Saturday, 16 May 2015

BUKAN KEKASIH TETAPI ISTERI

BLURB

Zara. Dia gadis yang cantik, manis dan kadangkala ada polosnya. Cuma, dia ada satu perangai yang buat Rizza meluat. Kaki kikis! Itulah panggilan setelah mengetahui gadis itulah yang memporak perandakan keluarganya. Tetapi,bila adiknya, Adila cuba bertindak bodoh ke atas Zara, dia pula yang tiba-tiba baik hati menolong. Jadi superhero tidak sengaja kepada kekasih ayah sendiri bukan mudah rupanya.
“Sudahlah Rizza! Awak ni memang manusia paling buruk sekali pernah saya jumpa. Buruk rupa! Buruk laku! Buruk hati! Buruk bertingkat-tingkat!”  - Zara
Dia bukanlah gadis yang garang atau suka terpekik-pekik. Tersangatlah tidak ayu. Tapi kalau berdepan dengan Rizza Azrim, memang automatik segala budi bahasa dia hilang. Kapten seorang tu bahasanya, macam orang tak pernah belajar nilai murni.
“Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang sanggup kau buat, Zara. Perempuan kelab malam macam kau ni! Dengan tubuh kau tu je la yang kau pandai gunakan untuk hidup senang.” – Rizza
Bencilah setinggi gunung pun. Elaklah sejauh mana pun. Tapi kalau dah jodoh, kahwin juga akhirnya. Niat asal Rizza hanya ingin menlindungi Zara dari Adila, tapi sekarang dah jadi isteri dia pula. Bila dah kahwin, kenapa pulak rasa sayang dan cinta datang mengetuk hati keduanya. Jantung seorang kapten bagai dipalu bila gemersik suara Zara berlagu di telinganya. Bagai kalah sebelum berperang!
“Jangan pernah berangan mahukan suami saya. In your dream! Remember. I’m fighter pilot wife, so saya akan fight habis-habisan!!” – Zara
Bersungguh Zara bertahan dari serangan parasit luar yang cuba menumpang kasih suaminya. Semuanya mampu dia elak. Tapi bagaimana pula jika rahsia perkahwinan mereka sampai ke pengetahuan Tan Sri Rahman Syah? Lebih penting adalah penerimaan adik kepada Rizza, Adila musuh utamanya.
Adakah Rizza akan mempertahankan status Zara sebagai isteri atau melepaskannya untuk menyatukan keluarganya? Dan Zara, mampukah dia menukar wataknya untuk menjadi isteri mithali? Melepaskan gaya hidupnya selama ini hanya kerana lelaki bernama Rizza Azrim? Bukan Kekasih Tetapi Isteri merungkai segalanya.

KASUT HITAM TOPI PINK

BLURB
“Manalah aku cabar kau. Kau tu yang tak berani. Mulut je cakap besar tapi pengecut. Sungguh.. Sampai sekarang aku tak faham apa motif kau serang aku dekat sini ni! Kau ingat muka kau kacak sangat ke sampai asyik nak muncul dekat depan aku ni?” ~ Chomel Mayesa
“Pengecut kau kata aku? Eh, kau ni memang nak kenalah. Jangan panggil aku Zaif,  kalau aku tak buat kau melutut dengan aku!! ~ Zaif Affendy”
Menjadi tukang kasut!
 Chomel Mayesa, menyambung legasi arwah ayahnya menjadi tukang kasut. Tidak pernah peduli dengan pandangan orang lain. Apatah lagi dengan lelaki bernama Zaif Affendy.  
Perkenalan secara tidak sengaja dengan Zaif Affendy yang merupakan pelanggannya telah memulakan segalanya. Zaif,  sombong dan  bongkak. Zaif juga yang pembersih dan cerewet tahap kritikal! Zaif yang selalu menyakitkan hati.
Salah faham mula timbul bila Chomel membantu Catilya, teman wanita Zaif yang hampir terjatuh dan dalam masa yang sama Zaif telah terlihat aksi mereka. Kerana terlampau sayang pada Catilya, timbul rasa cemburu. Zaif mula curiga dan menuduh Catilya curang kerana perwatakan Chomel yang seperti lelaki tetapi suka memakai topi berwarna pink!
 “Oii… Sudahlah Mat! Orang dah tak hendak, buat apa tersua-sua. Terima saja kenyataan dan tak payah jadi orang yang bebal.”~ Chomel Mayesa
“Diamlah, tomboi! Nama aku Zaif lah , bukan Mat tau!”~ Zaif Affendy
Dek kerana tak tahan dengan perangai cemburu melampau Zaif, Catilya telah mengambil keputusan memutuskan hubungan antara mereka. Pergaduhan besar mula tercetus kerana Zaif menyangka Chomel adalah punca segala-galanya.
Akan berpenghujungkah perseteruan antara mereka? Sedangkan pantai lagi berubah bila dipukul ombak, inikan manusia yang punya pelbagai rasa. Antara marah dan suka, banyak bezanya. Antara benci dan rindu, jauh maksudnya.  Jom telusuri kisah mereka dalam naskah ini.


