinya jadi sayu. Mengenangkan akan peristiwa semalam, membuatkan dirinya makin bersalah. Abang. Mana abang?  Mata itu jelas makin berair, dan pandangannya mula dikaburi dengan cecair lutsinar yang hangat.
“Eh.. Ina.” Sapaan seseorang dari arah belakang mengejutkan Wardina. Air mata itu segera diseka. Tubuh berdiri tegak menghadap sang empunya suara. Oh.. Pak Lang.
“Kamu buat apa dekat sini? Tak pergi dekat laki kamu ke?” sambung Pak Lang. Mata yang berair itu tadi sudah bertukar menjadi sinaran yang tidak mampu diungkapkannya.  Senyuman manis terbentuk di situ.
“Pak Lang nampak suami saya? Mana? Abang Ruzain ada dekat mana?” terjah Wardina. Tidak sabar.
“Ada. Tu.. Dekat pondok belakang sana. Dengan Mawar.” Mendengar sahaja nama Mawar, terus mati senyuman itu. Wajah yang seakan-akan bersinar dengan sinaran teruja seakan mulai hilang serinya. Suaminya dengan Mawar? Apa dia buat dengan perempuan tu? Rasa ingin mengamuk! Di sini! Tapi, bimbang pula kerana perempuan itu adalah anak si ketua kampung ini, Pak Lang! Mesti nampak tak manis pula.
Hati Wardina berdongkol-dongkol geramnya. Beribu-ribu sumpah seranah dilemparkan pada si gadis itu. Tak guna! Bibirnya diketap. Geram! Segera, tanpa sedar kakinya sendiri melangkah ke arah arah yang ditunjukkan Pak Lang padanya tadi.
Tanpa sebarang pamitan yang baik mahupun salam sebagai tanda perpisahan, Pak Lang ditinggalkan begitu sahaja. Dia sudah hilang kewarasan diri. Apa yang terbayang dalam kepala otaknya sudah tidak mampu dibayangkan. Dapat dia bayangkan betapa mesranya mereka bergelak ketawa bersama, sambil bercakap tentang itu dan ini dan menepuk halus bahu masing-masing sebagai tanda gurauan. Ah! Wardina sudah hilang pertimbangan. Semakin terbakar perasaannya apatah lagi apa yang terbayang di mata terpampang jelas dalam realiti.
“Woii, perempuan!!” jerit Wardina dari jauh. Mawar kaget. Terangkat bahunya gara-gara suara itu. Ruzain pusing belakang. Turut sama terkejut pabila mendapati isterinya ada di sini.
“Dasar perempuan tak guna! Eh, perempuan kau tahu tak dia siapa? Huh?! Kau tahu tak dia siapa?! Dia laki aku!! Dia laki akulah. Yang kau terhegeh-hegeh lagi dengan laki orang ni kenapa? Huh?!” suara Wardina sudah hilang ayunya. Sudah hilang nada lembutnya. Nada suaranya seakan-akan pecah gara-gara menempik dengan kuat. Matanya merah menyala akibat menahan amarah yang hebat.
Ruzain bangun. Ingin mendapatkan Wardina lekas. Bahu Wardina ingin diusapnya. Ingin menenangkan amarah gadis itu tapi Wardina bertindak menepis tangan itu. Ruzain agak terkejut dengan tepisan itu. Wajahnya berubah. Wardina belum pernah bertindak sekasar ini dengannya.
“Ina.. Ina, balik sekarang.” Ruzain bersuara tenang. Tapi, tidak bagi Wardina. Hatinya terbakar dan rasanya sungguh pedih sekali. Memang dia jelas tidak percaya. Suaminya suruh dia balik? Apa suaminya sudah berani membela perempuan ini secara terang-terangan? Wajah suaminya dipandang. Mata itu dicari lalu dipanah tepat ke dalam dasar anak mata hitam Ruzain.
“Kenapa? Abang nak bercekarama lagi dengan minah ni? Eh, minah! Apa kau dah buat pada laki aku, huh?” segera mata Wardina terpanah pada sarapan pagi yang terhidang di situ.
“Oh.. Patutlah kau rajin sangat bagi laki aku makan, kau guna-gunakan laki aku, ya?!” Segera bekas-bekas makanan itu ditarik Wardina sebelum dibuang ke tanah. Membulat mata Ruzain. Mawar pula jelas terkejut dengan perbuatan itu. Mulutnya ditekup.
“Ya, Allah. Rezeki..” Mawar menghalang Wardina. Wardina segera menepis lengan Mawar. Gadis itu jatuh terduduk menyembah bumi.
“Ina!” suara Ruzain naik satu oktaf. Bukan niatnya mahu meninggikan suara namun dia terpaksa.
“Abang kenapa? Kenapa abang nak bela sangat perempuan ni?” Wardina mula persoalkan suaminya sendiri. Hujung matanya menjeling Mawar. Gadis itu sibuk mengutip beberapa ketul ayam goreng. Bibir Wardina mengorak senyuman sinis. Berlagak baik, nak selamatkan rezeki konon. Makin geram Wardina jadinya.
“Eh, perempuan! Tak payah nak tunjuk baiklah!”  kepala Mawar ditolak Wardina sekuat hati.
“Ina!” lengan Wardina ditarik Ruzain sebelum…
Pangg!!
Suasana sepi. Amarah yang bermaharajalela mulai surut. Wardina diam. Mawar pula tergamam dengan tindakan drastik Ruzain itu. Ruzain juga terkedu. Wajah Wardina yang menunduk menghalang dirinya dari melihat wajah si isteri. Ruzain gigit bibirnya. Ya, Allah! Apa aku dah buat ni?
“Ina..” kaki itu melangkah setapak menuju ke arah Wardina.
“Tak payah.” Wardina bersuara membuatkan langkah Ruzain mati. Suara mendatar itu begitu mengusarkan hatinya.
“Abang.. sebenarnya abang sayangkan Ina, tak?” Ruzain tergamam dengan pertanyaan tenang Wardina yang secara tiba-tiba itu. Wardina angkat wajah. Sebelah tangannya menekup pipi sebelah kanan. Rasa berbirat pipinya akibat tamparan itu. Tamparan seorang lelaki.
Ruzain tidak menjawab soalan itu. Wardina tunduk sedikit wajahnya. Tahulah dia kini akan jawapannya.
“Abang tak perlu nak tampar Ina segala. Lagi senang kalau abang cakap. Cakap terang-terang dengan Ina..” Wardina berjeda. Bebola matanya diangkat. Namun, tidak berjaya. Lelehan air mata itu tetap juga menitis di situ.
“Ina faham kalau abang dah tak sayangkan Ina. Tak perlu abang nak tampar Ina macam ni.. Cukup bila abang hanya cakap yang abang dah tak perlukan Ina lagi. Ina faham, abang.” Air mata itu menitis tanpa henti. Ruzain ingin mendekat tetapi Wardina tarik kakinya berundur ke belakang.
“Sakit..” terpacul ayat itu dari mulut Wardina. Hujung bibirnya terasa panas. Lantas, tangan itu dilarikan. Terkejut dirinya apabila mendapati akan cecair merah yang melekat di jarinya. Wajah Ruzain berubah.
Wardina melangkah pergi. Meninggalkan Ruzain dan Mawar. Laju dia berlari dengan harapan suaminya akan mengikut jejak langkahnya. Ternyata, hampa. Ruzain masih kekal di situ. Wardina menggeleng. Nampaknya, memang jelaslah.. suaminya sudah tidak mahukan dirinya lagi. Wardina menangis dan menangis semahu-mahunya..

