BAB 2
HAJAH FAUZIAH memandang anak gadisnya yang duduk di
ruang tamu. Sekali pandang, dia mengagak anaknya sedang menonton televisyen.
Namun dia perasan, mata Tif lansung tidak melekat pada kaca televisyen. Sibuk
termenung.
Itulah yang sering Tif lakukan sejak kejadian yang berlaku dua bulan
yang lalu. Hatinya turut terluka melihat keadaan anaknya itu. Selepas kejadian
itu, hati Tif cepat membara apabila berbicara soal lelaki. Ya, anaknya itu
tidak percaya dengan entiti yang berjantina lelaki lagi. Firdaus! Lihatlah, kau
telah menghancurkan hati Tif!
“Sampai bila?”
Tif
tersentak apabila terdengar suara uminya. Dia tidak mendengar apa butir
percakapan umi terhadapnya. Dia memandang umi supaya umi mengulangnya sekali
lagi.
“Sampai bila Tif nak jadi macam ni? Cakap dengan umi. Termenung siang
malam. Teringatkan suami orang. Tak baik, Tif!” tegas Hajah Fauziah menasihat.
Sesungguhnya, dia penat melihat keadaan Tif sekarang.
“Suami orang? Oh, dia. Taklah, Tif tak fikir pasal dia,” jawab Tif. Cuba
menafikan kebenaran yang sudah tidak boleh diselindungkan lagi. Satu tindakan
yang sangat bod..erm, kurang bijak.
“Tipulah semua orang. Tapi Tif kena ingat, Tif takkan boleh tipu umi.
Umi yang jaga Tif sejak Tif dalam rahim umi sampai besar panjang macam ni.
Berhenti fikirkan dia, Tif,” marah Hajah Fauziah. Geram dengan puterinya ini.
Masih mahu menidakkan kebenaran.
“Bagi Tif masa untuk terima semua ni, umi. Hati Tif hancur dengan semua
yang dah jadi. Tif tak kuat,” kata Tif perlahan.
Meski sejuta kali dia berjanji dengan dirinya untuk melupakan lelaki
yang tidak perlu disebut nama itu, dia tetap gagal menepati janjinya sendiri.
Kadang-kadang dia berasa keliru dengan dirinya. Dia sendiri tidak percaya
bahawa dia masih ada hati dengan lelaki yang telah berkahwin dengan sahabatnya
itu. Sungguh un-be-live-able!
“Berapa lama lagi yang Tif nak umi tunggu? Dah dua bulan. Atau Tif nak
tunggu sampai sepuluh tahun lagi?”
Tif
hanya diam. Dia tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan sisi uminya yang
ini. Uminya memang seorang yang lembut orangnya tetapi apabila datang angin
marahnya, urgh! Johan debat sedunia pun boleh diam jadinya.
Hajah Fauziah melepaskan keluhan yang cukup berat pada pendengaran Tif.
Tif hanya memandang uminya yang sudah naik ke tingkat atas. Mungkin mahu
membiarkan dia keseorangan supaya dapat memikirkan sendiri kebenaran
kata-katanya tadi.
Fikirannya kembali teringatkan hubungannya dengan Firdaus yang sudah
putus tali pertunangan yang pernah diikat antara dia dan lelaki itu. Sebaik
sahaja umi mengetahui berita hangat itu, umi tidak melatah. Tetapi terus dengan
caranya yang steady tetapi kesannya,
boooom!! Cincin pertunangan antara aku dan Firdaus dipulangkan kembali kepada
Puan Juli, ibu kepada Firdaus. Dan segalanya berakhir begitu sahaja.
Semalam, Tania bertandang ke rumah dan membawa khabar yang menyebabkan
hati yang semakin pulih daripada luka, kembali berderai. Oh, sesiapa tolong
kutip!
Ina
dan Firdaus akan menimang cahaya mata lagi tujuh bulan. Mereka menjalankan
hidup mereka dengan bahagia dan aku? Masih berada di dalam lopak lama. Tidak
sekali pun cuba untuk keluar daripada lopak yang makin lama, makin dalam dan
akan tenggelamkah aku?
