Saturday, 16 May 2015

PELITA DI BAWAH PURNAMA

BLURB
“Lepas kau tinggalkan aku, aku tak pernah harap apa-apa lagi daripada kau. Aku tak pernah termimpi kau akan kembali untuk tunaikan segala janji kau dulu. Apatah lagi kahwin dengan kau. Ini semua mengarut!”
“Kahwin dengan Rynn itu adalah pilihan abang. Bukan paksaan sesiapa. Keputusan yang abang buat datang daripada pemikiran abang sendiri. Ini bukan mengarut. Ini kenyataan. Abang tak mahu kita berdua lari dari kenyataan lagi. Lapan tahun dah terlalu lama untuk abang melarikan diri, Rynn.”
Lapan tahun berlalu. Lapan tahun melakar cerita mereka sendiri. Apa yang ada sebelum lapan tahun itu indah. Namun akhirnya atas kekhilafan Aryan, lapan tahun itu mencatat duka yang amat panjang.
Qairynn dan Aryan semenjak kecil mereka hidup berjiran dan bersahabat. Keakraban mereka seperti adik dan abang. Apa sahaja mereka tempuhi bersama. Namun, entah bagaimana cerita duka merempuhi mereka.
Semuanya bermula apabila Maya rakan sebaya Aryan tiba-tiba mencelah peluang di antara Aryan dan Qairynn. Dalam diam, Maya rupanya sudah lama menyimpan rasa kepada Aryan. Setelah mendekati lelaki itu, cintanya mula bersambut. Terjalinnya hubungan Maya dan Aryan bermakna rebahlah keakraban Aryan dan Qairynn. Dek kerana cemburu dan tamak, Maya mencucuk jarum hubungan Aryan dan Qairynn. Sehingga akhirnya, Aryan melakukan satu kesilapan yang memberi natijah yang amat besar kepada Qairynn.
Kehilangan orang-orang yang disayangi tidak mudah untuk dilalui Qairynn. Jiwanya terbang ke angkasa mencari semula apa yang hilang. Namun kehilangan kekal abadi itu tidak mungkin akan berganti. Qairynn nanar meneruskan hidup dalam kepahitan. Kesakitan yang dialaminya semakin tepu. Sehingga akhirnya, dendamnya mula bangkit kepada Aryan.
Lapan tahun mereka berdua berpisah. Cerita demi cerita terlakar. Aryan pulang juga ke tanah air. Namun mudahkah untuk dia mendapat maruahnya semula? Sudah tentulah tidak. Kebencian Qairynn bagaikan tidak bertebing kepada lelaki itu. Tiada maaf yang mampu dihulurkan. Namun Aryan tidak pernah berputus asa untuk meraih Qairynn semula. Biarpun dia sedar terlalu besar khilafnya sehingga membuatkan Qairynn hilang jiwa. Dia sudah berjanji untuk mengembalikan Qairynn kepada yang asal.
Penghujung kisah ini sudah pastinya bahagia. Namun antara Maya dan Qairynn, mereka ibarat pelita dan purnama kepada Aryan. Yang mana purnama itu indah namun cahayanya susah untuk digapai. Manakala pelita itu, walaupun tidak seindah purnama, namun cahayanya hanya buat Aryan seorang. Hakikat itulah yang membuatkan Aryan tega biarpun Qairynn sekadar pelita itu.

CINTA HATIKU ENCIK NAGA

BLURB
Walau liku hidupnya tak seindah orang lain, namun Marha Karmila masih mampu tersenyum dan ceria. Segala kisah duka dulu cuba dilupakan dan disimpan kemas, jauh di sudut hati. Namun, hanya kerana seorang lelaki yang digelar naga, hidupnya berubah serta merta.
“Apa?? Awak kata saya bagi awak bala?? Eh, hello, saya dah minta maaf baik-baik. Suka suki awak cakap saya macam ni ye? Dah lah muka merah macam naga. Sedap mulut je cakap kita bawa bala”~ Marha
“Kau ambik baju ni, basuh! Jangan basuh guna mesin., rosak nanti! And tolong pulangkan secepat yang mungkin. Terima kasih!”~ Harraz

Persengketaan yang terjadi membawa Marha masuk ke dalam keluarga Harraz. Namun kerana satu kejadian, kudup-kudup kasih antara mereka mula berkembang.