ANGIN laut menyapa pipi gebu itu dengan penuh halus. Sesekali, pipi itu akan dilarikan. Pedih rasanya akibat deruan angin yang menyapa. Wardina tahan diri lagi. Seharian, dia habiskan masa dengan meratap segala apa yang berlaku di dalam hidupnya. Kenapa hidupnya perlu berakhir begini? Sungguh, dia tidak sangkakannya. Anganan fantasi sewaktu kecil, mahu mengecapi bahagia sentiasa terasa punah dibawa arus. Mata itu dipejam. Rasa pedih. Mungkin kerana matanya yang memerlukan rehat. Namun, bila dirinya baring, itu semua jadi sia-sia kerana setiap kali tubuhnya berbaring pasti bayangan Ruzain akan menjelma. Tidak! Dia tidak mahu lagi menerima bayangan itu. Sekarang, dia mahu berdikari. Meneruskan hidup tanpa Ruzain.
Namun, persoalannya.. mampukah?
Wardina menggeleng. Mampu atau tidak, itu belakang cerita. Apa yang penting dia perlu belajar sekarang supaya nanti hari-harinya tidaklah akan perit dan memedihkan. Bunyi pinggan kaca yang berlabuh di atas meja kayu menyentakkan Wardina. Dia malas mahu pusing belakang kerana dia sudah tahu itu siapa.
Hembusan nafas terdengar di situ. Wardina pejam mata. Automatik, kakinya melangkah pergi. Tidak boleh berlamaan apabila berdua-duaan dengan suaminya. Jantungnya sentiasa memainkan rentak yang gila!
            Bunyi ombak sungguh menenangkan perasaan Wardina. Namun, tidak setenang seperti yang awalnya. Hujung matanya sibuk toleh kanan dan kiri. Mana suaminya? Dah balik ke? Dah putus asa ke? Apa ni?! Kenapa cepat benar?! Wardina jadi bengang. Apa memang tekaannya selama ini benar? Kepalanya menunduk.
            Dan di kala itu, alangkah terkejutnya dia pabila ada tangan berkulit kuning langsat sedang masuk di celah lengannya. Tangan itu melingkari pinggangnya sementara kepala lelaki itu diletakkan di atas tengkuk dirinya. Wardina kaku. Tidak boleh angkat kepala lagi.
            Wardina cuba angkat kepalanya namun Ruzain tegar mengeraskan kepalanya. Wardina mendengus geram. Apa ni? Mahu dia jalan menunduk macam ni ke? Nak suruh tulang tengkuk dia patah ke apa? Lantas, Wardina ingin menolak kepalanya naik namun ada suara yang menghalangnya.
            “Tunggu… abang nak cakap se (satu) benda. Jangan tengok abang.. sebab abang…malu.” Niat Wardina terbantut. Kepalanya dibiarkan bertahan begitu. Rasa terharu yang mulai hadir ditepis sekuat hati. Tidak mahu mudah cair dengan kata-kata suaminya. Namun di sebalik kata-kata hatinya yang keras, telinga itu boleh pula sebesar mungkin dipasang agar dapat mendengar dengan jelas ayat yang akan diungkapkan suaminya.  Ayat apakah itu? Misteri benar. Wardina oh Wardina.
Kalu depan abang, ada banyok orang puang comel lotei(cantik sangat) pung, abang akan tetap pilih sayang.” Wardina diam. Ayat apa tu? Tak romantik langsung!
Kalu (kalau) abang bangun dari tidur, abang nok tengok sayang ada depan mata abang. Kalu abang nok gikeje (nak pergi kerja), abang nok (nak) sayang jadi orang yang sokmo (sentiasa) abang…” Ruzain diam. Wardina mengigit bibirnya. Kenapa suaminya diam? Dan di kala itu juga, terasa tengkuknya sudah bebas dari bebanan yang ditanggungnya tadi. Wardina angkat muka. Kenapa? Ruzain tinggalkan dirinya sendiri lagi ke? Lantas, kepala itu toleh belakang.
Terjengul wajah Ruzain di belakangnya. Lelaki itu berdiri tegak menghadapnya membuatkan Wardina rasa tidak selesa dengan pandangan yang satu itu. Kenapa suaminya berubah watak tiba-tiba? Apa yang dah jadi? Pelik.
Wardina pandang Ruzain. Tiada bait bicara terkeluar dari situ. Yang ada hanyalah bicara hatinya sendiri, menyuruh sang suami bersuara agar hatinya yang lembut ini bisa cair dengan setiap patah perkataannya.
