Showing posts with label MISI CINTA MR BAD. Show all posts
Showing posts with label MISI CINTA MR BAD. Show all posts

Monday, 20 October 2014

MISI CINTA MR BAD GUY BY AILAH DIELAH

BAB 2

http://missilahstory.blogspot.com/

  GELAS air dicapai dan diteguk sehingga separuh gelas. Tercekik! Mana taknya. Mata Ahqaf asyik memandang ke arahnya. Sesekali lelaki itu akan bermain kening dengannya. Rambut yang sedikit berserabai itu sudah cukup buat dia terkelu lidah.
            Anggerik kecilkan mata. Apa lelaki ni nak agaknya. Gila!
Ahqaf  pegang bibir. Sengaja dia terus merenung si gadis yang berada di hadapannya. Jelas kelihatan tidak keruan.
Melihat mata hazel itu, Anggerik resah sendiri. Dari gerak mata, bibir, cara senyum. Dia tahu anak Doktor Maira ni sedang memandangnya sinis. Mengejek. Pandangan jahat yang penuh bermakna. Macam manalah dia boleh tak kenal dengan anak sulung pasangan Rizky dan Maira. Kalau dia kenal, mesti dia tak akan cari pasal.
Tadi bukan sengaja dia nak mengamuk. Ada perkara lain yang buat dia geram. Masuk dalam Klinik pula, tengok ada gangster tak cukup sifat. Makin angin la dia dibuatnya.
“Along...”
“Yes, mama..” Jawab Ahqaf dengan mata yang masih tidak beralih dari figura si gadis.
Maira berdehem kuat. Cuba mengembalikan perhatian Ahqaf kepadanya. Macamlah dia tak nampak Ahqaf asyik merenung Anggerik. Kalau renung gatal dia tak kisah sangat. Tapi renungan Ahqaf tu, renungan mengena. Janganlah Ahqaf buat perangai.
“Along. Lepas ni nak pergi jumpa papa terus ke?” Soal Maira walaupun Ahqaf masih seperti tadi.
“Ni bukannya reunion la mama. Tak perlu kut nak jumpa semua orang.”
“Tak rindu Papa ke?”
“Why should I?" Ahqaf buat muka bosan.
"Kan dah lama Along tak balik sini. Papa rindu Along tau."
Maira tahan hati. Susah kalau dapat anak mulut tak ada penapis. Menjawab macam orang tak ada hati perasaan. 
"Oh! Kalau rindu kena pergi jumpa terus. Macam tu?”
Ha kan! 
“Of course la my dear. Kena jumpa, peluk cium.” Senyuman Maira ukirkan. 
Anggerik yang resah gelisah dia jeling sekilas. Kalau boleh dia nak tarik perhatian si anak supaya jangan terus menerus merenung Anggerik. Dari mula makan sampai makanan habis, Ahqaf masih dengan pandangan helangnya. Dia faham perasaan Anggerik.
Pandangan mata dari Umar Ahqaf memang boleh buat diri rasa nak pitam. Pandangan yang membawa maksud tersendiri.
Ahqaf julingkan mata. Kepala digeleng kecil.
“Please! Along bukannya gedik macam mama dengan papa. I’m a man!”
Anggerik pegang batang leher mendengarkan maklum balas Ahqaf. Gila selamba mamat ni! Seksi habis. Mulut dia tu ada insurans ke tidak la agaknya. Main serbu je. Matanya menjeling ke arah Doktor Maira. Namun Puan Doktor juga bermuka selamba. Siap tersengih cantik lagi.
“Along. Malam esok mama dengan papa ada buat kenduri kesyukuran sikit dekat rumah kita.” Bagitahu Maira. Langsung tak kisah dengan perlian si anak. Dah biasa!
“Ada dapat apa-apa income ke yang sampai nak kenduri bagai? Bulan jatuh ke riba?”
“La. Ini kesyukuran sebab akhirnya Along sudi juga balik duduk dengan mama dan papa.”
“Sudi?” Ahqaf betulkan duduk. Merendahkan sedikit badan ke arah Maira. Bibir tersunging tinggi.
“Yeah.” Maira angguk yakin.
Ahqaf gelak buat-buat. Tangan naik mencuit sedikit pipi Maira.
“Siapa entah yang sudi. Diktator tu yang paksa orang balik.” Meluncur jawapan itu dari mulutnya. Perlahan namun cukup jelas dipendengaran orang yang ada di meja makan itu.
Anggerik yang baru ingin menyuap ais krim ke dalam mulut terkedu. Oh my! Keluarga apakah ini? Kalau Ahqaf ni anak dia. Rasanya dah lama dia koyak mulut tu. Main ikut suka hati  je nak bercakap.
“Eh! Kau ni lapar sangat ke? Mengunyah dari tadi.” Kini pandangan Ahqaf kembali kepada Anggerik.