“Aku tak ada alasan. Yang pasti kau tak boleh. Aku tak layak untuk kau!”~ Marha
“Marha, aku tahu maksud kau, segalanya. Aku tak kisah. Semua tu bukan salah kau, bukan kau yang minta. Marha Karmila,  izinkan aku melindungi kau.” ~ Harraz

Setelah beberapa bulan bahagia menjalani hubungan sebagai suami isteri, sekali peristiwa aneh menjelma dalam hidup mereka. Sedang Harraz dan Marha dalam keadaan terumbang ambing, Malina dan Natasha hadir menagih kasih sekaligus menggoncang hati setianya.

Berjayakah Harraz menunaikan janji menjadi pelindung sejati? Teguhkah dia menahan gelodak jiwa yang inginkan kasih sayang seorang isteri sepenuhnya berbalas? Siapakah yang akan memenangi hati Harraz? Malina, Natasha atau Marha? Dan siapakah yang bertanggungjawab ke atas perubahan diri Marha selama ini? Siapa pula Hafeez yang cuba mendekati dan mendapat perhatian Marha? Segalanya pasti tersingkap dalam Cinta Hatiku Encik Naga.


MISI CINTA MR BAD GUY

BLURB
Kalau Anggerik tahu lelaki itu anak The Legend Rizky Dhan, sumpah dia tak akan berani dekat. Tapi semuanya berubah apabila dia dipaksa menjadi pembantu peribadi lelaki itu. Perangai malas Ahqaf masih boleh terima lagi. Tapi perangai gatal miang buluh tu memang dia tak boleh terima. Kalau dia betul ada kuasa, memang dia dah sumpah Ahqaf jadi Hello Kitty Pink! Lalu,dia nekad berhenti kerja.
Namun, permainan Ahqaf belum tamat. Anggerik hanya miliknya. Itulah kata dua yang diberikan kepada papanya. Dari pembantu peribadi tiba-tiba sahaja bertukar status kepada isteri. Dia segera memainkan peranan. Memaksa keluarganya berjumpa ibu dan ayah Anggerik.
“Saya nak kahwin dengan Anggerik cepat. Saya lelaki sejati. Memang pantang kalau duduk berdua dengan perempuan cantik ni. Nanti takut tak sempat tekan brek.” ~Ahqaf
“Tak sempat tekan brek, menjunam la kamu ke neraka.”~Ayah Anggerik
Jadi isteri kepada lelaki yang digelar Mr.Bad Guy itu tersangatlah mencabar. Dia rambut hitam berkilat, tapi si suami taste ala-ala Marilyn Moore. Tak boleh nak menggedik dan mengeletis.
“Saya ni isteri. Bukannya bantal peluk.”~Anggerik
“Dan aku pulak suami. Jadi, meh aku nak peluk kau. Jangan nak marah-marah. Nanti esok bangun muka macam cendawan kering.”~Ahqaf
Memang jadi masalah besar bila dia dah jatuh cinta pada isteri sendiri. Macam mana nak jadi penggoda? Dapat pula isteri yang kaki gaduh juga. Lagilah bertambah payah misi untuk dia menggoda isteri sendiri. Anggerik kata Ahqaf harus menjadi model Calvin Klien untuk memikat dirinya yang seperti model Victoria Secret. Berjayakah misi Anggerik dan Ahqaf untuk memikat hati pasangan masing-masing? Adakah mereka dapat memiliki cinta yang luar biasa? Inilah Misi Cinta Mr Bad Guy!!