“Abang.. abang dok pandai nok cakap hok (yang) sweet-sweet gitu. Abang dok (tak) pandai susun ayat hok (yang) comel-comel. Ayat abang terabur kali sebab abang dok pandai nok pujuk orang tapi..” dagu Wardina diangkat agar pandangan mereka bisa bersatu. Wardina patuh. Hakikat jarak antara mereka yang begitu dekat sekali ketika ini begitu mendera perasaan Wardina. Apatah lagi bila ditambah dengan deruan angin yang agak kencang antara mereka menambahkan lagi momen-momen yang indah pada dirinya. Wardina telan liur. Dia tidak suka dekat dengan suaminya kerana dia tahu dia tidak kuat.
“abang cuba paksa diri abang untuk sayang. Sayang..” suara Ruzain seperti tersekat-sekat. Apakah suaminya sedang menahan sebak? Wardina menanti dengan sabar bicara seterusnya dari sang suami. Pandangan redup Ruzain padanya membuatkan hati Wardina berlagu indah.
Namun, bicara yang diharapkan dari Ruzain hancur sebaliknya diganti dengan sentuhan yang cukup menggetarkan perasaan Wardina. Sentuhan lembut yang mungkin mampu membuatkan dirinya jatuh ke pangkuan sang suami. Ruzain gigit bibirnya.
“Sakit ke?” soal Ruzain. Wardina mendengus kecil. Dia mengharapkan sentuhan ataupun kata-kata yang bisa membuatkan dirinya terasa seperti di awang-awangan sentiasa. Tapi, hampa.. Apa beginikah cara suaminya nak pujuk dia? Begini caranya suaminya mahu meminta maaf? Lantas, tangan itu ditepis Wardina.
“Apa abang buat kat sini?” dingin soalan itu. Ruzain mengeluh kecil. Nampaknya, Wardina masih marahkan dirinya.
“Kenapa abang datang sini? Kenapa abang tak pergi dengan Mawar? Ina kan tak guna! Ina ini kan sentiasa malukan abang. Kenapa abang datang sini?” pabila soalan itu bergema ada air mata berlangsung di situ. Membayangkan kembali bagaimana indahnya momen-momen antara suaminya dan si perempuan itu pagi tadi. Oh! Sungguh hatinya sakit bagaikan dibelah belati yang teramat tajam. Sakitnya mencucuk-cucuk jiwanya. Sungguh pedih dan memeritkan.
“Satu malam Ina tak dapat tidur. Fikirkan abang. Ina rasa bersalah sebab buat abang tak tenang. Ina takut sangat. Terasa malam lambat berlalu untuk ke pagi. Dan bila paginya, hanya Ina aje yang tahu macam mana perasaannya . Senyum panjang sorang-sorang. Tak sabar nak jumpa abang, nak peluk abang, nak cium abang, dan nak cakap.. Ina minta maaf. Sepanjang Ina berjalan abang, otak Ina asyik berjalan. Fikirkan apa ayat yang sesuai untuk Ina ungkapkan pada abang. Abang Ina minta maaf, rasa macam terlalu formal dan tak mesra. Ina tolak. Fikir yang lain. Abang ku sayang, Ina nak mintak maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, tapi rasa macam gedik pulak. Tolak lagi. Macam tu, abang. Macam tu sekali Ina fikirkan untuk abang. Demi meraih sekeping hati seorang suami, Ina rasa macam nak gila. Tapi..” Wardina semakin sebak dan esakannya kian berlagu. Tangan naik menekup mulut.
“Apa yang Ina nampak, apa yang Ina pandang membuatkan Ina rasa macam.. macam.. Ina takut..” Wardina pejam mata. Tidak tahu ayat apa yang sesuai untuk menggantikan apa yang dirasakannya ketika itu.
“Ina takut nak terima hakikat abang. Ina hanya ada abang. Dulu dan sampai sekarang. Sebab , semua orang memang tak sukakan Ina. Bencikan Ina. Dulu keluarga Ina buang Ina. Ina masih boleh terima. Seluruh orang kampung tak sukakan Ina pun, Ina masih boleh terima. Tapi, bila abang.. bila abang..” Wardina tarik nafas. Dia perlu bertenang.
“Lupakanlah, abang. Ina rasa macam buang masa. Senang cerita macam ni, abang.. Abang lepas..” belumput ayat itu dihabiskan Wardina, bibirnya sudah diragut Ruzain. Membulat mata Wardina pabila bibir merah itu menerima kucupan lembut sang suami. Entah kenapa, kucupan itu tidaklah pula ditolak Wardina.
“Ina dapat doh (dah) jawapan dia, apa?” Wardina tergamam. Dia terkedu. Apa yang perlu dia jawab? Ruzain yang melihat reaksi beku Wardina, pantas sekali lagi mengucup bibir wanita itu. Sekali lagi, Wardina kaku.