Sudu yang masih berada di dalam mulut perlahan-lahan Anggerik tarik keluar. Ais krim di dalam mulut dia telan sekaligus. Tak berani nak kunyah.
Maira gelak kecil. Alahai kesian betul dia tengok muka Anggerik. Nak tolong memang dia tak mampu. Hanya Rizky seorang je yang mampu berlawan cakap dengan Ahqaf. Bapak borek, anak rintik.
“Err. Kan datang sini untuk makan. So, mestilah saya makan.” Jawab Anggerik bernada berani. Tadi paksa sangat dia datang makan sekali. Sekarang nak marah pulak.
“Tapi kau makan melebih-lebih dari orang yang musafir ni.”
“Eh! Ingat orang musafir saja ke yang lapar?”
Ahqaf gigit bibir atas. Membuang pandang ke arah luar restoran. Menarik nafas panjang. Kemudian kembali memandang Anggerik di depan. Menjawab!
“Kalau bibir kau tu aku cium. Kau diam tak?” Soal Ahqaf sambil merapatkan wajah mereka.
“Huh?”
Mengelabah Anggerik mendongak ke belakang. Tangan naik menutup mulut.
“Along. Behave..” Lengan si anak, Maira usap perlahan. Risau kalau tiba-tiba Ahqaf buat seperti apa yang dikatakan. Bukan boleh percaya sangat perangai anak sulung Rizky Dhan ni.
“Maaf. Doktor, saya balik dulu.” Tak tunggu lama. Anggerik capai beg dan berlari anak meninggalkan restoran. Takut nak berpaling. Lebih lagi apabila telingannya menangkap bunyi ketawa Ahqaf. Ketawa yang mampu membunuh segala sistem pernafasan. Seram!
“Apa Along ni. Kesian Anggerik. Tak baik tau buat perangai macam tu. Ini bukan Ireland.” Maira tegaskan suara. Wajahnya juga serius. Letih dia dengan perangai anak lelaki yang seorang ni.
“Mama...” Meleret suara Ahqaf memanggil. Teguran Maira dia buat tak dengar.
“Yes?”
“Esok ada party kesyukuran kan?”
“Kenduri kesyukuran, sayang.” Maira betulkan. Ada pulak party kesyukuran.
Ahqaf angkat bahu. Whatever!
“Mama jangan lupa ajak Cik Anggerik tadi tu tau.”
“Okey. Tapi Mama tak janji kalau dia boleh datang.”
“Buat sampai dia datang. Or Along akan buat sampai semua tetamu balik.”
Maira diam. Habislah!
Ahqaf kenyitkan sebelah mata. Tangan naik membertulkan rambut sebelum menarik pinggan pencuci mulut. Anggerik Medina. Semua bakal bermula my dear..
Beg tangan made in pasar malam miliknya dia campak ke atas katil. Kemudian Anggerik berdiri tegak di hadapan cermin besar yang tergantung di dalam biliknya. Jari naik menyentuh bibir. Gila punya bad guy!
“Huh! Mati hidup balik pun aku tak akan jumpa lagi mamat tu.” Bebelnya sambil tangan lincah menanggalkan selendang di kepala.
Kemudian badan dihempaskan ke atas katil. Nafas ditarik panjang. Terbayang wajah bermata hazel milik Umar Ahqaf. Perangai macam orang tak cukup pelajaran. Macam tak sesuai je nak jadi anak kepada pasangan golongan terhormat tu.
Baru ingin memeluk bantal. Telefon bimbitnya berbunyi nyaring.
“Ye, Doktor Maira.” Jawabnya setelah melihat nama yang tertera.
“Anggerik. Esok awak datang rumah saya yer.”
“Err. Esok saya dah ada janji dengan kawan. Saya minta maaf Doktor.” Dalih Anggerik. Tahu sangat dah apa yang cuba disampaikan oleh Doktor Maira. Macamlah dia tak dengar tadi.
“Anggerik. Please. Awak kena tolong saya. Awak tak tahu apa yang dia sanggup buat. Kalau dia nak awak datang. Means awak memang kena datang.”
“Huh? Anak Doktor nak saya datang? Kenapa?” Tegak badan Anggerik di atas katil. Bala apa lagilah ni.
“Please. Awak datang yer Anggerik.” Lembut suara memujuk Maira dihujung talian. Soalan Anggerik dibiarkan sepi.
Anggerik garu kepala yang tak gatal. Alasan apa lagi nak bagi ni. Dengar suara Doktor Maira pun dia dah tak sampai hati. Tapi dia memang tak ada hati nak pergi menghadap muka Ahqaf tu lagi. Benci!
“Tengoklah, saya tak janji.”
“Anggerik...”
Kali ini Anggerik semakin serba salah. Meleret-leret namanya dipanggil. Memang berharap sangat nampaknya. Apa dia nak buat ni? Tolong. Dia tak nak jumpa Mr.bad Guy tu!