PENGANTIN LELAKI UNTUK CIK GADIS

BLURB
Cinta? Dia datang tanpa diundang, dan perginya juga tanpa dipinta. Di mana sahaja cinta itu hadir, waktu dan ketikanya tidak pernah menjadi halangan. Begitu juga dengan cinta pandang pertama Kris Al-Hadi. Cintanya berputik saat terpandang gadis berpakaian penjara. Comel dan anggun. Tapi sayang, cik gadis yang diminati sedang menanti hari perbicaraan.
“Saya nak awak tahu, dari hari pertama saya lihat awak dengan pakaian penjara, hati saya sudah terdetik untuk ambil awak sebagai isteri. Saya sayangkan awak.”~ Kris Al-Hadi
“Kalau awak betul-betul sayangkan saya, buktikan rasa sayang awak tu pada saya.”~ Salsabila
Yang menjadi masalah, gadis tersebut terhumban ke penjara kerana perbuatan manusia yang iri hati. Mujur ada dia yang sudi menjadi hero dan penyelamat. Dan kerana sikap gentleman tersebut, ada cinta lain datang dan mendekat. Tapi sayang, cinta itu cinta terlarang. Mana mungkin untuk dia menyambut cinta dari  kekasih abang sendiri. Kerja gila namanya!
 “Kalau you tak sihat.. biar I temankan you! I jaga you, dan you pula jaga I.” ~ Yasmin
“I cari pekerja untuk jaga akaun syarikat, bukan jaga I. Please, jauh sikit! I tak selesa, I panas.”~Kris Al-Hadi
Kerana cinta terlarang, ada yang menjadi korban. Hendak tak hendak, majlis perkahwinan yang diatur harus diteruskan dan hanya pengantinnya sahaja yang terpaksa ditukar ganti tanpa pengetahuan sesiapa.
 “Jantan tak guna! Dengan tunang aku jugak kau nak buat perangai tak senonoh!”~Khairyl
“Sumpah demi Allah, aku tak buat semua tu!”~Kris
Kris mencintai si gadis bernama Salsabila, apa pun terjadi Yasmin bukan pilihan hatinya. Sudahnya, pengantin lelaki terpaksa membuat pilihan yang dirasakan terlalu payah untuk diputuskan. Antara dua gadis, Salsabila dan juga Yasmin, siapakan yang bakal dipilih? Dan antara dua pengantin lelaki, Khairyl dan juga Kris, yang mana satukah menjadi pilihan cik gadis yang indah dengan busana pengantinnya.
Ketahui kisah selanjutnya di dalam naskah Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis.