“Abang..” Wardina tolak dada Ruzain agar menjauhinya sedikit. Dia perlukan ruang supaya dirinya dapat bernafas dengan tenang dan selesa. Tapi, hatinya sekali lagi dipagut bimbang. Suaminya melangkah, mendekati dirinya. Tangan sasa lelaki itu naik mengusap rambutnya. Dari rambut, tangan itu turun dengan penuh syahdu kepada setiap inci di wajahnya. Bila tiba tangan itu di pipi kanan Wardina, sentuhannya bertukar lebih lembut dan mengujakan Wardina.
“Maafkan abang?”
“Kenapa abang berdua dengan Mawar? Ina, tak suka! Ina tak suka bila abang dekat dengan Mawar!” Wardina berterus-terang. Ruzain diam. Rambut itu masih dibelainya lembut.
“Abang tak doknape-napepon (ada apa-apa pun) dengan Mawar tu. Percayalah, sayang. Dia mari pung (pun) sebab nak bagi abang makan masa pagi tu,” terang Ruzain.
“Kenapa dia jamu abang aje? Tu.. Ayah dia? Pak Lang tu? Tak naklah pulak dia jamu,” Wardina menjuihkan bibirnya. Ruzain senyum.
“Pak Lang makan doh (dah) masa tu. Lepas makan, Pak Lang gi (pergi) tengok bot ye (dia) kejap. Pulok tu, masa tulah sayang mari.” Wardina diam. Penjelasan itu sedikit sebanyak menenangkan hati Wardina. Persoalan yang memberat di dada mula terungkai sendiri. “Sayang dok soh (jangan) bimbang. Abang dok pernoh (tidak pernah) curang. Abang sayangkan sayang sorang (seorang) aje.”
“Maafkan abang ya, sayang?” kepala itu mengangguk. Ruzain senyum lantas tubuh Wardina ditarik masuk ke dalam lembah pelukan hangatnya.
“Maafkan abang, sayang.” Ulang Ruzain lagi. Wardina pejam mata. Terasa indah pelukan itu.
“Jom kita makan? Nanti abang tuam  luka tu. Nampok macam nok lebam. Kekgi muka bini abang nampokdok comel kangsusoh pulok.” Wardina gelak kecil. Jarinya ingin menyentuh hujung bibirnya. Nampak macam nak lebam ke?
“Nak makan.. Abang masak apa?” rengek Wardina. Manja. Ruzain senyum. Suka dengan keletah manja isterinya. Hakikatnya itulah hari-hari bahagianya. Bersyukur punya Wardina di sisi. Cukuplah, dan dia sudah tak perlukan apa-apa lagi di dunia ini asalkan ada dirinya dan Wardina.
“Nasi putih, sayur kankung, ikan kerisi dan telur mata.” Jawab Ruzain riang. Wardina berhenti melangkah dengan matanya membulat.
“Kenapa?” tanya Ruzain pelik.
“Kenapa telur mata? Ina tak makan telur mata. Tak suka,” rungut Wardina.
“Bukan untuk sayanglah. Untuk abang. Kita makan se pingganlah sayang. Baru sweet!! Kang?” Wardina gelak.
“Eee!! Tak malu nak makan sekali. Ina tak nak suapkan abang,”
“Tak apa. Abang ada tangan.”
“Tapi, Ina nak abang suapkan untuk Ina.”
“Boleh sayang. Boleh.. Tapi duduk atas riba abang lah..” Wardina gelak kecil.
“Menggatal aje kerjanya. Tak nak lah. Malu.” Balas Wardina jujur.
“Tak dok orang pun, sayang. Oloh, halal apa? Kita kahwin doh kang.” Wardina pandang sekeliling. Benar! Tak ada orang. Line clear! Yeay!
“Dah, jom.. Duduk sining.” Paha Ruzain ditepuk halus. Wardina senyum. Tanpa berlengah lagi terus duduknya dilabuhkan di situ. Suapan pertama bermula. Wardina senyum.
“Makan nape gini, sayang oii. Comot sungguh la,” nasi tepi bibir Wardina diambil Ruzain sebelum disuapkan ke mulutnya pula. Wardina senyum lagi. Suka! Suaminya memang pandai ambil hatinya! Oleh disebabkan hatinya sudah girang tahap petala langit, entah kenapa tangannya begitu ringan memeluk tengkuk Ruzain.
“Mari.. Ina suapkan abang pulak.” Pelawa Ina. Tangannya laju sahaja mencubit sedikit telur mata itu.
Say.. Aaaa,” Ruzain gelak. Macam budak-budak. Tapi dia patuh sahaja. Hati kalau dah bahagia, apa-apa saja sanggup dia lakukan. Telur itu akhirnya berjaya disuapkan ke mulut Ruzain. Ruzain senyum. Suka! “Sedap?” Ruzain gelak kecil.
Nok lagi, “ pinta Ruzain.
“Nak lagi? Cium dulu,”
Nokhok mane? Banyok pilihan ning. Pilih mana se.” Balas Ruzain selamba. Merah muka Wardina dibuatnya. Ruzain gelak.
“Oloh.. Muka meroh doh. Mehnok tengok, sket gane.”  Wardina menggeleng. Kepalanya menunduk. Ruzain gelak. Dia turut sama menundukkan wajah, mengintai wajah si isteri. Wardina geram segera wajahnya dirapatkan ke dada Ruzain. Ah! Malu! Malu tapi bahagia!