Friday, 17 October 2014

MISI CINTA MR BAD GUY


BAB 1

http://missilahstory.blogspot.com/2014/09/bukan-kekasih-tapi-isteri-bab-01.html



PUAS menyandar dia kembali menegakkan badan. Sesekali panjang lehernya menjenguk ke pintu klinik. Namun orang yang dinanti masih belum memunculkan diri. Keluhan kasar dilepaskan. Menunggu! Inilah perkara yang paling dia benci. Telefon di dalam poket seluar dia tarik.
“Hello mama! Where are you? I’m been here almost half hour.” Soalnya terus sebaik sahaja panggilan berjawab.
“Calm down, sayang. Mama stuck dalam trafic jam ni. Ada accident dekat depan sana.” Lembut suara di sebelah sana membalas.
Mendengarkan jawapan balas itu, Ahqaf melirik jam di tangan. Dah hampir pukul 2.00 petang, perut dia memang dah buat tarian kuda kepang. Inilah perempuan! Apa-apa hal semuanya lambat, tak pernah nak cepat. Melenggang kangkung, jalan tergolek sana, tergolek sini. Memanglah lambat!
“But I’m hungry Mama, thirsty plus tired. Along balik dulu la, jumpa dekat rumah nanti je.”
“Along nak balik dengan apa? Pak kob still tunggu dekat sana ke?”
“No, he already left. It’s okey, Along boleh ambik taxi.”
“No, dear. Tunggu Mama, give me ten minutes. I be there.”
Tutt..
Ahqaf tercenggang. Mama letak je telefon? What the.. Arghh! Sabar aje la. Langkah dia atur ke pintu klinik. Nasib baik tadi dia sempat sampai sebelum klinik tutup. Pekerja Mama yang akhir tadi bagi dia masuk tunggu dekat dalam sebelum meninggalkannya untuk keluar rehat. Nasib baik tunggu dalam klinik, kalau tercongok dekat luar. Memang jangan haraplah dia nak buat kerja bodoh ni!
“Huh!” Tubuh dihempas ke atas kerusi menunggu. Baring sambil menyilangkan kaki. Earfon disumbat masuk ke dalam telinga, mata di pejamkan. Tangan dibawa bersilang ke dada. Namun baru ingin melayan mata yang mula terasa kantuk, tiba-tiba bahunya disentuh lembut. Mata dibuka.
“Encik. Encik okey?”
Seseorang yang manis berbaju kurung dan bertudung berlingkar di kepala menjadi santapan matanya. Atas bawah dia pandang gadis itu. Melihat si gadis yang langsung tidak ada kena mengena dan kepentingan kepadanya, mata kembali dipejam. Bibir bergerak mengikut alunan lagu yang masuk ke telinga.
“Encik..”
Sekali lagi bahunya disentuh. Namun kali ini bukan sentuhan biasa, sebaliknya digugah kuat. Nasib baik badan dia tegap, kalau tidak mahunya dia dah menyembah lantai.
“What?!” Soalnya geram. Dia tak ada kacau sesiapa pun kan. Yang perempuan ni nak sibuk hal dia kenapa?
“Encik baring dekat sini kenapa? Encik sakit ke?”
“Yes.” Sakit hati!
“Dah daftar?”
Ahqaf menggeleng.
“Oh! Okey, bagi saya Ic Encik. Saya daftarkan dulu.”
“Why should I?”
“Encik.. Kalau Encik nak jumpa doktor, Encik kena la daftar dulu.”
Ahqaf buat muka bosan. Muka dia nampak macam orang sakit ke? Dan lagi satu, kalau pergi klinik memang bila sakit je ke?
“Who are you? The doktor here?”
Si gadis menggeleng.
“Ha! Tak kan.. So, can you leave me alone? Pergi main jauh-jauh.”
Kalau tadi bahunya digugah kuat, kini bukan setakat digugah sebaliknya lengan dia ditarik supaya bangun. Tak cukup dengan itu, tangan kecil itu selamba je menarik leher baju dia. Nak tak nak terpaksa la dia bangun. Nanti tak pasal rabak baju Giorgio Amani dia ni.