Tif
sedar dia harus bergerak ke hadapan dan dia sedang mengumpul kekuatan saat ini
untuk meneruskan kehidupanku seperti biasa dengan bahagia. Kedengarannya mudah
tetapi bagi melaksanakannya, sungguh payah. Itulah apa yang dia menungkan tadi
sehingga umi tersalah anggap.
Mengenangkan diri ini sudah lama tidak terdedah dengan situasi berada di
lautan manusia, Tif mengambil keputusan untuk keluar mengambil angin. Sudah
cukup rasanya tempoh untuk dia berkabung atas pemergian orang yang tersayang.
Oh, sayang lagikah?
Usai bersiap ala kadar, Tif memberitahu uminya akan pemergiannya. Masuk
sahaja ke dalam Savvy hitamnya, dia mendail nombor Tania. Dia perlukan Tania
untuk meluahkan rasa yang bermastautin di dalam hati. Sudah terlampau lama,
jadi hari ini dia akan merelakan semuanya pergi. Semoga ada kekuatan untuk aku
melakukan itu, Tif berdoa di dalam hati.
Mujur sahaja Tania sudah selesai mesyuarat, jika tidak, keseoranganlah
Tif jadinya. Tif terus memandu ke sebuah kafe yang berdekatan dengan tempat
kerja Tania. Tania baru sahaja pulang daripada tempat kerjanya kerana ada
mesyurat mengejut di pejabat.
Almaklumlah, Taniakan setiausaha kepada seorang arkitek yang berjaya.
Jadi, hari Sabtu pun ada sahaja kerjanya di pejabat. Urgh, nampak sangat bos si
Tania tu tak reti nak buat kerja sendiri. Harapkan setiausaha je.
Selesai membuat pesanan untuk dirinya dan Tania, Tif membuang pandang ke
luar kafe. Menanti Tania yang masih belum nampak bayangnya. Tania sampai
sewaktu pelayan tadi menghidangkan minuman yang dipesan oleh Tif.
“What’s up?” sapa Tania sebaik sahaja duduk dan menyisip jus oren yang
dipesan Tif untuknya. Hurm, Tif sememangnya tahu akan kegemarannya yang satu
ini. Dulu, kini dan selamanya. Mungkinlah jika dia tidak berubah kepada jus
lain.
Tif
berfikir sejenak. Wajah temannya yang sentiasa ada sewaktu dia susah dan senang
itu, ditatap lama. Otaknya cuba menyusun ayat untuk memberitahu Tania. Nanti
Tania tidak faham pula bila dia menerangkan dengan ayatnya yang
tunggang-langgang.
“Umi dah mula fed-up dengan
aku.” Tif memulakan bicara sebelum menyisip sedikit jus epal. Mahu membasahkan
tekaknya yang kering. Ah, kau ni Tif. Baru cakap satu ayat, tekak dah kering!
Akalnya memperlekehkan dirinya.
“Dah agak. Normallah tu. Umi cuma nak kau bahagia, Tif. Aku dengan umi
cuba buat something supaya kau
berhenti daripada macam ni, tapi kau sendiri tak nak tolong diri kau. Kami tak
boleh buat apa dah,” ujar Tania yang mula tegang.
Tif
terkebil-kebil untuk beberapa saat. Nampaknya dia mengadu pada tempat yang
salah. Tania juga telah sakit hati dengan perangainya. Oh, tidak! Teruk
benarkah aku?
“Move on!
Itu yang kau perlu buat sekarang, my lovely Zatifa Adelia bt Radzhar. Susah
ke? Past is past,” ujar Tania
lagi. Nampaknya dia belum puas memberi khidmat nasihat percuma untuk seorang
manusia yang masih hidup dalam kenangan.
“Ya, aku sedar aku perlu bergerak sekarang. Tapi, how? Aku tak tahu. Kau bagilah aku kompas atau apa sahaja, aku
tetap tak tahu arah mana aku nak pergi.” Keluhan dilepaskan perlahan. Terasa
berat semua ini di atas bahunya. Tolong sesiapa alihkan beban ni!