TRIPLETS LOVES : WANTED LOVE BY FLOWER RISSA


  BAB 2

http://tripletsloves.blogspot.com/

DIA senyum. Senang sekali hatinya sekarang.

    Emma yang sedang tersenyum manis. Di samping seorang lelaki yang bergelar suami. Ah dia yakin perasaan Emma tentu sangat tidak boleh digambarkan.

    Bahagia!

    Namun , kebahagian di wajah Emma bagai dirantap pergi apabila seorang gadis datang hampir pada mereka. Senyuman pada wajah Fareez masih terlakar tapi bukan pada Emma. Dia lihat.

    Air mata Emma yang mencacak turun.

    Senyuman gadis itu yang tersangat lebar.

    Wajah menunduk Fareez bagai seorang pesalah.

    Apakah ini? Permainan apa?

    Dan ketika kelibat Fareez dan gadis itu pergi , dia perasan Emma menangis teresak-esak. Nangis bagai tiada sempadan di dunia.

    Dia tersenyum melihat Emma berhenti dan melakarkan senyuman semula. Dan lelaki di sebelah Emma itu? Aidil?


EMMA letak fail terakhir ke dalam rak yang disediakan. Fail terakhir yang sepatutnya menjadi kerja Kak Sera. Kak Sera ni pun satu , bila ada je orang yang ‘dipaksa’ buat kerja dia , dia ‘on’ kan je. Oh lupa , perangai Kak Sera memang macam tu. Memang lah agak berduit sikit , tapi suka tindas orang yang kurang daripada dia. Sedangkan bukannya segala harta dia yang ‘membanjiri’ hidup dia sekarang bawak ke kubur pun.

    Dia mengerling jam di pergelangan tangan. Lagi 20 minit akan menginjak ke tarikh baru. Rasa macam malas nak balik rumah pun ada. Bukan siapa-siapa yang ada pun.

    Fareez? Rasanya kalau boleh letak rumah dia kat sebelah hospital tu dia buat agaknya. Bukan rumahku syurgaku dah bagi dia. Hospitalnya syurganya. Huhu.

    Dia duduk di atas kerusi. Sebuah phamplet menarik perhatiannya. Laju sahaja tangan mencapai. Teringin baca isi kandungannya.

    “Wau , macam best je. Ada scuba diving lagi..” Emma tarik senyum paling panjang. Rasa nak pergi pulak. Dah lama dia tak ke tempat-tempat yang begitu kerana kekangan kerja.

    “Here we go first honeymoon.” Bisik Emma perlahan. Haraplah Fareez sudi ikut. Tidak memang dia takkan pergi. Mana berani pergi seorang diri. Entah kot kene culik bawak lari ke? Menangis tak si Fareez agaknya ya? Ops! Tu Emma serius tak boleh jawab.

    “Balik! Balik! Balik! Tell him.” Penuh semangat suara Emma. Come on Emma! Emma genggam kedua jari.

    “Fareez , err you know what , you , I selalu busy..apa kata cuti?” Emma cuba buat ayat nak memujuk Fareez.

    Alah tu cam tak direct sangat. Nanti dia kata cutilah dalam rumah ke? Or only Emma je yang  cuti. 

    “You , I dah tempat tiket pergi bercuti next week. Free you schedule okay?”

    Oh no no. Nanti dia marah sebab tak tanya dulu. Tak pasal-pasal Emma kena sembur laju-laju. Releks Emma.

    “Fareez , I rasa dah tiba masanya kita luahkan masa sama-sama. Just two of us. Jom next week , honeymoon in Malaysia? Just simple honeymoon , please. Three days?”

    Ambil! Siap ngan gaya dengan muka alah-alah puss in the boats gituh kau! Okay bagi Emma ayat ni ‘santek’ dah. Tapi menggoda tak kut.

    Takpelah Emma! Pasrah!


SAAT kaki Emma melangkah masuk ke dalam rumah , dia bagai rasa kelainan. Macam dia ditenung sesuatu. Dia memandang luar. Hanya kereta dia sahaja di porch. Keadaan kawasan perumah sangat sepi. Hari pun sudah larut malam.

    Betullah katanya , Fareez tak balik punya.

    Baru sahaja dia ingin membuka suis lampu , satu suara menyapanya.

    “Ingatkan dah lupa arah balik rumah.”

    Hampir pengsan jugak lah Emma bila dengar suara Fareez. Apasal Fareez tak buka lampu? At least bukalah , baru dia tahu. Ni nak buat drama hantu hantu pulak main terkejut-terkejut ni.

    “You..you balik?” Emma tanya gagap. Absolutely , bila Fareez yang selalu jarang balik rumah , balik. Lagi-lagi pulang saja dia dah menegur. Kunci kereta digantung di tempat kunci. Beg tangan diletakkan di atas meja kopi. Mata tepat memandang Fareez.

    “Kenapa? Rumah ni bukan under nama you pun.” Sinis suara Fareez buat mulut Emma terkunci rapat.

Kalau ditanya perasaan Emma sekarang ni , jangan dicakap. Rasa nak ambil lesung batu lubangkan kepala dia lepastu masuk sabun FAB yang buku tu tonyoh dekat otak dia. Biar bersih dan sedar serta baik sikit.

    “Er..sebab you kan..”

    “Selalu tak balik rumah? Suka hati I lah. I tak kacau your life pun kan?”

    Emma sengih kelat. “Kereta you mana?”

    “Kalau kereta rosak takkan hantar dekat supermarket , dekat bengkellah.”

    Serius! Emma bengang gila. Entah kenapa tiba masuk pulak memerli sedangkan jawapan agak menyimpang.

    “Ouh..” Emma angguk. Kepala ditoleh ke arah lain. Bagi tambah dosa dia je kutuk suami. Adesh!

    “You dinner date dengan siapa tadi?”

    Kepala Emma tertoleh semula. Eh?

    “What?”

    “Siapa bagitau?”

    “Ouh betullah tu?”

    “No!”

    “Yes , buktinya ni kau balik lambat. Or pergi clubbing ke?”

    Berdetup kuat jantung Emma dengar ayat Fareez yang dia memang ah! Ingat dia ni perempuan macam mana? Dia bukan lupa diri . Dia bersuami!

    “Diam tu betul lah kan?”

    “No! I ada banyak kerja lah!”

    Nak je dia kata yang kerja banyak tu berpunca sedikit daripada Fareez. Dia telah ambil cuti semalam sebab Fareez. Risiko yang dia ambil adalah esoknya kerja akan bertimbun dan paling teruk lagi kena buat kerja orang. Kerja orang atasan yang pasti lebih susah dan banyak darinya.

    “Kerja layan jantan?”

    “Behave your words. You boleh call Pak Ismail lah! Dari tadi I dekat office. I banyak kertas kerja nak buat.” Tinggi suara Emma.

