Thursday, 26 February 2015

CERITA TENTANG KITA KARYA DHILA RAZALI

BAB 1


FAIRA mencelikkan mata. Dia bingkas bangun dari pembaringannya. Pintu bilik dikuaknya perlahan. Dia melangkah keluar ke arah dapur, hanya dia seorang diri. Dia kembali teringat bahawa Syed Dameer keluar malam tadi, pasti tidak pulang lagi.
            Belakang tengkuknya diurut perlahan-lahan. Wap udara yang keluar dari muncung cerek elektrik dipandangnya bersahaja. Cawan yang berada di hadapannya dipegang seketika, fikirannya mencongak beberapa perkara. Yang paling membuat dia bingung, ke mana hala tuju Syed Dameer selama dia keluar lewat malam tadi? Bukan sekali tetapi kerap kali. Dia tidak bertanya, Syed Dameer pula tidak bercerita.
            Kepala yang terasa berat dipicit-picitnya perlahan, dia tidak jadi untuk membancuh minuman panas. Dibiarkan sahaja cawan itu kosong. Kakinya dibawa melangkah ke arah ruang tengah. Kedengaran pintu hadapan dibuka perlahan. Faira kaku. Langkahnya terhenti seketika, wajah Syed Dameer muncul di depan matanya.
            “Aku keluar semula nanti.” Syed Dameer membetulkan kolar kemejanya yang tidak dibutang dengan baiknya. Faira menundukkan wajah, dia sebenarnya tidak faham dengan sikap Syed Dameer selama ini. Bagi dirinya, semakin dia cuba memahami suaminya itu semakin dia tenggelam dengan kekeliruan.
            Syed Dameer melangkah ke arah peti sejuk. Dibuka pintu peti sejuk berkenaan lalu sebotol air mineral dikeluarkan. Tangannya membuka penutup botol tetapi matanya memandang tepat ke arah isterinya itu.
            “Tak bersiap lagi?” soalnya. Faira mengetap bibir, sebenarnya memang dia berniat untuk masuk ke bilik semula tetapi apabila dia melihat kelibat suaminya itu dia tidak jadi. Ada perkara yang dia mahu Syed Dameer tahu.
            Faira mengetap bibir bawah. Kelu lidahnya pula apabila pandangan mereka saling bersatu. Tidak sampai seminit, Syed Dameer berpaling semula lalu membelakangkan Faira.
            “Ada apa?” soal Syed Dameer yang membelakanginya. Faira terkedu, pasti raut wajahnya dapat dibaca oleh suaminya tadi.
            “Aku keluar dulu. Malam ni mungkin aku balik lewat. Kau tak payah tunggu,” ujar Syed Dameer. Faira mengalih pandangan ke arah lain apabila menyedari Syed Dameer mencuri lihatnya seketika.
            “Meer... Fai...”
            “Kita cakap nanti. Aku dah lewat.” Faira senyap. Dia tidak tahu, mahu berterus terang dengan Syed Dameer atau dia patut pendamkan sahaja? Buntu, itu yang melanda dirinya selama ini.
            Bayangan Syed Dameer hilang di matanya. Jam dinding dikerlingkan seketika, tepat pukul lapan pagi. Petang nanti dia perlu bertemu dengan orang penting keluarga Tuan Syed Bakhrudin, Bonda Dahlia. Ada perkara yang mahu mereka bincangkan, tanpa pengetahuan Syed Dameer.
            Syed Dameer mengeluarkan telefon Lenovo miliknya, satu nombor didailnya sebelum menghidupkan enjin kereta.
            “Helo Syam! Aku lewat sikit... ada hal lain.”
            “Kau nak ke mana?” suara Syamrul di hujung panggilan.
            “Aku nak jumpa Nita.” Syed Dameer jujur.
            “Kau biar betul... kan dah ada Faira, kenapa nak jumpa dia lagi?”
            “Aku lewat dah ni.” Syed Dameer mematikan panggilan. Nitasha, seseorang yang dia terpaksa lukakan hatinya dahulu. Oleh sebab desakan Bonda Dahlia, dia terpaksa menerima Faira dan dia juga pasti Faira terpaksa menerimanya sebagai suami.
            Kereta Ford Mondeo miliknya diparkirkan berhampiran laluan pintu pagar kediaman Haji Zainul, ayah kepada Nitasha. Syed Dameer melangkah ke arah pintu masuk, kepalanya terjungkit-jungkit memerhatikan jika ada kelibat Nitasha di halaman rumah berkenaan.