Tania mengetuk bibirnya menggunakan jari telunjuknya yang runcing. Berfikir
apa yang boleh dijadikan ubat untuk ‘pesakit’ yang bermasalah di hadapannya
ini.
“Sibukkan diri. Maksud aku, kerja. Ya, kerja! Macam aku, see! Aku sibuk dan aku tak sempat nak
fikir apa-apa selain pergi kerja, makan, solat, balik kerja dan tidur. Kau
perlu kerja, Tif. Make your life busy
with important thing not the unimportant silly thing,” Tania melontarkan
ideanya yang kedengaran agak bernas pada fikiran Tif.
Sejak tamat menjadi seorang graduasi empat bulan lalu, dia hanya duduk
di rumah. Dia lebih suka menguruskan perniagaan butik atas talian. Itu bukan kerja, kah? Adakah Tania
sedang memperlekehkan kerjanya sebagai usahawan online. Sesuatu yang tidak baik rasanya apabila Tania mula
memandang rendah kesibukannya selama ini.
“Kau sedang memandang rendah pada aku?” Tif sengaja membuatkan muka
tidak percayanya di hadapan Tania. Biar tahu rasa bersalah sedikit kerana telah
sesuka hatinya membuatkan dirinya yang tidak berdosa ini terasa sangat terhina.
“Nope! Aku tak kata macam tu. Aku cuma
maksudkan yang butik kau tak berapa berkembang dan kau tidak terlampau sibuk
untuk melupakan apa yang dah terjadi. Masa untuk kau termenung lebih banyak
daripada masa kau bekerja, faham?”
Tania cuba membuka tali yang kusut ikatannya di dalam fikiran temannya
itu. Oh, sungguh tidak bagus untuk perkembangan otak yang sihat. Penuh dengan
tanggapan negatif di dalam otak engkau ni, Tif. Tolong install anti-buruk sangka ya. A.S.A.P!
Tif
mengangguk faham. Dia tidak menyalahkan Tania kerana apa yang Tania katakan
cukup benar. Jadi, kerja apa yang aku boleh lakukan agaknya? Pergi ke sana ke
mari untuk menghadiri temu duga? Itu yang harus aku lakukan atau bekerja di
kedai gubahan hantaran milik umi sahaja? Yang mana ya?
Lebih dua ratus tiga puluh lima
kali umi mempelawanya untuk bekerja dengan umi. Inikah masanya untuk aku
menerima pelawaan daripada umi itu? Hurm, harus dipertimbangkan.
Seperti biasa, apabila kami berdua bertemu, Tania pasti tidak akan lupa
membuka al-kisah bosnya yang menyakitkan hati. Sesungguhnya, Tif tidak pernah
berjumpa dengan bos Tania itu. Menurut Tania, tidak perlu berjumpa kerana
mendengar cerita sahaja sudah terasa aura yang kuat. Apabila ditanya aura apa,
Tania dengan selamba menjawab, aura membuatkan hati orang parah dan masuk dalam
ICU dan takkan keluar untuk selama-lama-lama-lamanya.
Lucu juga apabila mendengar cerita Tania yang jelas-jelas tidak berpuas
hati dengan bosnya itu. Malanglah nasibmu, wahai encik bos! Dibenci oleh
setiausaha sendiri.
“Hari ni dia tak cari pasal dengan aku sangat. Jadi, kondisi hati aku
agak stabil hari ni. Cuma yang kelakarnya bila ada seorang minah yang boleh
tahan seksi, datang masuk bilik mesyuarat masa kami semua tengah sibuk perah
otak. Kau cuba teka apa minah tu buat?”
Tif
cuba berfikir. Argh, Tania ni nak suruh dia berimaginasi pula. Manalah aku tahu
apa yang minah tu buat. Diriku ini hanyalah seorang manusia biasa yang tidak
tahu apa yang berlaku sekiranya aku tidak berada di tempat itu. Mungkin dia
akan tahu jika kisah minah seksi dan bos yang menjengkelkan itu terpampang di
dada akhbar atau masuk buletin utama. Tapi, mustahillah masuk, kan?
