Tuesday, 20 January 2015

CINTA MANIAK BY CT AZHAR

BAB 3











DI SEBUAH lorong, kelihatan seorang gadis sedang mengayuh basikalnya. Ketika itu dia ditugaskan untuk menghantar makanan kepada seorang pelanggan tetap oleh Mak Cik Jenab. Gadis itu akur, walaupun dia begitu lewat untuk ke tempat kerja. Arahan mak ciknya harus dilangsaikan secepat mungkin. Jika tidak, kemarahan Mak Cik Jenab terhadapnya akan berjela-jela. Mahunya seminggu Mak Cik Jenab tidak bertegur sapa dengannya. Tak selera nak lihat wajah Mak Cik Jenab bagai tikus mondok begitu. Eee! Selisih, selisih.
Basikal disorong dengan kasar dan dimangga di palang besi di anak tangga. Setelah itu, dia segera memanjat tangga dan menuju ke tingkat satu. Rumah kedai ini agak sunyi pada ketika ini. Kebanyakan mereka keluar bekerja. Khayla Zahra seperti biasa mengetuk pintu bertalu-talu. Namun, tiada jawapan dari dalam rumah itu.
Khayla Zahra mengetuk sekali lagi, kali ini lebih kuat dari mula-mula tadi.
Kelihatan pintu terkuak dari dalam, Khayla Zahra segera menghulur bungkusan tersebut dan dia ingin segera berlalu dari situ kerana hatinya mula cuak. Perasaannya kurang enak. Keadaan yang sunyi menyesakkan dadanya. Kebimbangannya menular ke segenap urat nadinya.
Sesaat cuma, tubuh Khayla Zahra terasa ringan sahaja dan dengan sekelip mata dia berada di dalam rumah tersebut. Matanya melingas ke sana ke mari. Lantas, bola matanya terpaku pada susuk tubuh seseorang yang berdiri tegap betul-betul di hadapannya. Matanya terbuntang apabila mata lelaki itu merenung tajam kepadanya. Malahan, diratah tubuh Khayla Zahra dengan mata galaknya itu. Cis, kurang ajar!
“Hei, kau siapa ha?!” Pekikan Khayla Zahra bergema di segenap rumah tersebut. Lelaki itu cuma tersenyum kambing dan memandangnya dengan rakus.
“Aku nak kau!” jerit lelaki itu pula.
Khayla Zahra menjadi berang. Lantas, bungkusan makanan dicampak ke lantai.
“Berani, kau ya? Kau rupa-rupanya yang bertanyakan aku kepada mak cik?!” Khayla Zahra turut menjerit. Hangat betul dia dengan keadaan ini.
“Hah!” Lelaki itu seakan-akan terkejut pula.
Ah, lantaklah! bentak Khayla Zahra dalam hati.
Khayla Zahra tidak kira, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata badan binasa. Walaupun dia mati, namun maruah diri harus dijaga. Khayla Zahra memasang kuda-kuda untuk bersedia jika terdapat sebarang kejadian yang tidak disangkakannya.
“Sekarang kau nak apa?” tanya Khayla Zahra dengan berani. Riak wajah bimbang harus dia lindungi. Jika tidak, perogol bersiri ini akan ketahuan yang dia ketika itu cuak gila.
“Aku nak kaulah. Sebab, dari tingkap tadi, aku tengok kau ni cantik.”
“Ooo, bila cantik, kau ada niat jahat dengan akulah, ya?”
“Yalah, siapa suruh kau cantik?”
“Oi, jantan tak guna. Itu Tuhan punya kuasalah!” Kegeraman Khayla Zahra sudah berada tahap ‘cipan’. Darahnya menyerbu naik ke muka. Jantan ni tak harus dibagi muka.
Ilai tawa oleh suara garau itu tidak mampu menakut-nakutkan Khayla Zahra, seorang gadis besi. Apabila gelak bagai harimau mengaum tidak mampu menggoyahkan hati gadis itu, lelaki Cina itu terdiam sejenak. Dia menggaru dagu yang sedikit berbulu sambil berfikir, bagaimana mahu dipatahkan langkah gadis ini?
“Ha, gelak... gelak!” sindir Khayla Zahra sambil memacu penumbuknya.
“Kuat sangat ke penumbuk kau tu?”
“La, meh dekat sikit. Nak rasa meh la cuba dulu,” ujar Khayla Zahra.
“Eleh, bikin gempak saja.”
Lelaki itu terus menghampiri Khayla Zahra. Dia ingin merasai akan kemanisan tubuh Khayla Zahra. Setelah melihat akan kejelitaan wajah gadis Melayu ini, dia mahu merasainya. Sudah begitu lama dia menginginkan tubuh gadis-gadis manis seperti ini. Batang hidung dicuit-cuit berulang kali supaya memberi kekuatan kepadanya. Selalunya dia akan melanggan kupu-kupu malam. Bidadari malam yang akan menghanyutkan gelora batinnya. Kali ini, dia bertuah kerana seorang gadis manis akan jatuh ke tangannya. Maklumlah, gadis itu sangat cantik dan indah dipandang mata.
Dengan tangkas lelaki itu mencapai rambut Khayla Zahra. Lengan gadis itu pula dikunci akan pergerakannya. Jadi, Khayla Zahra tidak mampu berbuat apa-apa. Pergerakannya telah dikunci dengan ketat. Kuda-kudanya hampir tumpas di tangan lelaki itu. Terkebil-kebil mata Khayla Zahra merenung kosong pada wajah lelaki Cina yang berjambang halus itu.
“Tadi, kau cabar aku, kan? Nah, sekarang siapa yang menang?”
“Jj... janganlah, aku ni bini orang.” Dia cuba berdalih.
“Ah, aku tak peduli! Yang penting aku dapat rasa,” jawab lelaki itu.
“Tt... tak baik buat aku macam ni. Cuba kau bayangkan orang lain buat macam ni, kat kakak ke, adik, ataupun emak kau. Apa kau rasa?”
“Lantak akulah. Apa aku kesah?!” bentak lelaki itu sambil mencekak rambut Khayla Zahra dengan kasar.
“Hoi, sakitlah bodoh!” tengking Khayla Zahra setelah rambutnya direntap dengan kuat. Rasa mahu tercabut kulit kepalanya.
Tubuh Khayla Zahra dicampak ke atas tilam. Tubuhnya yang begitu ringan memudahkan lelaki itu. Tanpa perlu bersusah payah lagi.
Sementara itu, Khayla Zahra segera berganjak ke tepi dinding. Dia ketakutan teramat sangat. Namun, dia tidak mahu ketakutan menguasai mindanya. Dia harus kuat! Setelah lelaki itu terlalu hampir dengannya, Khayla Zahra menendang-nendang dengan kedua-dua belah kakinya ke arah lelaki Cina itu. Pergerakan lelaki Melayu itu terhenti sejenak. Dia mencari akal. Nafsunya telah menguasai seluruh ruang minda.