CINTA 3 RASA

 BLURB
Kehilangan orang tersayang tiga hari sebelum majlis perkahwinan mereka merupakan tamparan hebat dalam hidup Tengku Rayyan. Sejak hari itu, hidupnya berubah. Dia menjadi seorang yang gemar menyendiri dan menyibukkan diri dengan urusan kerja.
Sikapnya ini menimbulkan kebimbangan di hati Ku Ana. Bersama Qisya, Ku Ana menjalankan misi mencari jodoh untuk Tengku Rayyan. Namun semuanya gagal apabila Tengku Rayyan sering mengelak bila diajak berbicara soal jodoh. Cintanya pada arwah Sofea tak mungkin ada galang gantinya.
Satu hari, ketika Tengku Rayyan keluar berjoging, secara tak sengaja dia telah terlanggar seorang gadis. Maka terjadilah perang kecil antara mereka berdua. Sikap si gadis yang sombong dan berlagak membuatkan Tengku Rayyan tak mahu mengalah dengannya.
“Cik… saya tak nak bertekak dengan awak. Saya dah minta maaf, rasanya itu dah cukup. Kalau awak still tak berpuas hati, saya tak dapat nak buat apa-apa. Daripada saya melayan awak yang ada mental problem ni, baik saya blah. Assalamualaikum….” ~ Tengku Rayyan.
 “Tak guna! Dia kata aku ada mental problem! Arghhh… sakitnya hati aku!!!” ~ Amanda Sofea
Amanda, dendamnya pada kaum bernama lelaki tak pernah padam. Padanya semua lelaki itu sama. Tak seorang pun yang boleh dipercayai. Kebenciannya pada kaum yang satu ini semakin membara kala bertembung dengan seorang lelaki yang digelar ‘mangkuk ayun’. Harap muka saja kacak tapi dengan perempuan pun tak nak mengalah.
Tanpa Amanda duga, rupanya lelaki yang sering bergaduh dengannya itu adalah anak kawan baik mummynya, Datin Aminah. Semakin sebal dia apabila mummy bercadang hendak menjodohkan dia dengan lelaki itu. Sekerasnya dia menolak. Namun masalah kesihatan Datin Aminah membuatkan Tengku Rayyan dan Amanda bersatu.
Dalam meniti kehidupan sebagai pasangan suami isteri, pelbagai dugaan dihadapi. Sebagai suami Tengku Rayyan tak pernah mengalah. Sedaya upaya dia menawan hati sang isteri. Keikhlasan yang ditunjukkan membuatkan hati Amanda jatuh cinta. Namun dia takut mengakuinya. Apatah lagi peristiwa silam sering membayanginya.
Apa peristiwa silam yang sering mengganggu Amanda? Berjayakah Tengku Rayyan menawan hati sang isteri yang keras seperti ais batu? Adakah rumahtangga ini mampu bertahan setelah peristiwa hitam itu terbongkar? Ikuti perjalanan cinta Tengku Rayyan dan Amanda Sofea dalam Cinta 3 Rasa.