            “Ya encik, cari siapa?” soal seorang lelaki berusia yang sedang memegang plastik sampah, pasti Pak Rasul yang merupakan pekerja ladang Tuan Zainul.
            “Nitasha ada?” soal Syed Dameer. Pak Rasul cuba mengecam wajah lelaki yang berdiri di balik pintu pagar berkenaan.
            “Dameer ke?” soal Pak Rasul. Syed Dameer angguk mengiyakan.
            “Siapa tu Rasul?” kedengaran suara Haji Zainul dari arah halaman kiri. Syed Dameer gugup seketika, dahulu hubungan keluarga mereka begitu rapat tetapi oleh sebab keputusan melulu yang dibuat oleh Bonda Dahlia sudah ada jurang yang memisahkan mereka.
            “Uncle Zainul,” senyuman dihulurkan buat Haji Zainul. Pintu pagar yang tidak berkunci ditolak perlahan oleh Pak Rasul, Syed Dameer melangkah masuk. Tangan mereka saling bertaut, mesra. Pak Rasul menyambung tugasannya, Haji Zainul melangkah ke arah anjung halaman sebelah kanan. Syed Dameer mengekori dari belakang.
            “Papa dan mama kamu sihat?” soal Haji Zainul yang sudah merebahkan punggung di atas kerusi kayu jati. Dia mempelawa Syed Dameer yang masih berdiri kaku itu.
            “Alhamdulillah, sihat.” Syed Dameer membetulkan dudukannya seketika. Haji Zainul mengangguk faham, matanya menyoroti ke arah pemuda yang pernah berjanji mahu sehidup semati dengan anak tunggalnya dahulu.
            Syed Dameer sekali-sekala mencuri pandang ke arah ruang dalam kediaman Haji Zainul berkenaan. Bukan lelaki yang berusia 50 tahun itu tidak perasan tetapi dia sendiri tidak pernah ambil tahu sebab Syed Dameer selalu ke rumahnya kebelakangan ini.
            Pintu gelangsar yang sedikit terbuka itu ditolak perlahan oleh Nitasha. Kakinya terhenti melangkah saat matanya tertumpu ke arah wajah lelaki di hadapannya.
            “Uncle masuk dulu.” Haji Zainul mengundur diri. Nitasha yang masih berdiri di pintu gelangsar langsung tidak berganjak. Sebelum ini dia mampu untuk melarikan diri tetapi kali ini dia perlu berdepan dengan Syed Dameer.
            Mata Nitasha hanya mengekori langkah ayahnya. Syed Dameer bangun dari dudukan, dia sendiri tidak pasti bagaimana mahu memulakan perbualan mereka. Setelah dua tahun dia berkahwin, tidak pernah sekali Nitasha bertegur sapa dengannya walaupun mereka bertemu di mana-mana.
            “Sihat?” soalan Syed Dameer memecahkan kesunyian mereka berdua. Nitasha hanya memeluk tubuh, dia masih berdiri di pintu gelangsar berkenaan.
            “Isteri mana? Dia sihat?” soalan berbalas soalan. Nitasha langsung tidak memandang wajah Syed Dameer.
            “Ini hal kita. Janganlah bawa masuk hal...”
            “Dameer, awak dah kahwin. Faira, dia isteri awak yang sah. Kenapa nak libatkan hal kita? Awak dengan saya... dah berakhir!” bentak Nitasha. Syed Dameer terkedu. Nampak wajah wanita berkenaan menahan seribu amarah. Suasana tenang pagi ini tidak mampu menyejukkan situasi mereka.
            “Nita...”
            “Dulu awak yang paksa saya lupakan semua ini. Sekarang, kenapa awak yang datang semula? Dameer... tolong diri awak. Faira yang terbaik buat awak.” Nitasha cuba memujuk.
            “Dia...”
            “Jangan cari kelemahan dia. Awak lengkapkan diri dia, saya tak jadi orang ketiga. Saya dah anggap awak sebagai kawan. Baliklah Dameer,” pinta Nitasha lagi. Syed Dameer mengurut perlahan dahinya. Lain yang dia harapkan, lain yang jadi pula. Entah kenapa dia bagaikan terpukul dengan kata-kata Nitasha tadi.
            “Nita...” Syed Dameer memujuk. Nitasha menggeleng seketika sebelum dia melangkah masuk. Syed Dameer kelu lidah. Hanya bayangan kelam Nitasha yang dapat dilihatnya dari pintu gelangsar berkenaan.