“Hey! What wrong with you?!” Dari bebaring Ahqaf bangkit berdiri. Baju yang sudah senget-senget dia betulkan. Kecil besar je dia pandang gadis yang berada di hadapannya kini.
Sudah la buat muka orang tak bersalah. Ada juga yang kena cepuk ni nanti!
“Encik! Ini klinik. Tempat orang sakit, tempat orang nak ambil ubat. Kalau Encik ke sini semata-mata nak tumpang berehat, nak tidur. Tu! Kat luar sana ada kaki lima. Dipersilakan..”
Mata Ahqaf mengikut arah ke mana jari telunjuk si gadis. Kaki lima? Dia yang handsome macam ni disuruh tidur dekat kaki lima?
“Cik, puan, datin, adik manis or whatever.. Aku ke sini sebab aku tengah tunggu someone. Bukan nak tidur. Can you give me five minutes only? After that aku pergilah.. Will you?” Ahqaf ukirkan senyuman buat-buat. Ikutkan hati nak je dia pulas kepala yang tersarung tudung seolah serban tu. Nasib baiklah sekarang ni dia tengah lapar nasi, kalau tidak.. Memang tak merasa la perempuan ni nak berceloteh.
“Tak boleh. Ini bukan bus stop! Klinik kami tak menawarkan perkhidmatan persinggahan sementara. Sekejap lagi klinik dah nak buka, dan ramai pesakit akan datang. Kalau dah Encik terbaring dekat kerusi ni dengan gaya gangster zaman Hang Tuah, nanti pesakit akan lari.”
Terkapai-kapai tangan si gadis ke atas dan ke bawah. Mulut bergerak, tangan pun bergerak. Ini anak beranak Karam Singh Walia ke apa?
“Whatever..” Ahqaf menutup mulut. Pura-pura menguap. Bosan betul kalau dengar perempuan membebel ni. Punggung kembali direbahkan ke atas kerusi. Rokok dikeluarkan dan dinyalakan. Sebelah kaki dinaikkan ke atas kerusi. Bersandar sambil menghembus asap rokok.
“Encik!”
Ahqaf menggosok telinga yang berdesing bila si gadis menjerit. Kenapa dengan perempuan ni?
“Hey! Kau ingat aku ni apa? Siapa kau nak jerit-jerit depan muka aku?” Naik seoktaf suaranya. Perempuan ni memang boleh buat dia hilang sabar.
“Ini klinik! Sekali lagi saya ulangi, klinik. Ini kawasan larangan merokok. Memanglah saya jerit sebab Encik sesuka hati merokok dekat sini.”
“Eh! Ikut suka hati aku la. Nak merokok ke, apa ke.. Even kalau aku nak bakar klinik ni sekalipun apa kau kisah? Klinik ayah kau ke?!” Tidak mahu kalah, lantang Ahqaf bersuara. Ingat dia tak pandai nak menjerit ke? Dia pun ada hak bersuara juga
Ternyata suaranya berjaya membuatkan gadis di hadapannya terdiam. Terkebil-kebil mata itu memandangnya. Dia bulatkan mata. Buat muka garang.
“Ini pun bukan klinik ayah awak juga!”
Hilang terus bulat matanya sebaik sahaja si gadis melancarkan serangan balas.
“Yes! Memang klinik ni bukan ayah aku punya. But, this is my mum punya. Jadi kiranya aku lagi berhak ke atas klinik ni kalau nak dibandingkan dengan kau.”
“Liar!”
Ahqaf ketap gigi. Bergerak-gerak gerahamnya menahan geram. Pertama kali ada gadis yang berani tinggikan suara pada dia. Gadis bertudung pulak tu. Ini ke perempuan muslimah? Bahagian mana yang muslimahnya?
“Yang kau banyak bunyi sangat ni kenapa? Kau ni ada share ke dekat klinik ni?”
Si gadis menggeleng.
“Saya pembantu di sini..”
Terlepas gelak kecil dibibir Ahqaf. Pembantu? Rokok yang masih berbaki di tangan dia sedut panjang dan melepaskan asap rokok ke muka si gadis. Melihat si gadis yang terbatuk-batuk kecil, dia ukir senyum puas hati. Padan muka! Ini hadiahnya kalau dah banyak sangat bunyi.
“Setakat asisstant aje pun. Tapi kau punya riuh, macamlah kau tu owner bangunan ni..”