“Jj... jangan rapat!” Jeritan Khayla Zahra bergema di segenap ruang bilik tersebut.
Pantas sahaja tangan lelaki itu menekup mulut Khayla Zahra. Jika tidak, seluruh penghuni rumah kedai ini akan ketahuan pula. Hesy!
Setelah berhempas-pulas, lelaki itu berjaya menguasai tubuh Khayla Zahra. Dia sudah bertenggek di atas tubuh Khayla Zahra. Air mata Khayla Zahra segera mengalir kerana dia hampir tumpas di tangan lelaki ini. Dia cuba menggunakan segala tenaga yang ada. Khayla Zahra berusaha mengangkat sebelah kaki dan dia menendang di bahagian sensitif lelaki itu. Duss! Tepat mengenai...
Ouch! Ss... sakitnya!” jerit lelaki itu sambil meleraikan dakapan pada tubuh Khayla Zahra. Tubuhnya mengerekot di atas tilam. Sakitnya bukan kepalang lagi, tidak terperi dan air mata jantannya mengalir di pipi.
“Huh, padan muka!” ejek Khayla Zahra sambil meloncat menuruni katil. Tanpa berlengah lagi, dia segera berlari-lari anak menuju ke pintu utama.
Kasutnya yang tercampak entah ke mana, dipungut dan dia berkaki ayam keluar dari rumah puaka itu. Pintu rumah itu dibiarkan ternganga, biar semua penghuni tahu yang rumah puaka itu terdapat seekor naga yang sedang mengganas. Khayla Zahra menyarung kasutnya sambil berlari menuruni tangga dengan laju. Dia tidak menoleh sekali pun walaupun dia mahu berbuat seperti itu.
Tanpa sengaja, dia terlanggar seseorang. Tubuh Khayla Zahra yang lemah terdorong ke tepi, nyaris lagi tubuhnya terpelanting di anak tangga. Mak ai, tinggi tu!
“Hoi, buta ke?” jerit Khayla Zahra tanpa memandang wajah gerangan yang melanggarnya sebentar tadi. Berang benar dia, dahlah baru menyelamatkan diri dari lubang puaka. Tubuhnya longlai. Dia terasa ingin rebah di situ juga. Tekaknya mula mual.
“Hei, awak tu yang buta!” jawab lelaki itu pula.
“Awak buta, awak buta!” Pantas sahaja Khayla Zahra menjawab, biar hatinya yang sakit menjadi lega. Matanya terpejam celik tanpa berniat mahu melihat empunya suara tersebut. Lebih baik tak payah tengok, kalau tengok menyakitkan hati. Hatinya berdolak-dalik.
“Hoi, hoi... Cakap tu baik-baik sikit!” bentak lelaki itu sekali lagi.
Khayla Zahra mengetap bibir. Anak tekaknya terasa dijolok-jolok dengan jari.
Uwek!” Namun, matanya dipejam rapat. Tubuhnya seperti melayang-layang ke udara. Pandangannya bertambah gelap. Dia hampir pitam. Kepalanya tiba-tiba pening, otaknya sendat dan nafasnya sesak. Dadanya terasa sempit. Jantungnya berdebar-debar.
“Oh, ss... sakitnya... pp... pening...” katanya dengan suara terketar-ketar.
Lantas saja dia menghempas punggung di anak tangga. Lelaki Cina itu segera berundur, dia cuba melihat gadis itu. Dari pandangan matanya, keadaan gadis itu tidak stabil. Dia ingin memberi bantuan dengan segera. Setelah hampir, dia memaut kedua-dua belah bahu gadis itu.
Khayla Zahra terkejut dan menjerit. Tapak tangan lelaki itu segera menekup bibir Khayla Zahra. Mata bundar itu hanya terkebil-kebil memandang lelaki itu. Ini... ini, lelaki yang... Dia terlupa sejenak. Oh, ketika ini pula otaknya kena bekerja keras untuk berfikir. Hesy!
Weizhe pula terkejut teramat sangat. Kerana gadis yang ditunggu telah menjelma di depan matanya. Sekali lagi, Tuhan mempertemukan dia dengan gadis ini. Ah, dia sungguh bertuah dengan penemuan kali kedua ini. Secara tidak sengaja pula tu, getusnya sambil tersengih bagai kerang busuk.
“Kenapa ni?” soalnya sambil menampung tubuh kurus gadis itu agar tidak rebah di tangga. Khayla Zahra pening-pening lalat seakan-akan orang mabuk todi pula. Dia tidak menjawab soalan lelaki Cina itu, dia trauma dengan lelaki.
Dia cuba menepis sekuat hatinya, namun kudratnya sebagai gadis ternyata lemah. Kepalanya digeleng-geleng entah berapa kali. Namun, peningnya tetap tidak hilang. Pantas diketuk-ketuk kepalanya dengan tangan. Juga tidak berkurangan. Malah, bertambah berat pula kepalanya itu.
“Aaa... aduh!” Rengekan Khayla Zahra memberi kesan kepada Weizhe. Bahu Khayla Zahra dipaut dengan erat. Tubuh gadis itu semakin lemah. Weizhe segera memandang di sekitarnya, tiada seorang manusia pun yang lalu di tempat mereka tersadai ini. Mata Khayla Zahra terpejam dan akhirnya terlentok di paha Weizhe.
“Hesy, macam mana ni?” soal Weizhe kepada diri sendiri.
“Ah, tak boleh tunggu lama ni. Kalau orang nampak tak baik duduk di sini berdua-duaan macam ni,” katanya lagi. Ya tak ya, dia berdiri sambil mengendong tubuh kurus gadis itu. Dia menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Dia bimbang jika dia terjatuh dengan anak dara ini sekali. Huh! Namun, batang tubuh yang kurus itu memudahkannya untuk mengendong.
Dia berfikir apa tindakan selanjutnya yang harus dilakukannya.
Sebaik sampai di anak tangga paling akhir, Weizhe menekan alat penggera. Setelah membuka pintu kereta di sebelah tempat pemandu, dia menyandarkan tubuh gadis itu di situ dengan merebahkan tempat duduk agar gadis tadi dapat duduk dengan selesa. Weizhe pula ke tempat pemandu dan bersedia menghidupkan enjin kereta. Pantas sahaja kereta sport miliknya memecah kesunyian pekan kecil tersebut. Nasib baik dia ke sini untuk mengutip sewa rumah miliknya. Jika tidak, aniaya budak ni.

MAKIN lama ditenung, makin bertambah bergelora pula dia. Sejak sampai di sini, gadis itu belum sedarkan diri lagi. Malahan, tubuh gadis itu kaku di katil miliknya. Weizhe cuma mengenyah sesuatu yang tersirat di benak akal. Oh, tidak-tidak! Kepalanya digeleng-geleng laju.