BUTIK BUSANA Dahlia, di sinilah kali pertama Faira mengenali Puan Syafirah Zailea dan di sini jugalah kali pertama dia bertemu mata dengan Syed Dameer. Segalanya berubah, tidak pernah kekal sama. Dia hanya menghitung masa, mengira hari tanpa mengetahui di mana silapnya. Faira termenung, sudah menjadi kebiasaannya kala tiada pelanggan.
            “Fai,” bahunya dicuit perlahan. Matanya mencari arah suara berkenaan. Ardina, sahabat yang selalu menjadi telinga kepada masalahnya. Senyuman di bibir sahabatnya itu tidak mampu dibalas dengan mesra.
            “Kenapa ni?” soal Ardina sambil membelek beberapa buku katalog yang bersusun di atas meja berkenaan. Faira menggeleng seketika. Ardina cuba merenung wajah Faira tetapi cepat sahaja sahabatnya itu mengalihkan mata.
            “Macam ada yang tak kena je,” luah Ardina.
            “Betul apa yang Dina kata dulu.” Ardina meletak semula katalog yang berada di pegangannya. Dia merapatkan tubuhnya ke arah Faira. Apa yang dia rasa tidak kena tadi, memang benar. Faira ada menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya.
            “Apa yang aku kata dulu?” soal Ardina tidak mengerti.
            “Syed Dameer.”
            “Kenapa dengan dia?” Ardina mengerutkan wajah.
            “Macam langit dengan bumi.” Faira mengetap bibir bawahnya. Kali ini dia membalas pandangan mata sahabatnya itu.
            “Fai... aku tak faham. Apa sebenarnya?” kali ini Ardina mengusap perlahan bahu Faira. Cuba memberi dia kekuatan walaupun Ardina tidak pasti apa sebenarnya yang mahu diluahkan oleh Faira.
            “Fai okey tak ni?” soal Ardina apabila menyedari Faira masih membisu. Faira mengangguk perlahan.
            “Penat Dina. Saya penat dengan perasaan saya sendiri. Saya rasa apa yang saya fikir sebelum ni semuanya hilang. Saya dah tak tahu apa yang patut saya lakukan lepas ni. dia...” Ardina terdiam. Dia sangkakan perkahwinan Faira dengan Syed Dameer bahagia tetapi melihat wajah sugul Faira kebelakangan ini, dia sudah mula berteka-teki.
            “Fia rehatlah... biar aku jaga bahagian sini. Pergilah balik,” arah Ardina dengan nada tegas. Faira menggeleng.
            “Tak nak. Kat sana Fai seorang, kat sini ada Dina,” balas Faira lemah. Ardina mengeluh seketika.
            “Maaf Fai. Aku tak tahu semua ni akan jadi. Aku ingat kalau kau terima Meer dulu, kau akan bahagia sebab aku cukup yakin yang Meer ada perasaan pada kau. Fai, anggap ini dugaan. Dugaan lima tahun pertama perkahwinan. Jangan bimbang, aku ada. Allah ada. Fai kena banyak sabar. Sabar ya sayang,” pujuk Ardina.
            “Puas mama call, kenapa tak angkat?” kehadiran Syarifah Zailea membuat Ardina gelabah seketika. Dia segera bangun, Faira yang masih duduk mendongak ke arah ibu mentuanya dengan senyuman nipis di bibir.
            “Fai tertinggal phone tadi. Ada apa ma?” Faira bangun. Ardina sudah bergerak ke bahagian lain, Faira hanya mencuri lihat kelibat sahabatnya yang mula hilang dari pandangan.
            “Petang nanti, mama nak ajak kamu ke kilang. Ada beberapa perkara yang mama nak kamu tahu. Tak lama lagi, butik ni akan jadi milik kamu.” Faira tidak faham dengan kata-kata Puan Syarifah Zailea tadi. Dia mengerutkan wajahnya, tergelak kecil Puan Syarifah Zailea pula.
            “Nanti mama jelaskan. Jadi, boleh?” soal Puan Syarifah Zailea lagi. Faira teragak-agak mahu menjawab. Dia perlu bertemu Bonda Dahlia dan sekarang ibu mentuanya meminta dia menemaninya.
            “Mama, Fai sebenarnya ada hal dengan Abang Meer nanti.” Faira membohong.
            “Dating dengan suami ke?” usik Puan Syarifah Zailea. Faira senyum kelat.
            “Mama tak paksa. Utamakan suami, dia yang berhak kepada kamu. Lagi kerap kamu bersama, lagi cepat mama dengan papa ada cucu nanti.” Faira tersentap. Hal itulah yang menjadi topik terhangat keluarga Tuan Syed Bakhrudin sekarang. Puan Syarifah Zailea tersenyum riang, Faira kelu lidah. Dia tidak mahu berlakon lagi di hadapan kedua orang tuanya, Syed Dameer langsung tidak pernah menyentuhnya dahulu. Dia fikirkan bahawa suaminya masih mahu mengenalinya tetapi dia tidak pernah sekali menerima sebarang bentuk sentuhan daripada lelaki berkenaan.
            Faira memandang kelibat Puan Syarifah Zailea yang masuk ke ruang belakang. Dia terduduk semula, tidak sampai seminit Ardina menerpa ke arahnya. Dilihat wajah runsing Faira itu, Ardina mengeratkan genggaman tangannya di lengan Faira.
            “Aku teman kau nanti,” ucap Ardina. Faira menggeleng.
            “Aku dah janji dulukan? Kalau ada apa-apa yang memaksa kau selepas kahwin dengan Meer, aku akan jadi benteng kau. Jangan risau ya?” Faira membetulkan lipatan tudungnya seketika. Dia cuba menguatkan diri, perkara mengenai Bonda Dahlia hanya dikongsi bersama Ardina. Hanya perkara itu yang dia berani luahkan tetapi mengenai Syed Dameer, hanya dia sendiri yang pendam.
            “Dina tolong hantarkan saya nanti tapi janji jangan beritahu Mama Meer,” pinta Faira. Ardina angguk setuju. Faira senyum nipis, dia sebenarnya tidak sangka Ardina sanggup membantunya. Dia anggap Ardina akan membiarkan dia sendirian setelah dia bercerita mengenai  Bonda Dahlia kepadanya.