Macam mana la Mama boleh upah pembantu yang garang macam ni? Elok-elok orang yang datang klinik ni sakit sikit je. Tapi nampak muka perempuan ni, terus boleh sakit teruk. Teruk betul citarasa Doktor Maira Khaisara ni..
“Assalamualaikum..”
Serentak keduanya berpaling sebaik sahaja pintu klinik ditolak dari luar. Seorang perempuan yang anggun berbaju kurung moden merah terang melangkah penuh karisma Senyuman lebar terukir di bibir itu.
“Umar Ahqaf. My son.. I’m miss you darling.”
Belum sempat Ahqaf menjawab salam. Tubuhnya sudah melekap kemas di dalam pelukan wanita tersebut. Tidak cukup dengan itu, kedua pipinya juga menerima ciuman bertalu-talu.
“Mama.. Please..” Ahqaf julingkan mata ke atas. Perangai Mama dari dulu tak pernah berubah. Gedik!
“How are sayang?” Soal Maira sambil memegang kedua pipi anak sulungnya. Rasanya baru lagi dia pergi melawat anak sulungnya ini di Ireland tiga bulan lepas. Tapi rindunya dia pada Ahqaf seolah dah bertahun-tahun tak jumpa.
“Fine. Kalau tak sihat, tak adanya Along mampu berdiri teguh di sini. Tahulah dia tu doktor, tapi takkan la asal jumpa orang je. Mesti tanya soalan samada sihat atau pun tidak. Cuba la tanya samada Along ni lapar ke tidak.. Makin bertambah handsome ke atau pun bertambah kacak ke..”
Maira tergelak. Si anak bujang yang tak pernah kalah dalam berkata-kata.
“Along lapar ye?”
“Of course I’m am. Turun dari flight, Along terus datang sini tau. Tak makan apa-apa pun lagi ni,” jawab Ahqaf sambil menyapu pipi dengan belakang tapak tangan. Takut kalau-kalau ada lipstick Mama yang berjaya singgah. Buat jatuh saham dia je nanti.
“Sorry, sayang. Okey, jom. Kita pergi makan dulu ye..” Maira menarik tangan anak lelaki bujangnya itu. Sudah faham sangat perangai Ahqaf yang cepat melenting. Perangai gangsternya dari dulu tak pernah hilang. Suka menunjukkan kekuasaan.
“Wait..”
Maira angkat kening. Pelik. Tadi kata lapar sangat..
“Mama tak nak kenalkan ke siapa pekerja Mama ni?” Ahqaf melirik ke arah si gadis yang sedari tadi setia menjadi pemerhati. Namun dia nampak mata gadis itu kecil besar. Mulutnya juga sekejap buka sekejap tutup. Tahu la kau perempuan!
“Oh! Sorry. Along, ini Mama kenalkan my asisstant. Anggerik.. Anggerik, this is my son. Umar Ahqaf.” Hampir sahaja Maira menepuk dahi sendiri. Macam manalah dia boleh tak perasan akan kehadiran Anggerik di situ. Itulah, teruja sangat nampak anak sendiri.
“Oh.. Anggerik. Bunga Orked tu ye?” Senyum jahat Ahqaf lorekkan.
“No, sayang. Anggerik Medina.”
Haihh! Ahqaf ni..
“Nice name, suit sangat dengan perangai dia Mama..”
“Huh?”
“Err. Nothing.. Mama.. Boleh tak kalau kita ajak sekali Cik bunga orked ni pergi lunch dengan kita?”
Maira memandang sekilas ke arah Anggerik sebelum kembali memandang Ahqaf. Aikk? Ini sejak bila Ahqaf jadi ramah sangat? Macam ada yang tak kena je..
“Of course. Anggerik. Jom, ikut saya lunch sekali ye..” Maira memegang lengan Anggerik lembut. Menghantar pandangan supaya pembantunya itu bersetuju. Faham sangat dah dengan perangai si anak. Jangan dibantah apa yang dia mahukan.
“Err..” Si gadis tergagap
“Let’s go..” Ahqaf berlalu. Tidak berminat mahu menunggu jawapan. Nak ke tak nak, perempuan tu mesti kena ikut. Tadi banyak sangat bunyikan. Kali ini tahulah dia nak senyapkan mulut tu.