“Tuan muda, dah sedar ke dia?” tanya Mak Mah sebaik menghampiri katil. Sebesen kecil air buat merenjis-renjis wajah gadis itu diletak di atas meja.
“Belum lagi, Mak Mah,” jawab Weizhe sambil berganjak sedikit, memberi ruang kepada Mak Mah, pengasuhnya yang baik hati.
Mak Mah pula memerah tuala dan dilap pada wajah gadis itu perlahan-lahan.
Erm... Siapa dia ni, Wei?” soal Mak Mah sambil mengusap-usap seluruh wajah gadis itu dengan menggunakan tuala basah.
Soalan daripada Mak Mah tidak dijawab oleh Weizhe. Dia cuma menyeringai sahaja.
“Siapa pun dia, kita kena tolong orang dalam kesusahan, kan Mak Mah?”
“Ya, Wei. Tapi, Mak Mah suka dengan gadis ini.”
Dahi Weizhe berkerut seribu, pandangannya tajam menujah pada wajah pengasuhnya. Bibir Mak Mah menyungging suka. Baru pertama kali bertemu, Mak Mah sudah menyatakan suka, fikir Weizhe sambil menggaru dagu, pelik.
“Suka? Manis dan cantik sekali,” jelas Mak Mah.
Kepala Weizhe digeleng-geleng dengan ligat.
Pujian daripada Mak Mah ternyata benar.
Sememangnya wajah gadis ini sangat tulus dan begitu kudus. Sementelah itu, hatinya mula terpaut dengan gadis manis ini. Jika mampu dia ingin menjadikan gadis ini sebagai suri hidupnya. Mahukan gadis itu jika dia menyatakan hasrat suci terhadapnya. Aduh! Weizhe mengeluh berat. Apakah gadis ini akan menerimanya? Sedangkan dia daripada berlainan agama? Menyatakan cinta sangat mudah. Melaksanakan cinta biar terjalin mekar agar tidak musnah teramat payah.
“Mengeluh aje dari tadi, kenapa?” soal Mak Mah sambil menjeling ke arah Weizhe. Anak muda itu cuma menyeringai saja.
“Tak ada apa-apa, Mak Mah.”
“Wei, sukakan dia, eh?”
Weizhe tersengih bagai kerang busuk. Mak Mah tidak perlu menyoal lagi kerana sengihan daripada anak muda itulah jawapannya. Kepala Mak Mah diangguk-angguk perlahan. Dia turut berkenan melihat wajah bercahaya gadis manis ini. Kalau dia mempunyai anak lelaki, pasti akan dijodohkan dengan gadis manis ini.
“Wei, tak pergi pejabat ke?” Soalan Mak Mah memecah kesunyian.
Weizhe segera menoleh kepada pengasuhnya sambil menggeleng perlahan.
“Sebab, nak teman dia, eh?” tanya Mak Mah lagi. Mak Mah sengaja menguji perasaan anak muda itu. Weizhe tersenyum lebar.
“Hesy... Mak Mah ni!” Wajah Weizhe berubah warna. Tulang pipinya menaik dan berwarna kemerahan. Kedua-dua belah cuping telinganya juga kelihatan merah. Mak Mah cuma tersengih saja apabila melihat tingkah tuan mudanya yang malu-malu itu.
“Nak malu pula. Kalau suka, katakan suka. Tidaklah hamba ternanti-nanti,” jawab Mak Mah sambil bernyanyi girang. Dia suka jika tuan mudanya meminati gadis Melayu. Mungkin seruan daripada Allah S.W.T yang berkehendak begitu jadinya. Siapa tahu, kan?
“Susahlah, Mak Mah...”
“Nak susah apanya, gadis Melayu paling senang, tak banyak kerenah tau.”
Bulat mata Weizhe merenung tepat pada wajah Mak Mah. Anggukan daripada pengasuhnya itu cukup meyakinkan hatinya.
“Nak ke dia dengan Wei ni, Mak Mah?”
“Hei, kenapa tak? Wei, pemuda yang kuat bekerja, rajin, murah hati, dan paling kaya kat Malaysia ni.”
Weizhe terdiam sejenak, kepalanya menunduk sahaja. Mungkin Mak Mah hidup lama dengannya, sebab itulah Mak Mah memujinya setinggi langit.
“Betul kata-kata Mak Mah ni. Paling utama, hati Wei itu bersih. Tak busuk,” sambung Mak Mah lagi. Segala pujian hanya untuk Allah, tetapi sebagai pengasuh tuan mudanya, Mak Mah begitu kenal hati luhur Weizhe.
Weizhe tergelak kecil. Mak Mah cuma tersengih-sengih melihat telatah anak muda yang baru belajar bercinta itu. Lucu sangat, lagi pula Mak Mah pernah melalui saat indah seperti ini. Tetapi, itu dahulu kala.
“Pandai aje Mak Mah ni,” tukas Weizhe berserta tawa masih bersisa.
“Mak Mah memang pandai, kalau tak pandai mana boleh jadi pengasuh tuan muda,” ujar Mak Mah berwajah selamba.
Weizhe menggaru kepala. Lama betul budak ni pengsan?
“Yalah, Mak Mah pandai. Wei nak ke dapur kejap, nak renehkan sup ayam buat budak ni.” Weizhe bangkit dan ingin berlalu dari situ. Namun, Mak Mah sempat mencapai lengan Weizhe.
Erm... Tak payahlah, biar Mak Mah aje buat. Tuan muda jaga aje budak ni.” Dia menolak mentah-mentah akan bantuan daripada Weizhe buat gadis yang terlantar kaku di atas katil tuan mudanya itu. Istilah budak itu, kerana gadis itu tidak bernama. Mereka belum mengetahui akan nama gadis tersebut kerana gadis itu sudah pengsan apabila dibawa oleh tuan mudanya. Mak Mah segera melangkah menuju ke dapur. Weizhe duduk semula di birai katil sambil merenung wajah gadis itu.
Memang benar akan kata-kata Mak Mah sebentar tadi. Wajah mulus gadis itu telah menawan jiwa mudanya. Dia yakinkan dirinya agar tidak kecewa jika gadis ini menolak hasrat hatinya nanti. Dia harus kuat kelak. Weizhe memanggung wajah dengan kedua-dua belah tangan sambil mata nakalnya menerjah pada seluruh tubuh gadis tersebut.
Weizhe menggosok-gosok pangkal tengkuk yang lenguh kerana akhir-akhir ini dia agak sibuk dan dia sedang bertungkus lumus membuka sebuah lagi cawangan baharu di tempat lain. Agak jauh dari sini. Mungkin dia akan menaikkan taraf hidup Ah Tiong supaya menjadi pengerusi di cawangan tersebut. Bibirnya mengukir senyuman sambil terangguk-angguk. Dia memetik jari. Tiada orang lain yang boleh dipercayai selain daripada sepupunya, Ah Tiong.