BONDA DAHLIA berdiri di hujung ruang tamu. Matanya melingkar ke seluruh tubuh kerdil yang duduk di hadapannya. Faira memegang jemarinya kemas, dia pasti pertemuan kali ini bukanlah kerana perkara biasa. Jika tidak, kenapa Bonda Dahlia tidak mahu Syed Dameer mengetahui perkara ini.
            “Berapa lama lagi bonda nak tunggu? Fai langsung tak dapat ubah Meer. Dia tetap sama, masih bertemu dengan Nitasha!” tegas suara Bonda Dahlia. Di ruang tamu berkenaan hanya ada dia dengan cucu menantunya itu.
            “Meer...”
            “Bonda tak nak dengar alasan. Bonda pilih kamu sebab bonda rasa kamu dapat baiki perangai cucu bonda tapi... kamu gagal.” Berdesir telinga Faira mendengar ayat sebegitu daripada Bonda Dahlia. Dia tahu ketegasan Bonda Dahlia bagaimana kerana itu dia tidak mahu mengecewakan hasrat Bonda Dahlia dahulu. Kerana hutang budi Bonda Dahlia kepada keluarganya, dia perlu balas dengan cara sebegini.
            “Satu cara.” Bonda Dahlia berjalan ke arah sofa bersebelahan Faira. Kepala tongkat digenggam padu dengan tangan kirinya. Faira memalingkan wajah melihat ke arah Bonda Dahlia.
            “Ikat Meer dengan anak. Itu saja,” luah Bonda Dahlia. Faira terkedu. Dia bagai hilang kata-kata, lidahnya kelu membeku. Perkataan anak itu sudah menjadi sumpahan bagi pernikahan mereka. Faira tidak dapat duduk diam. Fikirannya berputar mengingatkan perihal Syed Dameer, wajah Bonda Dahlia dipandangnya seketika.
            “Bonda tahu perangai Meer bagaimana, bonda bukan nak seksakan kamu. Bonda tak nak pernikahan kamu hanya sekadar untuk menyedapkan hati bonda. Fai dah lupa apa yang kamu janji pada bonda dulu?” duga Bonda Dahlia. Faira tunduk wajah.
            Bonda Dahlia melabuhkan punggungnya di sebelah Faira. Dia memeluk seketika tubuh cucu menantunya itu. Satu-satunya cucu menantu yang dia pilih, bukan pilihan anaknya tetapi pilihan dirinya.
            “Kamu dengan Meer tak pernah bersama?” soalan bonda Dahlia kali ini membuatkan Faira benar-benar terperangkap. Dia mengetap bibirnya. Matanya mencuri lihat wajah Bonda Dahlia, wanita yang berusia 70 tahun itu masih lagi menatapnya.
            “Dia selalu bermalam di sini,” jelas Bonda Dahlia lagi. Faira mengerutkan wajahnya. Bonda Dahlia tahu mengenai Syed Dameer yang selalu keluar malam? Fikirnya seketika.
            “Bonda sengaja tak hebohkan, bonda ingat kamu tahu. Tapi, lepas apa yang bonda perhatikan selama ini. Meer pasti ada sebab dia buat macam tu,” kata-kata Bonda Dahlia benar-benar tidak masuk akal. Membulat mata Faira mendengar penjelasan berkenaan.
            “Meer dengan Fai... kami jarang bertemu muka, apa lagi kalau mahu berbual bersama. Fai rasa kami hidup bagai orang asing. Dia ke utara, Fai ke selatan. Selama ni, Fai ingat Meer tak sukakan Fai. Rasanya, ada betul apa yang Fai fikir,” balas Faira.
            “Meer pula ingat kamu yang tak suka dia. Iyalah, perkahwinan ni pun dibuat sebab dia. Kamu yang jadi mangsa, perkahwinan bukan perkara main-main. Ada sebab kenapa Meer setuju memilih kamu, dan ada sebab kenapa kamu dipilih oleh bonda.” Bonda Dahlia meleraikan pelukan di tubuh Faira. Wajah keliru Faira itu membuatkan hati Bonda Dahlia tercuit seketika.
            “Hubungan kamu tak akan sempurna kalau dua-dua saling membisu. Tiada komunikasi,” pesan Bonda Dahlia. Farlia terkebil-kebil seketika. Pipi merahnya diusap perlahan oleh bonda Dahlia.
            “Berbaiklah dengan Meer. Dia memang begitu tapi hati dia baik, bonda tahu. Bonda cukup faham dengan dia.” Bonda Dahlia menguntum senyuman. Faira masih memikirkan kata-kata bonda Dahlia tadi, dia sendiri tidak tahu kenapa Syed Dameer tidak pernah berterus-terang dengannya selama ini.
            “Fai akan cuba.” Farlia balas dengan senyuman nipis. Bonda Dahlia bangkit dari dudukan. Faira bangkit dari dudukan kebetulan Syarifah Darwini muncul di laluan ke ruang tamu. Syarifah Darwini, sepupu suaminya. Dia pernah diserang oleh gadis ini dahulu tetapi Faira langsung tidak menyimpan dendam. Semua yang terjadi dahulu, hanyalah salah faham baginya.
            “Fai buat apa di sini? Abang Meer mana?” soal Syarifah Darwini. Bonda Dahlia melangkah perlahan ke arah Syarifah Darwini.
            “Melawat bonda.” Faira memimpin tangan Bonda Dahlia untuk melangkah.
            “Abang Meer?” soal Syarifah Darwini lagi. Bonda Dahlia mula merenung tajam ke arah cucunya yang seorang ini. Faira mengetap bibir, bukan dia tidak tahu Syarifah Darwini pernah menyimpan perasaan kepada suaminya dahulu.
            “Ala bonda ni... Wini tanya mengenai Abang Meer je. Bukan ada apapun,” bentak gadis yang berumur 20 tahun ini. Masih muda tetapi penampilannya melangkau umur sebenar, menggeleng Bonda Dahlia melihat gelagat cucunya ini. Nasib Faira ini bukan jenis yang cemburu buta, kalau tidak makin tegang pula situasi mereka berdua nanti.
            “Fai minta diri dulu bonda. Jumpa lagi Wini,” ucap Faira setelah menyalam tangan Bonda Dahlia. Syarifah Darwini hanya senyum bersahaja, dia mengekori langkah Faira yang berlalu ke ruang hadapan.
            “Kamu jangan mengada-ngada. Lupakan Meer, dia dah berkahwin. Bonda tak nak kamu sengaja buat Faira cemburu,” pesan Bonda Dahlia dengan suara yang tegas sebelum melangkah ke arah tingkat atas.
            “Alah, nak tanya je... itupun salah,” bebel Syarifah Darwini sebelum melangkah ke halaman belakang kediaman berkenaan.