    Fareez merengus seketika. Entah kenapa , kini dia makin dipasak untuk menyakitkan hati si isteri. Wajah Emma yang memerah dipandang.

    “If you late once again. Itulah apa yang I akan fikirkan.”

    Ingin sahaja Emma meludah kata membalas ayat Fareez. Namun dia sabarkan sahaja. Api tak boleh lawan api. Sudahnya pasti Fareez yang menang. Di dalam institusi kekeluargaan , Fareez lebih berkuasa darinya.

    “I minta maaf. I take over kerja Kak Sera tadi.” Emma menunduk.

    “Erm..” Fareez bangkit dari duduk. Hasratnya untuk mencari bantal dan tilam sementara dia tidak dipanggil oleh pihak hospital.

    Namun langkah terhenti apabila Emma menggapai tangannya. Dia terduduk kembali. “Apa?”

    “I nak cakap sikit..sikit je..” Emma tunjuk kadar sedikit. Tersenyum senang bila Fareez buat isyarat ‘go on’.

    “Okay , since six months we are married. Kita belum pernah you know what date berdua , so I guess why don’t kita pergi bercuti. Just three days. But don’t worry , dalam Malaysia je. Tak jauh mana. Simple and everythings on me.”

    Emma senyum. Dalam hati sangat mengharapkan jawapan positif Fareez. Walau sebenarnya dia rasa potensi positif Fareez hanya dua puluh percent but we should give a try , right?

    “I busy.

    Tap! Respons positif Fareez lenyap! Satu pecent pun ‘hancus’!

    “Fareez , please. Kita dah terlalu imum dengan kerja so tak salah kita rehatkan diri , minda atau sebagainya. Only three days.” Emma cuba memujuk. Tangan diletakkan di atas tangan Fareez. Erat. Walau hakikatnya bukan erat manapun memandangkan Fareez cuba menepis tangan kecil dia.

    “You kerja bisnes tak membantu orang. You tahu I kerja apa?”

    Muka Emma berubah. Sejak bila bisnes tak membantu orang pulak dah?

    “Kerja I selamatkan orang. You rasa dapat ke I bersenang-lenang bercuti sementara semua patients I nanti-nantikan nak balik rumah , nak cepat-cepat sihat?”

    Fareez tanya kasar. Tangan Emma ditepis laju.

    Emma senang sahaja cakap untuk bercuti semua. Emma kerja apa? Nak ambil cuti bersalin tujuh tahun pun boleh. Tapi dia?

    “Macam lah tak ada doctor lain yang boleh ganti.”

    “You ingat doctor lain duduk hospital tu goyang kaki je? Of course diorang ada patients sendiri.”

    Entah kenapa Emma rasa bagai tersindir dengan kata-kata itu. Salah dia ke sebab cuba nasib ajak Fareez bercuti? Dia juga tak suka bercuti lama. Tapi dia buat demi kesihatan sendiri. Kesihatan Fareez juga.

    Lama-lama manyak stress boleh gila wooo!

    “I mohon , Fareez. Three days then kita boleh pulang. I janji sama you. Please. I mohon sangat.” Suara Emma berubah tone. Sayu..lemau dan penuh mengharap.

    Fareez urut pelipis. Sebenarnya dia dan Jazlina adalah sama-sama bidang. Kalau dia cuti , pasti Jaz yang harus take over semua tempat dia. Timbul rasa kesian . Pasti akan menyusahkan Jaz dan membebankan Jaz. Melihat Emma yang penuh mengharap , lain pula otaknya. Dia tak nak Emma terus memaksa. Dia tak suka. Rimas!

    “Two days then I’ll go.” Kata Freez. Malas nak bertingkah. Dia ajukan kaki terus ke tingkat atas.

    “Oh what? Dia setuju! Oh yeah! Yuhoooooo!” Emma terloncat-loncat atas sofa. Tak kisah terpijak remote dengan blazer. Yang penting Fareez setuju! Ayark! Senangnya hati!

    Beg tangan diselongkar mencari handphonenya. Oh Suri , PA ku janganlah tidur. Suri kan jenis burung hantu. Malam jarang nak tidur.

    “Hello Suri , ni I Emma..”

    “Ermm Puan , puan reti tengok jam tak? Kenapa ni ? Ada emergency ke?”

    Emma sengih. Ops! Hari ni Suri tak jadi burung hantu. Nampak sangat suara lemau dan marah sikit sebab kacau dia tidur. Sorry ya Suri , orang tengah happy , memang gila sikit.

    “No. I cuma nak cakap esok please book two flight tickest for me and my husband . Dah tu cari special activities yang ada dekat sana sesuai untuk pasangan yang nak bulan madu. Oh ya! Find the best okay! Tu je . Thank you , love you Suri. Bye! Good night.Assalamualaikum.”

    Tak tunggu balasan Suri , sepintas lalu je Emma cakap. Kalau dibiar Suri potong sampai esok dia kena bebel. Confirm!

   Ya Allah happynya!

   Terus tangan lincah menaip sms maklumat tempat dan peribadinya pada Suri.

   Ni ke yang korang rasa bila honeymoon? Ya Allah! I’m the happy person in the world!




Thursday, 25 September 2014

TRIPLETS LOVES : MY HANDSOME NERD BY BALDU MERAH



 BAB 2


 



LELAKI itu menapak laju ke perkarangan kawasan kegemarannya.  Ya, memang semua keperluan di sini tersedia khas untuk dirinya sendiri. Bukan dia meminta, cuma itu yang dimahukan oleh ibunya. Perpustakaan yang tersedia khas di ruangan bawah tanah rumahnya ini lengkap dengan pelbagai kemudahan. Buku-buku yang terkini dan mengikut keperluan tuntutan bidang yang diambilnya sentiasa ada. Dia cukup bersyukur dengan kelebihan yang dimiliki ibunya. Alhamdulilah, baru-baru ini ibunya tersenarai dalam “Malaysia`s 10 Richest List”. Dia turut menumpang bangga dengan pencapaian ibunya itu. 