Monday, 19 January 2015

TAKDIR CINTA KITA BY SHAQIR IMAN

PROLOG


Setiap yang bernyawa di atas muka bumi ini, pasti akan merasai kematian. Bilakah tiba masanya? Biarlah Allah sahaja yang menentukan...
WANDA IMANI duduk menghadap jasad abahnya yang terbujur kaku dan ditutupi dengan kain putih itu. Air matanya yang sejak daripada tadi mengalir, langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Kalau boleh dikumpulkan air mata itu, silap-silap sebuah empangan akan terbentuk daripadanya.
Beberapa orang penduduk kampung yang sedang membaca surah Yaasin, hanya memandang simpati ke arah Wanda. Masing-masing melahirkan rasa kasihan terhadap gadis muda itu. Bukannya mereka tidak tahu nasib malang yang menimpa gadis muda itu selama ini. Sejak daripada kecil lagi, Wanda sudah kematian ibunya. Sekarang ini, abahnya pula yang pergi dijemput Illahi.
“Wanda...” Puan Munirah memanggil anak kepada arwah sahabatnya itu dengan suara yang lembut.
Wanda mengangkat kepalanya dan menoleh ke arah Puan Munirah. Senyuman yang tawar dan penuh duka dihadiahkan kepada Puan Munirah. Puan Munirah itu merupakan rakan karib kepada arwah abahnya. Namun, dia sudah menganggap wanita yang berumur 50-an itu sebagai ibu kandungnya sendiri.
“Mak cik, kenapa abah pergi terlalu awal? Abah sudah tak sayangkan Wanda dan Fiq lagi ke?” soal Wanda dalam nada yang sayu. Matanya dihalakan ke arah Puan Munirah. Dia cuba memohon penjelasan daripada wanita itu.
Puan Munirah memejamkan matanya. Entah kenapa soalan yang ditanya oleh Wanda itu begitu menyentak tangkai hatinya. Semakin melimpah-limpah rasa kasihannya buat gadis muda itu.
“Wanda jangan cakap macam tu, nak. Mak cik amat yakin yang arwah abah sayang sangat pada Wanda dan juga Fiq. Tetapi, Allah lebih sayangkan abah, nak...” balas Puan Munirah seraya mengusap-usap kepala Wanda.
“Tapi kenapa, mak cik? Wanda dan Fiq belum puas merasa kasih sayang abah. Kami dah tak ada sesiapa pun di dunia ni lagi, mak cik. Hanya abah satu-satunya tempat Wanda dan Fiq bergantung. Tetapi, sekarang ni abah dah tak ada...” tangisan Wanda jadi semakin lebat. Dirinya semakin tidak terkawal.
Puan Munirah yang melihat keadaan Wanda itu, terus menarik gadis muda itu ke dalam pelukannya. Dipeluknya dengan erat tubuh Wanda dan kepala gadis itu diusap-usapnya.
“Sabar, nak. Ini semua qada' dan qadar Allah yang sudah tersurat. Kita sebagai hambanya kena redha dan sabar menghadapi dugaan yang diberikan kepada kita. Hidup perlu diteruskan, Wanda.” pujuk Puan Munirah.
Wanda merenggangkan sedikit pelukan dengan Puan Munirah. Wajah Puan Munirah yang manis dan penuh dengan sifat keibuan itu dipandang.
“Macam mana kami nak teruskan kehidupan kami, mak cik? Abah dah pergi tinggalkan kami. Kepada siapa kami mahu bergantung, mak cik?”
“Jangan cakap macam tu, sayang. Mak cik ada untuk kamu dan juga Fiq. Kamu pun jangan lupa yang Allah sentiasa ada bersama kamu walau di mana pun kamu berada. Sekarang ini, mak cik nak kamu kuatkan hati kamu. Redhakan pemergian abah, ya sayang?” Puan Munirah cuba untuk menyedarkan Wanda tentang kekuasaan Allah.
Wanda perlahan-lahan menganggukkan kepalanya. Betul juga apa yang dikatakan oleh Puan Munirah tadi. Orang yang sudah meninggal dunia pasti tidak akan kembali lagi. Kita yang masih bernyawa ini yang perlu meneruskan kehidupan. Biarlah orang yang sudah tiada itu, sentiasa terpahat kukuh di dalam hati kita.
Wanda menoleh ke arah adik lelakinya, Afiq yang sedang duduk sambil memeluk lutut itu. Wanda tahu yang dalam diam, adik lelakinya itu sedang menangis dan merintih di dalam hati. Cuma adiknya itu tidak mahu menunjukkan kesedihannya itu kepada mereka semua.
“Mak cik, boleh Wanda nak kucup jenazah arwah abah untuk kali yang terakhir?” tanya Wanda kepada Puan Munirah.
Puan Munirah tersenyum tawar. Air mata yang mengalir di pipinya segera diseka. Kemudian, dia menganggukkan kepalanya. 
“Boleh sayang. Tapi sebelum tu, Wanda kena lap dulu air mata. Jangan biarkan air mata Wanda tu jatuh di muka arwah abah, boleh?”
Wanda menganggukkan kepalanya sebagai tanda faham dengan kata-kata Puan Munirah tadi. Perlahan-lahan dia mengelap wajahnya yang dibasahi dengan air mata itu. Setelah dipastikan wajahnya sudah bersih daripada air mata, dia menghampiri jenazah abahnya. Kain putih yang menutupi muka arwah abahnya itu dibuka dengan perlahan-lahan.
Tubuhnya ditundukkan sedikit dan kemudian sebuah ciuman dihadiahkan ke kedua belah pipi arwah abahnya. Setelah itu dia mendekatkan bibirnya ke tepi telinga arwah abahnya. Perlahan-lahan, dia berbisik di telinga arwah abahnya itu.
“Abah, maafkan segala salah dan silap yang pernah Wanda dan Fiq lakukan pada abah. Halalkan segala makanan dan minuman yang pernah abah berikan kepada kami berdua. Sesungguhnya, kami berdua begitu menyanyangi diri abah. Abahlah satu-satunya bapa yang terbaik di dunia dan juga akhirat. Kami doakan abah tenang di sana bersama ibu. Semoga kita dapat berkumpul sekali lagi sebagai sebuah keluarga di sana nanti. Kami sayang abah...”
Selesai sahaja berbisik di tepi telinga arwah abahnya, Wanda terus merasakan yang dunianya semakin kelam. Tidak semena-mena, Wanda terus jatuh pengsan di situ juga.