ARDINA menunggu di dalam keretanya, kelibat Faira masih belum muncul lagi. Dia memandang ke arah cermin pandang belakang, matanya kaku seketika apabila melihat kehadiran Syed Dameer di laluan berkenaan. Dia sudah menunggu di jarak yang selamat tetapi anggarannya salah kerana Syed Dameer muncul pula di situ.
            “Matilah aku... mana Fai ni? Janganlah dia keluar lagi. Telefon? Ha... telefon dia,” tangan Ardina meraba ke dalam beg galasnya, mencari telefon Samsung Galaxy S3 miliknya. Nombor Faira didailnya serta merta.
            “Alamak! Macam mana boleh lupa ni... dia tertinggal phone tadi.” Ardina mengetap bibir. Kali ini dia memandang ke arah cermin sisi, jelas kelihatan jarak Syed Dameer begitu dekat dengan keretanya.
            “Harap-harap dia tak cam kereta aku ni,” bisik Ardina. Dia terdiam seketika apabila menyedari Syed Dameer bukan seorang tetapi dengan Syamrul, sahabat sejatinya itu. Lagilah Ardina mengelabah kerana dia pernah terlanggar belakang kereta lelaki berkenaan. Pasti Syamrul masih mengingatinya.
            Faira yang baru sahaja melangkah ke arah pintu pagar masuk terpaksa mengundur beberapa langkah apabila menyedari kehadiran suaminya. Dia cuba mencari akal tetapi fikirannya buntu, pasti kali ini dia akan disoal oleh Syed Dameer. Syed Dameer yang mula menjengah ke pagar masuk, tergamam melihat kehadiran Faira di situ. Syamrul yang mengekori Syed Dameer dari arah belakang turut terhenti langkah.
            “Faira.” Syamrul menegurnya. Faira gugup, sebenarnya dia tidak pasti apa yang sedang difikirkan oleh lelaki yang betul-betul berdiri di hadapannya itu.
            “Aku masuk dululah Meer. Nak jumpa bonda.” Syamrul meninggalkan mereka berdua. Dia tahu situasi sahabatnya itu bagaimana. Berikan mereka ruang, itu yang selalu dia lakukan apabila menyedari bukan mudah Syed Dameer untuk meluahkan apa yang berselirat di mindanya itu.
            “Buat apa ke sini?” soal Syed Dameer. Wajahnya sedikit curiga. Faira tidak tenang berdiri, berusaha sebaik mungkin mencari sebab yang musabab buat Syed Dameer.
            “Fia!” laungan suara Ardina menyelamatkan Faira. Dia lega melihat kehadiran Ardina di situ.
            “Hai Meer!” ucap Ardina sambil menarik lengan Faira, berganjak tubuhnya dari arah hadapan Syed Dameer.
            “Kamu buat apa sini?” kali ini soalan yang sama disoal kepada Ardina pula. Dia mengetap bibir, matanya mencuri pandang Faira yang masih bisu berbicara itu.
            “Temankan isteri kau,” jelas Ardina. Syed Dameer gelak kecil. Faira menelan air liur, kesat terasa di kerongkongnya.
            “Tolong hantar dia pulang nanti.” Syed Dameer berlalu pergi. Ardina menyiku lengan Faira, terjungkit kening dia apabila memandang wajah Ardina.
            “Sharing is caring,” bisik Ardina, bertambah berkerut dahi Faira. Dia mengekori di belakang Ardina.
            “Apa yang sharing? Caring?” soal Faira tidak puas hati. Ardina yang berjalan melulu ke arah keretanya ketawa seketika.
            “Cuba kau kongsi hati dengan dia tu, tak nampak dia ‘jaga’ kau tadi?” balas Ardina sambil menekankan perkataan ‘jaga’ itu. Faira yang sedang membuka pintu penumpang hanya menjungkitkan bahu. Dia masih keliru dengan apa yang cuba disampaikan oleh sahabatnya itu.
            “Apa Dina ni? Fai tak faham.” Faira mengeluh sambil menarik tali pinggang keselamatan.