Berlalu melintasi Anggerik, pandangan sinis dia hadiahkan. Senyuman kecil yang penuh bermakna dia corakkan. Berani sangat banyak bunyi dengan Umar Ahqaf Bin Ahmad Rizky Dhan. Silap orang la kau perempuan..

Thursday, 16 October 2014

MISI CINTA MR BAD GUY BY AILAH DIELA


PROLOG
 
http://missilahstory.blogspot.com/2014/08/misi-cinta-mrbad-guy-prolog.html

WAJAH-WAJAH yang sedang memandang ke arahnya dia jeling dengan ekor mata. Kaki disilang dan badan disandarkan santai ke belakang sofa di ruang rehat rumah keluarganya itu. Penat menunggu akhirnya dia membuka mulut.
“So, how?”
            “Mama tak benarkan.” Akhirnya wanita yang duduk betul-betul bertentangan dengannya bersuara.
            “Do I care?” Kening sebelah kanan diangkat berserta dengan senyuman senget.
            “Along..”
            Mata dijulingkan ke atas sebaik sahaja mendengar panggilan tersebut. Macamlah dia tak tahu, itulah helah nak buat dia lembut hati. Panggil nama dia meleret-leret, dengan pakej muka kesian.
            “No, Mama!” Tegas dia menjawab. Sepatutnya Mama sendiri pun tahu sikap dia. Dia tak suka apa yang dia mahukan dihalang. Apa yang dia nak, dia mesti akan dapatkan juga.
Rizky dan Maira saling berpandangan. Bila si anak berkata tidak. Maka tidak akan ada jawapan ya. Namun untuk menurut apa yang si anak mahukan, sungguhlah tidak masuk di akal.
“Along. Bukannya Papa tak nak ikut apa yang along nak. Tapi dia tak layak untuk jawatan tu. Dia tak ada pengalaman. Papa tak nak merisikokan syarikat Papa.” Rizky bersuara. Lembut tetapi masih cuba bertegas.
“Then, we can at least give she some experience. Papa, I am giving you two choices. Take it or I leave it. Along bukannya tak nak tolong Papa, memang nak sangat tolong. Tapi, Papa pun kenalah tolong Along juga. Ha.. Kita saling bantu membantu. Kan mulia sikap tu..”
Kali ini kening Rizky pula yang terangkat. Lebih lagi bila melihat mata hazel si anak yang galak merenungnya. Seolah sedang memberikannya pilihan. Tetapi kedua pilihan yang diberi langsung tidak mendatangkan kebaikan kepadanya. Sepatutnya dia kena sedar yang sekarang dia sedang berdepan dengan juniornya. Segala sikap yang ada pada si anak adalah menurun dari dirinya juga.
“Okey. Then, I will  also give you two choices juga la.. Dengar cakap Papa or Papa akan tarik balik segala kemudahan yang ada pada Along sekarang.” Rizky senyum kecil.
Namun senyumannya mati sebaik sahaja terdengar gelak tawa si anak. Ketawa yang jelas-jelas membawa maksud tersirat. Sekilas dia memandang si isteri di sebelah. Wajah si isteri sudah kelat-kelat masam.
