Wednesday, 17 September 2014
DAKAPAN MEMORI BY TINA DERIKA
Teaser - Dakapan Memori
Khusyuk membuat tarian jemari, ada jari runcing yang menyentuh tangannya. Gelas air madu diletakkan bersama. Syakir terhenti. Isterinya berpakaian tidur nightie paras lutut. Syakir lekas mengalihkan pandangan. Dia tahu Afiya mahu menggodanya.
“Malam tadi abang tidur mana?” Tangannya masih memegang tangan milik suaminya. Afiya memejam mata. Hari ini berbagai perisa yang terpaksa ditelan. Kejadian pahit, kelat, tiada yang manis.
“Rumah mummy,” sahut Syakir sepatah.
“Fiya tunggu abang sejak semalam. Abang, Fiya ada buat salah ke?”
Syakir masih diam. Membiarkan soalan itu tidak berjawab.
“Abang,…” Afiya melabuhkan punggung di sebelah Syakir. Tangannya melingkari lengan suaminya. Melentok kepala di bahu lelaki itu. Matanya berkaca seraya merenung tingkap yang terbuka luas. Syakir membatu.
“Maafkan Fiya. Mungkin ada perkara yang Fiya terlepas pandang dan membuatkan abang berjauh hati. Terutama soal tanggungjawab. Mulai esok, Fiya akan sentiasa ada di rumah. Fiya tak kerja kat Al-Baiyinah lagi.” Dia telah diusir dari rumah itu oleh Puan Najiha sendiri.
Walau rasa rindu itu berbaki, tetapi Afiya pasrah. Dia hormat perasaan wanita itu yang terlalu pilu dengan pengakuannya terhadap kejadian yang menimpa arwah Fazrul. Selagi Puan Sri Ruziah tidak memohon ampun dan mengaku kesalahan, Afiya juga tidak akan diizinkan muncul di hadapan Puan Najiha. Mukanya dibenamkan di lengan tegap Syakir. Suaminya hanya diam dan mendengar.
“Fiya tahu ada benda yang membuatkan abang marah kat Fiya. Dan mungkin sebab tu abang terasa nak berpaling, kan? Kenapa la sejak kebelakangan ni Fiya rasa sedih sangat. Fiya dapat rasa yang abang akan tinggalkan Fiya.” Syakir tunduk sedikit. Melihat wajah Afiya yang melekat erat dibahunya dia simpati. Lengan bajunya juga basah. Namun oleh kerana ego lelaki, Syakir berdiam diri.
“Bang, mama tetap nak beli tapak Al-Baiyinah. Fiya pula dah pun dihalau dari tempat tu. Fiya tak dibenarkan kerja kat situ lagi. Dia orang semua dah mula bencikan Fiya gara-gara mama,” adunya. Afiya mengesat mata. Syakir menghela sebaris nafas. Alasan itu sajakah yang membuatkan Afiya bersedih hati?
“Abang cakap la sesuatu,” pintanya penuh mengharap. Risau melihat reaksi Syakir yang hanya mematung. Sedikit pun tidak menoleh Afiya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah..saya tertanya2...kenapa Syakir dingin dgn Fiya..mesti best nii :)
ReplyDeleteKena tanya Tina Derika ni..
ReplyDeleteda terbit ka citew niey? ri2 ada bce at blog pnulis tapy pnulis da stop an n3....sbb die kata da antar penilaian
ReplyDeletecoming soon ni
ReplyDeleteya ka? bilew tu?? ta sabaar nk blii...
Deletearapnyer kalaw kuar pesta bku boleh jumpe
ngn cik pnulis.. dia ada n3 bru at blog die skrg,
best jgk..