CINTA HATIKU ENCIK NAGA BY ADAH FIRAISAA

DUM! Harraz menghempas pintu kereta miliknya kuat. Geram dengan tingkah pemandu di hadapan yang menghentikan kereta secara tiba-tiba.
‘Ei! Dia ingat jalan mak nenek dia ke sesedap rasa nak berhenti ikut suka. Nampak rupa kereta macam kereta perempuan.
Bukti?
Buktinya ada pelekat bunga kat cermin belakang. Hah! Inilah perempuan kalau bawak kereta. Macam jalan ini dah dibayar untuk dia seorang yang memandu.” Bebelnya di dalam hati. Berasap-rasap dah ni.
Kaki dilangkah laju menuju ke arah Perdana hitam yang terletak elok di bahu jalan. Dengan perasaan marah dia mengetuk cermin kereta tersebut. Terhendap-hendap dia cuba mengintai. Maklumlah kereta di ‘tinted’ gelap gelita. Mana nak nampak orang di dalam.
“Ish! Tak nak keluar pulak orang dalam ni. Aku nak bagi ceramah free tak nak pulak! Woi! Keluarlah!” jerit Harraz. Kali ini lebih kuat lagi ketukan.
Pap!
Pintu di buka. Tanpa menunggu Harraz terus menarik pintu kereta laju. Nah! Ternganga luas pintu kereta tersebut terbuka. Belum sempat orang di dalam kereta membuka mulut, Harraz terlebih dahulu menembak laju amarahnya.
“Engkau ni, drive ada lesen ke tidak? Nasib baik aku sempat tekan break. Kalau tidak, habis kereta kau dengan kereta aku bercium di tengah-tengah jalan ni. Lain kali naik kereta pakai otak! Jangan tidur... aku ni terkejut tahu tak? Nasib baik tak tercabut jantung kat dalam dada ni. Kalau bukan sebab rasa terkejut, terhenyak macam kena sergah dengan kingkong begini, tak ada aku nak bagi ceramah percuma pada kau. Lain kali bawak kereta guna otak! Faham?”
Bertubi-tubi bebelan Harraz menusuk ke telinga Marha. Dia tahu salahnya menekan break secara mengejut, tapi manalah dia tahu Afiq nak tanya soalan cepu emas tu.
“Ma... maaf encik. Saya tak sengaja.” Jawab Marha perlahan. Dia masih menunduk. Tak mahu lelaki yang sedang marah-marah itu mengecamnya.
“Maaf. Maaf. Maaf je reti. Manusia memang macam itukan. Bila buat salah, mohon maaf. Tapi sebelum buat salah tu tak ada langsung nak fikir.” Tambah Harraz lagi. Marha masih menunduk memandang kaki.
“Cik akak, kalau saya sedang bercakap pandang saya boleh? Saya bukan tunggul berdiri depan awak. Awak ni kurang pelajaran ya? Dahla buat saya terkejut beruk, bila saya bercakap langsung tak nak pandang muka orang yang sedang bercakap ni.” minta Harraz. Pandangannya bergerak ke arah dua kanak-kanak sedang terkebil-kebil memandangnya.
“Ha? Pandang? Kenapa pulak? saya punya sukalah nak pandang ke tidak.” Jawab Marha laju. Dia sebenarnya sudah mula kecut perut.
‘Aku pandang karang, dia nampak muka aku macam mana? Mesti dia akan bahan aku cukup-cukup kan? Mati aku kali ni!’ hatinya resah.
‘Tapi agak-agak dia cam ke tidak? Baru sekali kot jumpa hari tu, takkan dia ingat. Lelaki ni orang kata ingatannya paling lama 3 jam sahaja. Ini dah berapa hari ni, mesti lupa punya kan?’ hatinya bertanya sendiri, harap-harap minda yang sedang berfikir ada jawapannya.
‘Kenapalah aku dapat soalan saat macam ni tiba-tiba dia muncul pulak? Petunjuk yang dia akan jadi papa untuk anak-anak saudara aku ke? Ish! Jangan perasan sangat Marha, buat apa kalau setakat handsome tapi mulut ‘kelongkangan’ begini.’ Peringatan di beri kepada diri sendiri.
“Iya! Pandang muka saya ni, jangan risau saya takkan jatuh hati tengok muka awak punya.”
‘Eh! Poyo pulak mamat ni. Tiap kali gaduh dengan perempuan memang dia kena sentuh bab hati dan perasaan ke?’  Marha mengutuk di dalam hati.
“Nah! Saya pandang awak! Saya tahulah salah saya break mengejut. Tapi awak tak ada hak nak serang-serang saya tepi jalan macam ni. Awak ingat saya tak terkejut? Suka hati nak marah orang!”
Marha mendongak dan memandang tepat pada wajah Harraz. Rahang Harraz jatuh.
“Engkau lagi!! Ei! Kenapa asyik ada masalah je bila aku jumpa kau? Tak ada orang lain ke?” selar Harraz.
Marha buntang matanya.
‘Dia ingat aku? Dia ni lelaki ke apa? Orang cakap ingatan lelaki tahan 3 jam, tapi dia ni kenapa pulak kuat sangat ingatannya? Dah lebih tiga jam dah kalau kira betul-betul. Dia ni campuran ke apa?’ otaknya memproses kejadian yang sedang terjadi.
“Eh! Ingat kau seorang menyampah? Aku lagi menyampah! Harap je nama Rizki, tapi langsung tak membawa rezeki! Mulut tu tahu nak marah-marah orang je! Lantak kau lah nak membebel sorang-sorang tepi jalan ni. Aku pergi dulu.” Badan Harraz ditolak, pintu keretanya ditarik lalu ditutup rapat. Sebentar kemudian, kereta Perdana berwarna hitam itu menderum laju meninggalkan Harraz yang masih berdiri kaku.
“Dia cakap aku tak bawak rezeki?? Dasar perempuan pending mulut itik!”


“SELAMAT hari lahir Kak Syida!!.” Jerit Marha sebaik sahaja kakaknya membuka pintu, dengan cepat dia memeluk erat kakaknya. Bukan main terkejut Mursyida dengan keletah adik nan seorang ini. Yelah, sekarang pukul 12 tengah malam tiba-tiba ada orang datang serbu  rumah dan peluk kuat-kuat macam ni. Tak ke terkejut beruk??
            “Terima kasih…. Marha, Marha. Setiap tahun tak berubah, pukul 12 malam setiap kali birthday akak kau tersembul depan pintu rumah ni. Dah la menjerit kuat, buatnya dengar sampai ke rumah mak ngah kamu tu, tak ke dia cop kamu ni anak dara tak betol? Macam tak kenal sangat mak ngah kamu tu...” bebel Mursyida.