PELITA DI BAWAH PURNAMA

BLURB
“Lepas kau tinggalkan aku, aku tak pernah harap apa-apa lagi daripada kau. Aku tak pernah termimpi kau akan kembali untuk tunaikan segala janji kau dulu. Apatah lagi kahwin dengan kau. Ini semua mengarut!”
“Kahwin dengan Rynn itu adalah pilihan abang. Bukan paksaan sesiapa. Keputusan yang abang buat datang daripada pemikiran abang sendiri. Ini bukan mengarut. Ini kenyataan. Abang tak mahu kita berdua lari dari kenyataan lagi. Lapan tahun dah terlalu lama untuk abang melarikan diri, Rynn.”
Lapan tahun berlalu. Lapan tahun melakar cerita mereka sendiri. Apa yang ada sebelum lapan tahun itu indah. Namun akhirnya atas kekhilafan Aryan, lapan tahun itu mencatat duka yang amat panjang.
Qairynn dan Aryan semenjak kecil mereka hidup berjiran dan bersahabat. Keakraban mereka seperti adik dan abang. Apa sahaja mereka tempuhi bersama. Namun, entah bagaimana cerita duka merempuhi mereka.
Semuanya bermula apabila Maya rakan sebaya Aryan tiba-tiba mencelah peluang di antara Aryan dan Qairynn. Dalam diam, Maya rupanya sudah lama menyimpan rasa kepada Aryan. Setelah mendekati lelaki itu, cintanya mula bersambut. Terjalinnya hubungan Maya dan Aryan bermakna rebahlah keakraban Aryan dan Qairynn. Dek kerana cemburu dan tamak, Maya mencucuk jarum hubungan Aryan dan Qairynn. Sehingga akhirnya, Aryan melakukan satu kesilapan yang memberi natijah yang amat besar kepada Qairynn.
Kehilangan orang-orang yang disayangi tidak mudah untuk dilalui Qairynn. Jiwanya terbang ke angkasa mencari semula apa yang hilang. Namun kehilangan kekal abadi itu tidak mungkin akan berganti. Qairynn nanar meneruskan hidup dalam kepahitan. Kesakitan yang dialaminya semakin tepu. Sehingga akhirnya, dendamnya mula bangkit kepada Aryan.
Lapan tahun mereka berdua berpisah. Cerita demi cerita terlakar. Aryan pulang juga ke tanah air. Namun mudahkah untuk dia mendapat maruahnya semula? Sudah tentulah tidak. Kebencian Qairynn bagaikan tidak bertebing kepada lelaki itu. Tiada maaf yang mampu dihulurkan. Namun Aryan tidak pernah berputus asa untuk meraih Qairynn semula. Biarpun dia sedar terlalu besar khilafnya sehingga membuatkan Qairynn hilang jiwa. Dia sudah berjanji untuk mengembalikan Qairynn kepada yang asal.
Penghujung kisah ini sudah pastinya bahagia. Namun antara Maya dan Qairynn, mereka ibarat pelita dan purnama kepada Aryan. Yang mana purnama itu indah namun cahayanya susah untuk digapai. Manakala pelita itu, walaupun tidak seindah purnama, namun cahayanya hanya buat Aryan seorang. Hakikat itulah yang membuatkan Aryan tega biarpun Qairynn sekadar pelita itu.

CINTA HATIKU ENCIK NAGA

BLURB
Walau liku hidupnya tak seindah orang lain, namun Marha Karmila masih mampu tersenyum dan ceria. Segala kisah duka dulu cuba dilupakan dan disimpan kemas, jauh di sudut hati. Namun, hanya kerana seorang lelaki yang digelar naga, hidupnya berubah serta merta.
“Apa?? Awak kata saya bagi awak bala?? Eh, hello, saya dah minta maaf baik-baik. Suka suki awak cakap saya macam ni ye? Dah lah muka merah macam naga. Sedap mulut je cakap kita bawa bala”~ Marha
“Kau ambik baju ni, basuh! Jangan basuh guna mesin., rosak nanti! And tolong pulangkan secepat yang mungkin. Terima kasih!”~ Harraz

Persengketaan yang terjadi membawa Marha masuk ke dalam keluarga Harraz. Namun kerana satu kejadian, kudup-kudup kasih antara mereka mula berkembang.

“Aku tak ada alasan. Yang pasti kau tak boleh. Aku tak layak untuk kau!”~ Marha
“Marha, aku tahu maksud kau, segalanya. Aku tak kisah. Semua tu bukan salah kau, bukan kau yang minta. Marha Karmila,  izinkan aku melindungi kau.” ~ Harraz

Setelah beberapa bulan bahagia menjalani hubungan sebagai suami isteri, sekali peristiwa aneh menjelma dalam hidup mereka. Sedang Harraz dan Marha dalam keadaan terumbang ambing, Malina dan Natasha hadir menagih kasih sekaligus menggoncang hati setianya.

Berjayakah Harraz menunaikan janji menjadi pelindung sejati? Teguhkah dia menahan gelodak jiwa yang inginkan kasih sayang seorang isteri sepenuhnya berbalas? Siapakah yang akan memenangi hati Harraz? Malina, Natasha atau Marha? Dan siapakah yang bertanggungjawab ke atas perubahan diri Marha selama ini? Siapa pula Hafeez yang cuba mendekati dan mendapat perhatian Marha? Segalanya pasti tersingkap dalam Cinta Hatiku Encik Naga.