            “Kau nilah... kenapa susah nak faham ni? Encik suami tu siap suruh aku hantar kau balik. Maknanya dia ambil beratlah tu,” terjuih mulut Ardina seketika. Faira mencebik.
            “Itu lakonan semata-mata,” bisik Faira perlahan.
            “Apa Fai?” soal Ardina yang sedang khusyuk memandu.
            “Dian temankan Fai nanti, boleh?” pinta Faira.
            “Teman apa?” soal Ardina tidak faham.
            “Ada perkara lagi yang Fai nak kongsi.” Ardina cukup faham dengan Faira. Dahulu ayat yang sama Faira luahkan, pasti ada perkara yang telah menganggu fikiran sahabatnya tadi.
            Syed Dameer melangkah masuk ke dalam ruang tamu. Dari jauh dia sudah nampak kelibat sepupunya itu, Syarifah Darwini. Dia mengalihkan pandangan ke arah Syamrul yang sedang rancak berbual dengan Bonda Dahlia. Pintu gelangsar ditolaknya perlahan, kehadirannya disedari oleh Syarifah Darwini. Tersenyum lebar sepupunya itu.
            “Tadi isteri datang, dah balik pun. Sekarang Abang Meer pula, haluan lain-lain ke?’ soal Syarifah Darwini yang sedikit mencetuskan perasaan tidak puas hati Syed Dameer. Dia menutup kembali pintu gelangsar berkenaan, tergamam Syarifah Darwini tetapi dia lebih suka melihat wajah cemberut Syed Dameer itu. Jika jodoh mereka tidak panjang nanti, dia yakin Syed Dameer akan pilih dia.
            Syed Dameer melangkah ke arah sofa ruang tamu, dia memandang Syamrul seketika. Pandangan matanya itu cukup difahami Syamrul. Dia memohon diri terlebih dahulu, sempat Syed Dameer berbisik kepada sahabatnya itu.
            “Kau tolong layan sepupu aku tu. Jangan bagi dia masuk lagi,” arah Syed Dameer. Bonda Dahlia membetulkan lipatan lengan jubahnya itu. Syamrul mengangguk faham.
            “Bonda sihat?” Syed Dameer merapatkan tubuhnya ke arah Bonda Dahlia.
            “Alhamdulillah, lebih-lebih lagi kamu berdua datang ke sini.” Bonda Dahlia tersenyum lebar.
            “Meer dengan Syam?” soal Syed Dameer.
            “Meer dengan Fai,” balas bonda Dahlia. Syed Dameer membetulkan kedudukannya, apabila Bonda Dahlia menyebut nama Faira tadi dia jadi tidak selesa.
            “Bonda beritahu rahsia Meer pada dia?” soal Syed Dameer. Bonda Dahlia gelak kecil.
            “Rahsia kamu, bonda tak pernah beritahu sesiapa. Walaupun papa dan mama kamu, bonda akan tetap berahsia,” ujar Bonda Dahlia padahal dia sudah memberitahu Faira tentang Syed Dameer tadi.
            “Erm... apa yang Fai buat kat sini tadi?” soal Syed Dameer. Bonda Dahlia merenung lama wajah cucunya itu, nampak kesungguhan dia mahu tahu mengenai kedatangan Faira tadi.
            “Kamu tanya dia sendiri,” balas Bonda Dahlia. Syed Dameer terkedu seketika. Boleh pula neneknya meminta dia bertanya kepada Faira. Hendak menatap mata sekalipun susah, ini pula hendak bertanya hal sebegini.
            Syarifah Darwini melangkah masuk ke ruang tamu, dia masih tersenyum mesra ke arah Syed Dameer. Syamrul yang berdiri di belakang gadis itu terus menjungkitkan kening ke arah Syed Dameer.
            “Dah settle. Jom Syam, kita balik!” arah Syed Dameer sambil bangun, cemberut wajah Syarifah Darwini apabila senyumannya itu langsung tidak menangkap perhatian sepupunya. Bonda Dahlia yang berdiri di sebelah cucunya itu hanya menggeleng.