            “Waaaaaah! Rindu la... lama tak jumpakan kak?” kata Marha sambil melonggarkan pelukannya. Senyum yang paling manis di buatnya. Sebenarnya cover malu sebab terover menjerit dan dibebel pula oleh Kak Syida... Hehehe…
            “Lama tak jumpa? Kamu buang tabiat ke ape Marha? Bukan ke pagi tadi kamu dah datang bawak si Alif tu jalan-jalan? Ya Allah, kenapalah aku dikurniakan adik yang kurang betul nih. Aduuh...”  Mursyida membebel lagi, sambil melangkah masuk. Dia menuju ke dapur.
            Marha pula? Macam biasalah, buat muka tak siap terpacak depan pintu.
            “Kamu buat apa lagi depan pintu tu? Masuk! Kang mak ngah kesayangan kamu keluar dari rumahnya, apa kamu nak jawab? Bukan kamu tak tau dia pantang benar kalau anak dara baru balik malam-malam macam ni!” Laung Mursyida dari dapur.
            Dia berpusing melihat ke arah rumah mak ngahnya yang bertentangan, ada seseorang sedang mengintai di balik langsir. 
Alamak!
Mak Ngah, The Ratu Kepoh Asia... hahhaha...  terus dia berlari masuk dan menutup pintu rumahnya. Pintu dikunci dari dalam.
Kakaknya keluar sambil menatang dulang.
            “Ha! Ini dah kenapa lari macam kena kejar hantu je?”
            “Mana tak lari kak, hantu mak ngah membayangi hidup ini… hehehehe...” jawab Marha. Mereka menuju ke ruang tamu rumah.
            “Waah... rajin akak saya ni buat air di tengah malam. Ni mesti nak korek hadiah ni… hehhehe...” usik Marha. Mursyida mencebik.
            “Apa kamu ingat akak ni macam budak kecik ke? Asal birthday je nak hadiah. Macam tu? Ucapan dah cukup. Nah air, tanda terima kasih ingat birthday akak. Tak ada hadiah pun tak apa.” jawab Mursyida sambil menghulurkan mug berisi air kopi pekat. Kegemaran Marha dari kecil lagi
 “Ini sudah bagus kak!” jerit Marha.
“Apa yang bagus? Air kopi akak ke?”
“Tak ada maknanya, try pun belum air ni... entah sedap ke tidak, ahaha... Kak, akak nak tahu? Yang bagusnya, tahun ni memang  tak ada hadiah besar-besar pun kat akak, lupa.. hehe”
“Dah la tak ada hadiah, sempat kamu mengutuk air akak ya?”
“Ala akak… jangan la merajuk, tak cantik dah birthday girl. Tadi cakap tak ada hadiah pun tak apa. Mana satu ni? Mahu tapi malu ya?” tangannya menguis-nguis pipi milik Mursyida.
“Ish! Janganlah Marha, kamu ni janganbuang tabiat malam-malam buta ni boleh tak?” Mursyida menepis-nepis tangan putih milik Marha.
“Yelah-yelah, erm… kak, Abang Iman mana kak?” Tanya Marha sambil mata meliar mencari kelibat abang  iparnya.
            “Ada, tengah menonton kat ruang rehat tu, kenapa?”
            “Jom, Marha pun nak tengok tv jugaklah mesti ada bola ni. Kalau The Red Warriors, siaran ulangan pun saya sanggup tengok.” Marha terus berlalu meninggalkkan kakaknya di ruang tamu.
            “The Red Warriors? Tak berubah langsung, ingat dah bertudung jadi muslimah sejati, tapi ni bukan sejati, ni nak kena ceramah lagi adalah. Marha, Marha. Kenapalah adik aku seorang ni.” Mursyida mengaru-garu kepalanya.
Dia bangun dan terus menuju ke bilik rehat di rumah pusaka orang tua mereka.


“ABANG! Waaah… Kan dah cakap tadi, The Red Warriorslah… Fuyoo…. Dah lima gol. Rugi betul tak tengok dari tadi. Kenapa abang tak call Marha cakap malam ni ada match? Turun! Turun! The best game in the world ni abang!” bebel Marha sambil menolak abang iparnya supaya turun daripada sofa yang terletak di depan Tv.
            “Ya Allah, kus semangat aku budak nih. Eh, kenapa tolak-tolak abang ni?”
“Abang duk bawah dengan akak, jap lagi akak sampai. I am the Queen, kena duduk atas sofa yang empuk lagi selesa ini. Hehe” sebaik sahaja Iman terjatuh daripada sofa, terus dia mengambil tempat. Iman menggeleng laju.
“Tak berubah jugak adik ipar aku seorang ni. Marha, abang ingat bulan lepas kamu datang bawak tudung berbakul-bakul azam baru la katakan, ingat nak berubah? Tak ada dah bola-bola semua ni, tapi jangkaan abang meleset!” kata Iman, sambil ketawa. Dia merubah posisi untuk bersila di depan televisyen.
“Suamiku sayang, adik kesayangan awak ni, kena pergi hantar kelas kesopanan diri dan jiwa, baru tak reti semua ni, tahu?” tiba-tiba Mursyida datang menyampuk, dan terus bersimpuh di sebelah suaminya.
“Akak, abang, bertudung tak menghalang Marha mempunyai jiwa anak Kelantan la... The Red Warriors ni jantung hati negeri Kelantan tahu? Apa abang dan akak lupa? The red Warriors inilah yang menaikkan nama Kelantan di mata orang-orang luar tau. Dengan kepimpinan Tan Sri Anuar Musa yang berkaliber menaikkan nama pasukan bola sepak negeri kita dulu, dengan ketangkasan pemain-pemain seperti Piya, Apek, dan ramai lagilah, ditambah dengan kehandsomeman mereka, maka bergemerlapanlah dunia The Red Warriors di dunia ini…”
“Oit! Oit! Kamu ni nak tengok bola ke nak nak kaji sejarah bola? Pening aku dengan adik perempuan tetapi gaya jantan nih.” Jerit Mursyida.
“Ha… akak… marah-marah cancel hadiah birthday okay... ha... no... No... No…” Jawab Marha sambil menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan. Iman hanya mampu ketawa. Mursyida menarik muncung lagi.
“Eleh, tadi dah cakap lupa hadiah birthday akak, sekarang nak ugut pulak, tak laku dah adikku sayang...”
“Oo... tak percaya ya… tak apa, tak apa. Abang! Kita pergi dua orang je lah eak, tak payah la bawak akak ni.” Jawab Marha. Dia menyeluk poket bajunya, kemudian dia melayang-layangkan sampul surat bersaiz sederhana dihadapan kakaknya.
“Apa ni Marha? Bagi abang tengok.”
“Memang nak bagi abang tengok pun, hehehe... Cepatlah bukak, ni hadiah birthday Kak Syida, tapi saya bagi abanglah sebab dia tak nak…” Jawab Marha sambil menjeling manja kepada kakaknya. Mursyida membalas jelingan adiknya. Matanya dikecilkan.