JANJI TAK BUAT LAGI

BLURB



“Aduh, alamak! Habis basah baju aku.Macam mana awak jalan ni?” ~Fatin
“Maafkan saya, awak yang langgar saya dulu.Nah, ambil tisu ni.” ~ Kamal
Lantai takdir telah menemukan Kamal Akasyah seorang peguam muda dan gadis 19 tahun, Fatin Syuhada.Perlanggaran tanpa sengaja telah menjentik rasa aneh di hati Kamal, namun tidak bagi Fatin.
Dalam usaha menembusi banteng hati Fatin, ada sahaja halangan yang perlu ditempuhi oleh Kamal. Lina, seorang gadis yang terlalu obsess untuk memiliki Kamal. Sentiasa hadir mengganggu gugat keharmonian cinta mereka yang sedang berputik.
“Kamal, Lina nak pergi sekolah ni. You duduk rumah diam-diam tau. Jangan nakal-nakal. I love you…ummmuuah!” Lina
Di saat cinta suci mereka direstui keluarga, ujian datang lagi mengetuk tangkai hati. Ika, sepupu dan juga bekas tunangan Kamal, muncul dan lantas merentap kebahagian yang mula dirasai. Ika menagih semula kasih yang pernah terputus.Mendesak Kamal agar mereka berdua disatukan.
“Aku dan Kamal akan berkahwin tak lama lagi.”Ika
“Umi dan abah dah bersetuju untuk menyambung semula pertunangan Kamal dan Ika. Umi harap Fatin faham. Dia orang pernah bertunang dulu.” ~ Umi
Demi sebuah tanggungjawab dan membayar semula budi yang pernah diterima, Kamal terpaksa melupakan janji yang diikat bersama Fatin.Tanpa bicara, tanpa kata, Fatin ditinggalkan. Hati yang lara dibawa jauh.
“Ya Allah, bantulah hamba mu yang lemah ini melupakan dia. Dia sudah bahagia dengan jalan yang dia pilih . Izinkanlah aku bahagia dengan pilihan yang telah ku buat ini Ya Allah.’- Fatin
Meleraikan cinta hati adalah tidak bagi Kamal. Namun, untuk menerima semula janji yang pernah dibuat oleh lelaki itu juga adalah sukar bagi Fatin Syuhada. Perjalanannya masih jauh kerana langkah nya pernah terhenti. Adakah lagi ruang untuk Kamal menetap di hati Fatin? Dan, mampukah Ika merebut cinta Kamal agar tidak beralih darinya? Apakah Kamal mampu membuat pilihan sekali lagi?

AGUNGNYA CINTA

BLURB 

Mengatakan tidak kepada mama tersayang, adalah mustahil bagi Zara Sofea. Demi itu, kewujudan cinta yang baru berputik di hatinya terpaksa dikuburkan. Cinta agung mama tersayang kepada bekas kekasih yang tidak kesampaian itu perlu diteruskan. Zara Sofea mengorbankan cintanya terhadap Amirul demi melihat kelangsungan percintaan mama dan Datuk Iskandar Hisham di dalam bentuk yang berbeza. Mereka mahu menjadi besan. Demi mama, Zara Sofea belajar mencintai anak bekas kekasih mamanya itu.
“So, jadilah ni, RM30,000? RM15,000 sorang?”~Dato Iskandar
“Yalah, kita kongsi hantaran. Harapkan depa, susahlah.” ~Baizura
Benarlah kata orang, restu ibu bapa itu membawa berkat. Cinta akhirnya muncul juga di hati Zara Sofea terhadap Iqram.
“Iqram sayang Fea banyak mana?” ~ Zara Sofea
“Banyaklah. Mana boleh hitung benda tu. Ni asyik tanya sayang Iqram, sayang Fea macam mana pula?”~Iqram
Namun, apakah ertinya cinta jika tiada derita? Tiada ujian dan airmata? Datin Ira muncul meranapkan mahligai yang hampir digapai oleh Zara Sofea bersama Iqram Haris. Cinta mereka jatuh menyembah bumi.
“Tinggalkan keluarga itu. Tinggalkan Iqram!”~Baizura
“Mama! Fea cintakan Iqram. Tergamak mama tengok Iqram dalam keadaan begitu tanpa Fea? Mama tak sayangkan Iqram? Bukankah mama yang mahu melihat cinta kami bersatu?”~Zara Sofea
Cinta agung yang diharapkan oleh Zara Sofea terlalu sukar dimiliki. Bahagia yang dicipta untuknya hanya sekadar mimpi indah. Dalam kesamaran, dia mencari kebahagian. Mampukan bahagia menjadi miliknya? Dalam kekalutan, dia mencari kembali jalan pulang. Adakah rindu lama kembali merubah jalan derita? Atau pun tetap mempertahankan cinta barunya? Antara cinta, rindu dan impian keluarga, di manakah akhirnya gadis melabuhkan cinta agungnya?