ENCIK FAYED MY MAN KARYA DILLA AHMAD

BAB 3




"Sayang,buatkan saya kopi.."Kata Encik Fayed,ketika melintas di hadapan mejaku pagi tadi.Bukan setakat pagi tadi saja,malah sepanjang hari itu dia asyik bersayang-sayang dengan aku saja sampai aku pun naik malu dengan Kak Nurul.Kak Nurul dah pandang aku semacam saja sambil angkat kening  kat aku.Aku pun hanya senyum hambar dan tunjuk lambang 'peace' aje kat dia.


"Kenapa dia panggil kau sayang,ya Nur?"Tanya Kak Julia,macam pelik.Aku tak cakap apa-apa.Takut nanti dorang cakap aku ni perasan dan ada perasaan dengan bos!

"Bos nak bergurau aje tu,Kak Ju.."Balasku,bersahaja.


"Sayang,where's y coffee?"Tanya Encik Fayed,yang kini sudah berdiri di depan bilik dia sambil bercekak pinggang dan pandang tepat kat aku.Cepat-cepat aku bangun dan terus melangkah ke pantri.

Haila,bos aku ni biar betul..Dia memang sengaja nak kenakan aku.Tulah,aku dengan mulut aku yang tak tahu malu ni.Sekarang dia dah buat 'bahan' nak kenakan aku saja.Aku menghela nafas panjang.Tapi takkan dia senang-senang nak bersetuju dengan permintaan bodoh aku tukan?

"Dah,jangan nak buat muka berkerut macam tu.."Tiba-tiba satu suara garau menegur aku dari belakang.Aku toleh.Encik Fayed masuk dan menarik salah satu kerusi di dalam pantri itu lalu melabuhkan punggungnya.Matanya tunak memandangku.

"So,what do you think?Okay tak saya pegang watak teman lelaki awak?"Tanya Encik Fayed.Aku cuma bagi jelingan saja.Aku kacau kopi untuk dia dan kemudian bawa mug itu dan letak di hadapan dia.

"Encik memang sengaja,kan?"Tanyaku,sambil menyilang tangan ke dada dan pandang dia dengan muka serius.Dia cuma senyum saja.

"Sengaja apanya?Kitakan couple..Mestilah kena bersayang dengan awak.."Dia senyum lagi sambil menyisip kopinya perlahan."Beside,you single and I single..should be no problem,kan?"

"Sayang,kurang manislah.Pahit.Tambah gula sikit lagi,please..."Tambah Encik Fayed lagi.Mengada betul bos aku ni.Tapi aku buat juga.Aku ambil semula mug dia,pergi ke kabinet dan tambah sesudu kecil lagi gula,kacau dan letak balik depan dia.Dia ucap terima kasih kat aku.

"Saya main-main aje masa cakap ajak couple tu.Saya cuma nak duga hati encik yang kering tu.Kalau cik Liyana yang cun tu.."

"Cun ke minah tu?"Potong Encik Fayed,mendatar.

"Cunlah.Daripada saya yang comot ni..."Balasku,sedar diri.Dia sengih."Kalau Cik Liyana yang cun tu pun tak boleh nak pikat hati encik,apalagi orang macam saya yang tak punya apa-apa ni.."Sambungku lagi.Buat beberapa ketika mata coklat Encik Fayed merenungi aku,tak berkelip.Entah apa yang dia fikirkan tentang aku pun,aku tak tahu.Aku mula rasa tak selesa bila mata itu semakin redup dan aku pula rasa macam lemah dah nak berdiri.


"There you are,Fayed Arya.I was looking for you!"Satu suara memecahkan keheningan tadi.Kami serentak memandang ke pintu dan wajah Encik Arie Aryan,abang Encik Fayed,sedang memandang kami.Dan,yang membuatkan aku terkejut wajah Cik Liyana juga muncul bersama dia.Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?

"Let me introduce you..this is Liyana.My wife's cousin."Kata Encik Arie,kedengaran gembira sambil menoleh pada Cik Liyana di sebelahnya.Aku dan Encik Fayed berpandangan.

"I know her.."Kata Encik Fayed,bersahaja."Kami dah berjumpa beberapa kali pasal projek mega tu.But I didn't know she had a relation with Kak Dina."Sambung Encik Fayed lagi dengan muka serius.