“Err. Along ambik second choice tu la. You can take everthing Papa. I don’t care.. Okey. Our discusion it’s done!”
Mengelabah Maira memegang lengan Rizky sebaik sahaja melihat si anak sudah bangun. Sempat si anak menghadiahkan ciuaman di pipinya berserta senyuman kemenangan.
“Abang. Do something! Abang ingat Along akan kisah dengan harta abang? No!” Bisik Maira ditelinga Rizky.
Rizky picit dahi. Lupa! Si anak masih boleh hidup walaupun dia menarik balik apa yang sudah dia laburkan kepada si anak selama ini. Si anak ada bankers yang lagi besar, iaitu Mummynya. Patutlah si anak langsung tak hairan!
“Along!” Panggil Rizky membuatkan langkah si anak terhenti di kaki tangga.
“Don’t worry Papa. Tonight Along akan tidur sini. But, esok pagi-pagi Along akan fly semula balik Ireland. Oh my! I miss my grandma already..”
Makin kuat goncangan Maira di lengan Rizky sebaik sahaja mendengar kata-kata si anak. Rizky tahu, Maira menyimpan harapan yang begitu besar supaya anak sulung mereka itu akan tinggal bersama mereka. Sudah berbelas tahun si anak tinggal di perantauan. Bukan senang nak memujuk si anak yang berkepala batu tu balik. Ini dah balik, takkan la dia senang-senang nak lepaskan pula.
“Okey! Papa ikut cakap Along. If you want her, then I can give her as your asisstant. Dengan syarat, please stay here..” Sepantas kilat Rizky bersuara sebelum si anak hilang di ke tingkat atas.
Untuk seketika Maira dan Rizky saling berpandangan. Kemudian keduanya membuang pandang pula ke arah si anak yang sudah bersandar di pemegang tangga. Asap rokok berkepul-kepul keluar dari bibir itu.
“Oh yeah? Are sure Papa?”
“Yes! I’m very sure my lovely son..”
“Good! Tak sabar nak bergembira with my new asisstant!”
Gelak besar si anak memenuhi segenap ruang tamu. Senyuman penuh bermakna di hadiahkan kepada mereka berdua. Kemudian si anak bersiul riang naik ke tingkat atas.
“Abang. I don’t think Anggerik will be safe with our son, you know how he is..”
“Kita tak ada pilihan sayang..” Pujuk Rizky. Dia juga memahami apa yang Maira risaukan.
Hanya mereka berdua yang tahu perangai sebenar si anak. Penuh dengan helah. Tidak pernah mengaku kalah. Degil. Keras kepala. Nakal dan suka bertindak tanpa memikirkan perasaan orang lain. Menangis kerana dia? Janganlah mengharapkan simpati yang akan dapat dari si anak. Sebaliknya hanya ketawa sinis yang akan dihadiahkan. Kerana inilah si anak digelar, bad guy...