Friday, 15 May 2015

CINTA MANIAK

BLURB



Khayla Zahra, gadis naïf yang begitu mendambakan kasih sayang kedua orang tuanya. Walaudia masih mentah, dia sanggup menahan getir kehidupan bersama mak cik Jenab. Renyah sebenarnya, namun dia harus lalui jua onak duri serta liku-liku hidup yang sebatang kara di bumi ALLAH.
Dalam kalut dia menongkah arus dunia yang serba rakus, muncul seseorang yang dia boleh bergantung harap. Sungguh, dia terpesona pada Weizhe yang segak sasa itu. Laksana, bulan jatuh ke riba, dia mula terasa yang dia telah dilindungi oleh jejaka Cina itu. Mungkin anugerah ALLAH SWT telah diturunkan kepadanya.
“Jangan! Jangan usik saya, ambillah duit lima ringgit tu! Tapi, jangan ambil basikal saya,”  ~Khayla Zahra
“Saya bukan seperti yang awak sangkakan. Saya manusia biasa, saya nak tolong awak. Dari jauh saya tengok awak macam dalam kesusahan. Jadi, saya singgah nak bantu awak. Tak ada niat saya nak ragut awak pun” ~ Weizhe
Pertemuan yang tidak diduga memberi sinar kebahagian kepada Khayla sehingga dia menerima kehadiran lelaki peragut itu sebagai pelindungnya. Ternyata keikhlasan lelaki itu membuatkan Khayla terasa dunia ini mulai berlaku adil kepadanya. Dia mula bahagia.
“Cepatlah! Nanti mata saya buta” ~ Khayla Zahra
“Sayang kena tahan sakit sikit. Cuba sayang tahan sekejap aje. Abang nak tiup, sayang buka kelopak mata sayang tu, eh. Sayang nak ke mata tu buta sampai bila-bila? Abang... Abang tak kesah. Abang boleh cari orang lain. Yang celik, yang boleh lihat abang. Ni, dah buta macam ni, macam mana eh?”~ Weizhe
Namun, hubungan sebuah ikatan yang suci sebagai suami isteri juga getir baginya. Cinta dan kepercayaannya diduga. Mampukah Khayla Zahra mengecapi kebahagiaan yang hakiki disaat gelora mula meragut kasihnya? Bolehkah dia bergantung harapan setinggi gunung Kinabalu terhadap suaminya? Masihkah ada ruang untuknya berlabuh di pelabuhan hati sang suami setelah cinta lama kembali menyapa?
Hidupnya sentiasa malang, maka dia acap kali dikejar bayang. Betapa susahnya menjadi insan bernama Khayla Zahra Alisha. Apakah ada sinar untuknya yang kian suram?


KAU YANG TAK DIUNDANG


BLURB




Novel Kau Yang Tak Diundang mengisahkan tentang seorang gadis yang berusia lewat 20-an bernama Leila Suria yang tersepit antara keadaan. Disebabkan oleh syarat yang telah digariskan oleh kedua ibu bapanya, adiknya Lily Serina hanya boleh berkahwin sekiranya dia telah berumah tangga. Manakala teman lelaki adiknya itu hanya memberi tempoh sebulan sahaja kepada dia atau hubungan cinta mereka terputus.
Atas sebab terlalu kasihkan adiknya, Leila Suria dengan berat hati terpaksa mencari calon suami buat dirinya sendiri. Kehadiran seorang peminat misteri yang menggelarkan diri sebagai ‘R’ yang saban hari mengirimkan jambangan bunga kepada Leila seolah membantu memudahkan jalannya untuk berkahwin. Tanpa berfikir panjang Leila telah MELAMAR peminat misterinya itu untuk menjadi suaminya.
Takdir tuhan tiada siapa yang menduga. Sesuatu telah berlaku pada hari pernikahannya. Pengantin lelaki telah BERTUKAR! Leila Suria yang sepatutnya bernikah dengan majikannya iaitu Rolland Fiqry telah bernikah dengan anak kepada lelaki itu Rio Alami Raqly, boss keciknya merangkap musuh ketatnya juga dek kerana kelicikan lelaki itu menipu bapanya gara-gara kononnya mahu menyelamatkan harta Rolland Fiqry daripada dikikis oleh Leila. Dalam sekelip mata juga kehidupannya yang tenang itu berubah. Tunggang langgang dan haru biru!
Leila Suria sangka pengorbanannya akan mampu membuatkan kehidupan adiknya bahagia namun sebaliknya pula yang berlaku. Pelbagai konflik mula timbul bila rupanya suami Lily Serina selama ini punya agenda dah tak pernah ikhlas memperisterikan adiknya itu.
Konflik demi konflik yang wujud dalam kehidupan Lily Serina sedikit sebanyak menarik Leila Suria dan Rio untuk campur tangan sekali sehingga menyebabkan hubungan Leila Suria dan Rio yang dingin dan tegang bertukar menjadi rapat dan tanpa disedari perasaan kasih dan cinta mula wujud antara mereka. Leila Suria sudah mula dapat menerima lelaki yang tidak pernah diundang itu ke dalam hidupnya begitu juga Rio yang mulanya membenci Leila sudah menjadi sebaliknya.