Namun, ada kalanya dia rasa rimas juga apabila disebabkan kekayaan itu, muncul wanita-wanita gedik yang datang kepadanya. Dia bukan bodoh untuk menilai. Mereka itu hanya mahukan wangnya sahaja. Oopss..bukan wangnya. Wang ibunya. Ibunya yang berharta, bukan dia.

            Macbook Pro With Retina Display berwarna putih itu diletakkan kemas di hadapannya. Papan kekunci ditekan, dan jarinya mula menaip-naip aksara di situ. Dia perlu menyiapkan proposal kajiannya sedikit demi sedikit. Dia tidak suka kerja bertangguh. Tidak elok baginya. Matanya beralih ke arah buku di sisinya. Buku yang berkaitan dengan perniagaan itu diolah menjadi rujukan untuknya menulis.

TING!

            I-phone 5S-nya berdering meminta-minta dirinya untuk mengangkat dengan kadar segera. Oh ya, dia tidak suka menggunakan lagu sebagai nada deringnya. Baginya cukup serabut. Lebih elok menggunakan nada dering yang sudah sedia ada tersedia. Bahkan, jika ditanya tentang lagu-lagu pada masa kini, pasti dia perlu membuat kajian dahulu tentanG lagu-lagu itu. Dia sendiri tidak tahu. Dia bencikan hiburan. Baginya itu perkara yang melalaikan. Huh!

Tugasannya dihentikan seketika. Dia menjengah ke skrin, lalu melihat gerangan si pemanggil. Bibirnya mengukir senyum. Nampaknya wanita yang dicintai sedang berada di hujung talian. Dia mula meletakkan telefon itu di telinga lalu memberikan salaman penuh mesra.

“Assalamualaikum ibu..”

“Waalaikumusalam.. Ha, kat library lagi ker tu?”

Harith tergelak kecil mendengar telahan ibunya. Tidak dapat dinafikan. Tekaan ibunya sentiasa betul. Perfect!

“Mana lagi ibu. Kalau tak kat sini. Kenapa ibu?”

“Saja jer ibu call. Sekarang ni free, jom lunch. Ibu dah ada kat depan rumah dah ni.”
“Errm..”

No excuse!” Tan Sri Habibah memotong. Dia tahu anaknya itu pasti akan beralasan untuk menyiapkan kajiannya. Argh, jika difikirkan kerja, mana pernah habis. Apa salahnya meluangkan masa bersama keluarga.

“Ibu ni, mana ada Harith nak bagi alasan. Memang Harith nak join ibu pun. Lama tak lunch sama-sama. 5 minutes please..”

Okay, jangan lambat, gesa Tan Sri Habibah.

Talian dimatikan dan Harith bergegas ke kereta ibunya. Segala alatannya dikemas dan dirapikan dahulu. Sepatutnya memang tidak perlu kerana bilik itu dikhaskan untuk nya sahaja. Tetapi, memang menjadi sikapnya tidak suka benda yang serabut. Jadi, dia harus mengemas dulu ruangan ini sebelum berjumpa dengan ibunya.

Done!” Harith menguntum senyum.



Padi House Putrajaya menjadi pilihan mereka. Restoran yang menyajikan pelbagai jenis masakan ala barat memang memikat selera sesiapa saja yang berkunjung ke sini. Harith seperti biasa. Macademia Cheese Cake menjadi pilihannya sebagai pencuci mulut. Manakala, Crispy Chicken Tomato Rice pula sebagai santapan tengah harinya. Tan Sri Habibah hanya memesan Grilled Chicken With Pesto Foundue. Sejenis hidangan yang menyajikan ayam dan kentang putar ditindih bersama serta ditambah lagi dengan pesto foundue yang cukup mampu menaikkan selera sesiapa sahaja yang menjamahnya.

Selesai memesan menu, Harith membuang pandang ke sekeliling. Matanya ternampak wanita di sebalik tingkap itu. Mejanya tidak jauh daripadanya. Sedari tadi wanita berambut panjang paras bahu itu terus-terusan melirik mata ke arahnya. 

“Nampak skema mamat ni. Tapi hansem. Cuma, cermin mata tu better buang jer!”

Itu yang dibaca oleh Harith. Ya, dia ada kelebihan membaca hati wanita. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh ada kelebihan seperti itu. Cuma, sejak berada di tingkatan 1, kebolehan semulajadinya itu mula terserlah. Lebih-lebih lagi sejak peristiwa itu. Peristiwa yang sampai kini pun tidak akan dilupakannya.

“Nampak macam orang kaya,” kata hati wanita itu lagi.

Harith tersenyum-senyum sendiri mendengarkan kata hati wanita itu. Haish, kadang kala kebolehannya ini membuatkannya rimas. Mana taknya. Sekejap ada sekejap tak ada. Bila muncul kebolehannya itu, maka pelbagai suara yang didengarinya. Sampai kadang-kadang dia sukar melelapkan mata. Namun kini, dia sudah pandai mengawal kebolehannya itu. Syukur kepada Allah S.W.T atas nikmat yang dikurniakan.

Seperti gelagat sepasang lelaki dan wanita di meja sebelahnya ini. Rasanya mereka itu sepasang kekasih. Menurut apa yang dibacanya, hati wanita itu meronta-ronta inginkan perhatian daripada kekasihnya itu. Tetapi lelaki itu hanya sibuk dengan I-padnya sahaja. Hurm..itulah manusia. Kecanggihan teknologi buatkan manusia alpa. Anti-sosial!

“Harith, ibu nak cakap something ni,” tanpa mukadimah ibunya terus menyuarakan keinginannya. Terus mematikan pandangan Harith terhadap orang di sekelilinya.