“Ewaaaah! Bak sini, hadiah akak ni!” terus sahaja Mursyida merampas sampul surat itu daripada tangan Marha. Marha dan Iman ketawa.
Tiba-tiba...
“Marha….” Air mata mengalir laju. Mursyida menangis. Dia melihat sekeping kertas tertulis, Pakej Bulan Madu ke Bali 5 hari 4 malam.
“Laah…. Akak aku dah touching, gembira sangat kot. Hehehe.” Dia mengaru-garu kepalanya, memandang Iman dan mereka menjungkit bahu serntak.
“Ala akak… jangan la menangis, please… abang dan kakak dah lama tak berhoneymoonkan? Pergilah, budak-budak Marha jaga okay. Lagipun minggu depan cuti sekolah, boleh ea?” Marha mengosok belakang kakaknya .
“Erm... mahal ni, kamu tak kisah berhabis duit untuk kakak?” Mursyida mendongak ke arah adiknya.
“Akak, selepas abah dan mama tak ada, Marha hanya ada kakak dalam hidup Marha untuk Marha kongsi suka duka, kakak segala-galanya untuk Marha. Kakak dan abang yang selama ini berkorban masa melayan karenah Marha. Takkan hanya pakej honeymoon ni Marha nak berkira, berapalah sangat jika dibandingkan kesanggupan kakak yang selalu berada disamping Marha, menjadi penyokong Marha dalam apa jua keputusan.”
‘Alaaaaah. Ni yang aku tak suka bab lencun-lencun ni. Cengeng la kakak aku nih.’
“Tapi akak passport dah hilang rasanya, macam mana nak naik flight? Kena buat baru kan? Mana sempat…” tiba-tiba Mursyida bangun. Dia memandang wajah adiknya dan suaminya, Iman.
“Syida, pasal tu semuanya sudah settle. Abang dah lesaikan dah semuanya, tunggu hari ni je.” Jawab Iman.
“Dah selesai? Abang, mana boleh abang buatkan passport saya.”
“Bila masa abang buatkan passport awak? Bukan ke passport tu memang abang yang simpan? Yang awak melalut hilang bagai tu kenapa? Jangan risaulah, abang dah aturkan semuanya.” Jawab Iman sambal mendepakan tangan.
“Ooooo…memang dah berkomplot la ni yer?” Mursyida menjegilkan matanya kepada Marha. Marha ketawa kuat, bergolek-golek di atas karpet. Lucu melihat wajah tidak puas hati kakaknya. Mursyida bangun dan terus menggeletek adiknya, apa lagi, meraung la Marha sekuat hati. Tiba-tiba…
Tok! Tok! Tok!
Mereka berhenti bergurau, masing-masing berpandangan.
“Siapa?” Tanya Marha. Iman  mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mursyida berkerut-kerut.
“Assalamualaikum…” terdengar satu suara dari luar rumah.
“Abang tengok.” Iman bangun dan terus ke pintu utama rumah.
“Waalaikumussalam...” Iman membuka pintu dan… tadaaa…….! Anak perempuan  Mak Ngah Kamsiah datang.
“Dari mana ni Lina?” Tanya Mursyida.
Ni mesti datang nak mengorek rahsia oranglah tu, tak habis-habis. Bisik hati Marha.
“Mak yang suruh datang, tanya kenapa kamu semua bising sangat, mengilai macam hantu.”
Binggo!! Kan aku dah cakap, datang nak menyibuk la tuh.
“Ooooh, cakap kat mak ngah, kami sekeluarga tengah bersuka ria, bergembira, bergurau-gurau mengeratkan silaturrahim. Tak boleh ke? Minta maaflah kalau suara kami ni macam polong. Iye Cik Malina?”
Ambik kau, sedap tak ayat aku? Mana boleh bagi Kak Syida jawab, dia tu takut sangat ngan mak ngah. Bisik hati kecil Marha sambal mejeling sekilas wajah Mursyida.
“Yelah, jangan bising sangat malam-malam macam ni. Lewat dah, pergilah tidur.”
“Yelah, kami tidur ya? Mintak ampun Cik Malina…. Kirim salam kat mak ngah ya... sekarang dah boleh balik. Kami nak tidur sekarang ni, tadi suruh tidur kan?”
Ambik kau Malina lagi sedas, banyak songeh. Dahlah datang rumah orang malam-malam. Anak dengan mak sama aje, macam la aku tak tahu dari tadi kamu mengendap rumah ni. Terjenguk-jenguk. Ngomel hati Marha lagi.
Malina pulang dengan wajah yang kelat. Siapa tak sakit hati jika dihalau, kan?? 
Malina adalah anak  ketiga Mak Ngah Kamsiah, anak paling disayangi dan hampir sebaya dengan Marha. Anak pertamanya telah meninggal ketika masih kecil dan anak kedua mak ngah, Marliani, sudah bertahun tidak balik ke rumah kerana bergaduh dengan Malina. Tentang apa tidak pulak mereka ketahui.
Kamsiah sebenarnya kakak kepada ibu Marha dan Mursyida. Namun yang menghairakan, kenapa perangai Kamsiah dan Norsyahadah sangat berlainan. Satu kampung tahu Mak Ngah Kamsiah ni jenis tidak boleh melihat ada yang lebih daripada keluarganya, kalau tidak, mulalah The Ratu Kepoh Asia buat siaran langsung ke seluruh kampung untuk menunjukkan dia yang lebih daripada orang lain. 
‘Ah... biar sajalah mak ngah dan keluarganya dengan karenah mereka, jangan kacau ketenteraman aku dan Kak Syida sudah. Eh, tadi bukan dia dah ganggu ketenteraman ke?Marha memandang Mursyida dan Iman yang masih berdiri, mereka berdua memandang tepat ke arahnya.,
“Kenapa?” Marha mendepakan tangannya.
“Wah... wah... adikku sayang, mulut sudah pandai berbau longkang ya? Esok mak ngah  mesti bising. Nanti dijaja satu kampung adik akak ni mulut celupar.” Bebel  Mursyida.
“Biarlah akak, mereka tak pernah senang dengan kesenangan kita. Orang macam mereka sesekali patut di ajar juga.” Jawab Marha sambil memuncung.
“Suka hati kamulah Marha, dah besar panjang. Ha! Malam ni nak tidur rumah ni ke, nak balik Pelangi Mall? Dah lewat sangat ni.”
“Saya nak balik la akak, banyak kerja nak buat. Walaupun esok cuti, orang macam saya ni kalah menteri. Hehehe... balik dulu la kakak, abang.” Marha terus bersalam dan memeluk kakaknya. “Once again, happy birthday to you my dearest sister, I love you so much!” Mursyida tersenyum.