“Dia terus peluk and kiss bos
aku yang tengah bentangkan kertas kerja. Berani betul minah tu. Nasib yang ada just staf office. Cuba kalau ada klien, uisy.. Apa akan jadi agaknya?”
Mendengar cerita sahaja membuatkan persepsi Tif mula membayangkan
bagaimana perangai sebenar bos Tania. Tetapi, tetap gagal. Uh, imaginasiku
tidak pernah tak gagal dalam berimaginasi. Agak payah nak faham aku ni, kan?
“Habis apa yang jadi dalam bilik mesyurat tu?” soal Tif. Jika tidak
bertanya sebarang soalan apabila Tania bercerita, Tania akan membuat andaian
bahawa dia tidak mengambil serius soal al-kisah 1001 malamnya itu.
“Of course, satu bilik mesyuarat tu,
tertunduk-tunduk macam nak cium meja. Yalah, takkan nak tengok pasangan
bercinta bermadu kasih pulak. But, surprisely, minah tu kena tempik dengan
bos aku yang sememangnya tak pernah tak berangin dalam sehari. Aku tak rasa itu
makwe dia,” cerita Tania lagi.
Kejadian di dalam bilik mesyuarat tadi masih
segar di dalam fikirannya. Tempikan bosnya bak halilintar itu membuatkan
gegendang beduk dekat masjid pun boleh pecah apatah lagi gegendang telinga.
Mujur gegendang telinganya mempunyai daya tahan yang agak kuat.
“Mana kau tahu tu bukan makwe dia? Pandai-pandai je. Kau assistant je. Belum naik pangkat jadi personal assistant, kan?” seloroh Tif. Cuba bayangkan, Tania yang beria
tidak suka akan bosnya itu, terjatuh cinta pula pada bosnya itu. Uhuhu, haru-haru.
“Hesy, kau ni. Aku yakin tu bukan makwe dia sebab sepanjang aku bekerja
dengan dia, dia tak pernah tunjukkan sikap yang dia merupakan boyfriend kepada mana-mana perempuan.
Semua perempuan dia layan sama. Tak kisahlah, lawa macam Angelina Jolie sekali
pun. Dia tu macam anti-perempuan sikit. Maybe
dia pernah patah hati or something, tapi dia tu memang pelik.”
Tidak perlu diberitahu bahawa lelaki yang merupakan bos kepada Tania itu
pelik kerana memang pelik. Ada ke lelaki tak suka perempuan? Lagi-lagi yang
lawa. Tipulah. Tetapi kalau dah kata pun pelik, mestilah berperangai
bertentangan dengan jantina sejeniskan. Jadi, bos Tania tu…..
“Dia bukan gay! Dia cuma suka bersendirian. Rasa macam dia tu tak ada
kawan pun ada. Aku rasa hidup dia cuma pergi kerja dan balik kerja sebab dia
tak pernah balik awal. Kalau paling awal, dalam pukul 11 malam,” beritahu Tania
lagi.
Ayat pertama Tania membuatkan Tif tersentak. Itulah yang berada di
fikirannya. Gay! Teruk sungguh fikirannya ini. Berani-beraninya dia melabel
orang lain sebegitu.
“Wait! Kenapa kita cakap pasal bos aku
yang pelik tu?” soal Tania tiba-tiba. Dia cuba mengingat kembali apa yang
menyebabkan perbualan mereka terpesong begitu jauh sebegini. Namun, dia lupa.
Memori jangka masa pendek betullah!
“Engkau yang mulakan dulu tadi pasal minah yang daring tu. By the way,
dah lambat ni. Jomlah,” ajak Tif.
Tania yang mendengar segera menghabiskan air yang masih berbaki di dalam
gelas. Dia juga sudah berhajat mahu pulang segera ke rumah. Rancangan juga
sudah disusun. Apa yang hendak dilakukan ialah mandi dan tidur. Uh, penat
betul.
No comments:
Post a Comment