“Kenapa ibu, macam ada benda penting jer,” ujar Harith sambil membetulkan cermin matanya.

“Hurm... ibu rancang nak buat program..”

“Program? Program apa?” Kening Harith bertaut. Tak pernah-pernah ibunya berbincang hal kerja dengannya. Pelik. Memang pelik.

“Sehari Menjadi CEO. Okay tak?” jawab Tan Sri Habibah perlahan.

Kening Harith masih bertaut dua.

See, program ni memerlukan seorang pemenang wanita yang ibu akan sediakan macam-macam kemewahan untuk dia. Kad kredit platinum khas untuknya, rumah, pembantu rumah, car, driver dan semua keperluan yang dia mahukan. Dia akan berada di pejabat, hadir mesyuarat dan sebagainya. Dia dapat menikmatinya sendiri. Cuma, dalam sehari jer lah.”

Harith berjeda seketika sebelum menyambung.

“Hurm.. menarik. Tapi, apa faedah program tu? Yang paling pelik, kenapa ibu beritahu Harith semua ni?”

Because….

Kata-kata Tan Sri Habibah terhenti bila pelayan mula menghantar pesanan mereka. Anggukan kepala tanda terima kasih diberi sebelum pelayan itu berlalu pergi.

“Okay, sebab apa ibu?”

“Err..Saja..” ringkas jawapan Tan Sari Habibah dengan senyuman pahitnya.  Terus dia menukar fikiran untuk tidak berterus terang dengan anaknya.

Harith mengangkat kedua-dua belah bahunya.

It`s up to you. Kalau ibu rasa okay, just go on. Mungkin dapat bagi peluang orang kat luar sana rasa macam mana jadi CEO right?”

Tan Sri Habibah mengganguk perlahan. 

“Belum masanya lagi Harith tahu tujuan ibu,” luah hati Tan Sri Habibah sendiri.

Harith terdiam.

“Tujuan? Tujuan apa? Harith terkejut bila membaca kata hati ibunya sendiri. Dia merasakan seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh ibunya. Tapi..Tapi apa?


Sementara itu...

“Mana lah Miss Izzi ni, tadi kata sekejap, ni lama pulak pergi Subway tu. Haish, ni yang aku malas nak tunggu dekat sini ni.  Apalah dia ni. Takut sangat kereta dia kena curi. Saper nak curi? Huh!” Bentak Seri sendirian. 

Sejak mereka beramai-ramai menjamu selera di Padi House Putrajaya tadi, boleh pula dia disuruh balik dengan bos dia ni. Semuanya salah Kak Fiqah yang terpaksa pulang awal untuk mengambil anaknya di sekolah lantaran suaminya ada urusan kerja yang penting. Sudahnya, dia berdua jer dengan Miss Izzi.

“Ish, tak boleh jadi ni! Biar aku tengok dia kejap!” Seri meluru ke arah pintu masuk Galeria Putrajaya, lalu menuju ke Restoran Subway. Dari jauh sudah kelihatan bosnya sedang membuat bayaran. Langkahnya dideraskan. Tiba-tiba, dia merasakan sebatang tubuh yang keras dan tegap sedang melanggarnya. Maka, mengaduh sakitlah dia pada ketika itu.



“Harith nak pergi library balik ker sekejap lagi?”

Anggukan ringkas diberikan. Bukan dia tidak mahu berhenti seketika daripada menyiapkan kerjanya. Namun dia tidak suka melambat-lambatkan kerja. Apa yang penting, dia lebih bermotivasi untuk menyelesaikannya di perpustakaan itu. Seakan-akan setiap ruang itu memberi ilham dan inspirasi sepanjang dia menyiapkan proposal kajiannya.

“Ni kenapa terkepit-kepit kaki tu?” tegur Tan Sri Habibah. Sedari tadi, Harith berkelakuan seperti itu. Tak senonoh betul!

“Err.. Ibu, tunggu kejap ya, Harith nak buang air lah.. Hehehe..”
Tan Sri Habibah menggeleng sambil tersenyum.

“Ish..ish..ish.. Ha, pergilah..”

Harith lekas menuju ke tandas untuk melepaskan hajat. Memang dia tidak tahan kala ini. Rasa seperti sudah di penghujung! Sedang dia berlari-lari anak, entah mengapa dirasakan ada tubuh gebu seorang wanita menerpah ke arahnya. Maka, terjatuhlah dia saat itu. 

“Aduh!” wanita itu mengaduh.

“Maaf cik.. Cik tak ada apa-apa?” Harith mula meluru ke arah wanita itu. Bagaikan ada satu aura yang menyelinap, dia terkesima. Wanita di hadapannya itu cukup ayu bertudung bawal. Wajahnya yang bundar serta dihiasi sepasang mata yang cantik cukup menawan. Mengingatkan dia dengan seseorang? Tapi siapa ya?”

“Hello bro! Pandang apa?” Wanita itu mengawang-awangkan tangannnya di hadapan Harith. Terus lamunannya pergi entah ke mana.

“Eh, sorry..sorry.. Saya tak sengaja! Awak okay tak?” soal Harith simpati.

Saat pandangan Harith menikam ke arah matanya, entah mengapa dirasakan ada getar di hatinya. Sumpah, ini kali pertama dia rasakan getar sebegitu. Wajah lelaki dihadapannya ini cukup kacak. Meskipun bercermin mata bingkai hitam dengan rambut dibelah tepi, namun wajah maskulin lelaki itu tetap terserlah. Ditambah pula dengan susuk tubuh badan yang tegap itu membuatkan hatinya bergetar.

“Saya okay..Cuma..” matanya dihalakan ke bawah.

“Kenapa basah?” Seri mengangkat tangannya dari tompokan air di lantai.

Saat itu Harith merasakan dia mahu lari laju-laju dan sembamkan mukanya ke tilam. Sebab apa? Dia terkencing!