Thanks adik, nanti nak akak hantar budak-budak ke rumah kamu  ya?”
“Ditanggung beres kak! Bye.”
Marha berjalan menuju ke keretanya, beberapa minit kemudian kereta itu menderum pergi, meninggalkan Mursyida dan Iman di muka pintu. Hanya mata menghantar pemergian adiknya. 
“Hati kau terlalu baik Marha, tak sia-sia aku menjaga kamu.”



MAK NGAH KAMSIAH berdiri di depan pintu. Melihat anaknya, Malina balik dengan wajah yang mencuka.
“Ha! Dah engkau kenapa muka buruk benar aku tengok ni?” Malina masih berdiam diri, dia menjeling sedikit ketika melintasi ibunya di depan pintu rumah.
Dia menghentak-hentakkan kakinya, kemudian menghempaskan diri di atas sofa.
“Eh! Aku bercakap dengan kau ni. Apa kena hentak kaki bagai nak runtuh rumah ni? Apa yang diorang buat bising sangat tadi?” ibunya bertanya lagi. Malina merengus.
“Mak ni, bisinglah… kalau nak tau sangat kenapa tak pergi tanya sendiri? Tak pasal-pasal orang kena halau. Marha sekarang berbisa eah mulutnya. Sakit hati tau tak?” Malina meluahkan perasaan tidak puas hatinya.
“Eh, kurang ajar bedooh budak ni sekarang ye? Berani dia halau anak aku? Masa kau sampai tadi diorang tengah buat apa?”
“Tengah bergurau, lepastu orang dengar Marha hadiahkan pakej bulan madu ke Bali sebab hari ni hari lahir Kak Syida.”
“Pakej bulan madu? Banyak sangat ke duit si Marha sekarang ni?”
“Eiish! Mak jangan tanya banyak la. Orang tengah sakit hati ni. Pantang betul kalau dia lebih dari orang.” Malina membentak dan berlalu ke bilik. Mak Ngah Kamsiah terkumat-kamit menyumpah. Rasa tercabar dengan kelebihan yang Marha ada. Sesuatu harus di lakukan!


DI PERKARANGAN Lapangan Terbang Sultan Ismail, kelihatan Marha menolong Iman dan Mursyida mengangkat bagasi keluar daripada bonet kereta Perdana hitamnya. Di sisi kereta kelihatan Alif dan Afiq sedang memuncungkan mulut masing-masing. Merajuk dengan ibu dan abah mereka gamaknya.
“Anak mama ni kenapa… tak handsome la muka masam je macam tu...” Tegur Marha. Dia mencangkung di depan kedua-dua anak saudaranya itu.
“Siapa suruh ibu dengan abah tak bawak abang dengan adik?” soal Afiq.
“Ala… mama saja suruh ibu dengan abah pergi holiday. Sebab mama nak Afiq dengan Alif duduk dengan mama. Teman mama seminggu ni. Boleh? Mama bosan la duduk rumah sorang-sorang. Boleh ya?” pujuk Marha. Alif dan Afiq berpandangan.
“Mama bawak kami jalan-jalan tau?” pinta Afiq.
“Iya sayang. Mama bawak anak mama ni jalan-jalan.”
“Mama, ibu dengan abah nak pergi mana? Ibu, ibu nak pergi mana?” soal Afiq lagi, kali ini wajahnya memandang Mursyida.
“Ibu nak pergi Bali, mana tahu dapat adik perempuan kat sana.” Jawab Marha laju. Mursyida menganga. Bertuah punya adik! Jawapan tak beragak.
“Adik? Nak pergi ambik adik Afiq ke? Kenapa tak bawak Afiq sekali? Afiq pun nak ambik adik jugak.” Jawab Afiq. Marha garu kepala yag tidak gatal. Aduh! Nak jawab macam mana ni.
“Ha! Menjawablah kau dik, abang tak ada perkataan yang nak dikata. Pandai sangat bagi jawapan macam tu kat budak-budak. Bukannya mereka paham. Menanggunglah sampai esok Marha oi, kau ingat Afiq ni akan berhenti setakat ni je ke soalan dia? Selagi dia ingat jawapan yang kamu bagi ni dik, selagi itulah dia akan soal kamu. Masaklah…” Iman ketawa. Dia kenal sangat perangai anaknya Afiq, selagi dia ingat, selagi itulah dia akan bertanya soalan pada orang yang dia mahu. Sampai kita ni naik lenguh menjawab benda sama. Kadang-kadang sampai rasa nak marah sangat-sangat, tapi bila di fikirkan budak-budak haruslah ditahan dan dilayan dengan elok. Biasalah, ibarat iklan di televisyen tu, sel-sel otak nak berhubung. Makin banyak kenapa yang keluar daripada mulut mereka, makin banyak sel otak yang terbina.
Mursyida ketawa sambil mengangkat ibu jari tangan kanannya kepada Marha. Marha menyeringai sengih, menampakkan susun baris giginya.
Masak aku!
“Budak-budak tak boleh sayang. Ibu dengan abah je boleh pergi. Afiq dengan Alif duduk dengan mama okay?” sebaik sahaja Marha menjawab, seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan empat tahun berjalan di depan mereka sambil menarik beg , dipimpin oleh orang tuanya mungkin. Mereka berjalan menuju ke pintu masuk lapangan terbang.
“Itu! Dia sama besar je dengan Afiq, ibu dia bawak jugak tu.” Jerit Afiq tiba-tiba. Jarinya di tunjukkan pada kanak-kanak tersebut.
Adoi! Kenapalah masa-masa macam ni budak ni nak lalu kat sini? Penat, penat.
“Itu dia nak hantar ibu dia kat pintu dalam je. Macam abang dengan adik akan buat sekejap lagi. Sudah-sudah, lepas kita hantar ibu dan abah di pintu masuk, mama bawak sayang-sayang mama ni makan kat KFC nak? Atas ni ada KFC, sambil makan boleh tengok kapal terbang. Nak tak?” Tanya Marha sambil menujukkan wajah terujanya.
“Atik naaak! Jom!” jawab si kecil, Alif. Laju! Maklumlah, pantang benar kalau dengar KFC, katanya ‘ayam goreng’! Pengaruh cerita Upin dan Ipinlah ni kot. Dah itu saja kerjanya setiap hari di depan televisyen.
“Bagus adik, abang jangan sedih-sedih okay. Ibu pergi kejap je. Duduk elok-elok dengan mama okay?” pesan Mursyida. Dia menggosok perlahan belakang anak sulungnya. Afiq mengangguk, akur dengan nasihat yang di berikan.
“Jom kita masuk dalam!” Marha mengangkat Alif lalu mendukungnya. Afiq pula di pimpin oleh Mursyida. Mereka semua beriringan masuk ke tempat pendaftaran tiket di Lapangan Terbang Sultan Ismail.