"Yes,abang Arie.Kami dah pernah berjumpa sebelum ni."Balas Cik Liyana,tersenyum pada Encik Fayed.Tapi tiada balasan dari pihak bos aku tu.Kemudian mata dia memandangku dan dahi berkerut sedikit.Baik aku belah dari sini sebelum apa-apa yang tak diingini terjadi.

"Bos,saya keluar dulu."Kataku pada Encik Fayed,perlahan.Aku tunduk dan melangkah hendak keluar dari pantri itu bila lenganku di tarik perlahan.

"You,yang ikut Fayed hari tu,kan?"Tanya Cik Liyana,merenung tajam padaku.Aku pandang Encik Fayed.Kemudian pada Cik Liyana dan mengangguk.Dia kemudian tersenyum sinis.Mata Encik Arie sudah pandang aku tak berkelip.Memang abang Encik Fayed ni terkenal dengan garang dia.Aku pun naik kecut bila dia renung tajam aku macam tu.

"Ya.Dia yang follow I hari tu.Kenapa?Ada masalah dengan you ke?"Tanya Encik Fayed,selamba dan tajam merenung wajah Cik Liyana.Encik Arie pula aku lihat sudah nampak kebingungan.


"Wait a second.I don't understand.Cik Nur,kenapa awak ikut Fayed?Awak dah jadi PA dia ke?Mana Puan Nurul,PA you,Fayed?"Tanya Encik Arie.


"Dia EL hari tu.Pergi check up and not feeling well.Diakan pregnant.So,I ajak Cik Nur ikut I to accompany me,Salah ke?"Tanya Encik Fayed,seakan bengang.Cik Liyana tunduk.Aku yang tercegat kat situ tak tahu nak tunggu atau pergi.Encik Arie dah pandang aku semacam.


"Err..kalau tak ada apa-apa,saya pergi dulu.."

"By the way,Cik Nur...Congratulations,sebab bakal menjadi isteri Encik Fayed!"Kata Cik Liyana,bagai sengaja berkata begitu di hadapan Encik Arie.Aku dan Encik Arie sudah terkejut.Tapi Encik Fayed pula nampak relaks saja sambil minum kopi dia.


"What!!"Suara Encik Arie sudah bergema di setiap ruang pantri itu.Aku pula cepat-cepat melangkah pergi.Tak nak aku tunggu lama kat situ.Encik Fayed,encik pandai-pandailah uruskan masalah tu.Saya belah dulu.Kakiku terus aku bawa ke tandas wanita.Habis...habislah aku kali ini...




Tuesday, 24 February 2015

BAB 2 - ENCIK FAYED MY MAN KARYA DILLA AHMAD



Aku tenung langit gelap di atas sana. Tiada bintang pulak malam ini. Mata pandang pada orang sekeliling. Ramai pulak mamat-mamat lepak kat depan 7-Eleven ni. Tak kisahlah, asal jangan kacau aku sudah! Aku cuba sebenarnya tidak mahu mengingatkan apa yang terjadi di ofis hari ini.
Puas sudah hati aku cuba mengatakan yang Encik fayed itu hanya bergurau dan cuma nak mengelakkan dirinya dari Cik Liyana, minah koperat itu. Tapi macam semakin kuat pulak hati aku macam nak melencong keterujaan. Ya, aku memang suka dia. Setakat itu saja.
Big Gulp yang aku beli di 7-eleven tadi aku sedut sampai habis, kemudian aku campak cawan kertas itu ke dalam tong sampah. Lebih baik aku balik sekarang sebelum abah yang bekerja sebagai pemandu teksi balik rumah. Enjin motor aku hidupkan. Aku panjat motor dan mula nak bergerak bila sebuah motor Kawasaki Ninja hijau berhenti betul-betul di sebelahku, mengejutkan aku.nasib baik aku sempat brek. Kalau tidak,memang kemek motor kapcai aku. Huh!
Penunggang motor besar itu pandang aku buat beberapa ketika. Apa? Nak marah aku ke? Apa salah aku? Aku sudah pandang dia semacam. Terus helmet dia yang bertutup wajah itu di tanggalkan dari kepala. Rahang aku hampir jatuh bila melihat dia. Erk! Encik Fayed Arya? Naik motor berkuasa tinggi? Apa dia buat malam-malam kat sini? Dia yang pandang aku macam tak puas hati itu turun dari motornya.
“Kenapa awak macam mengelakkan diri dari saya, Cik Nur? Saya ada buat salah kat awak ke?” tanya Encik Fayed, memegang handle motor aku.
“Mana ada saya mengelak, Encik Fayed… saya biasa aje. Lagi pun sejak bila pulak encik rasa apa yang saya buat itu penting? Apa saya rasa, apa yang saya buat tak ada kena-mengena dengan encik. Encik jangan bimbang ya.” kataku, nak mengelak.
“Dah malam ni. Nampak macam nak hujan aje. Baik encik balik saja. Nanti apa-apa susah…” kataku lagi.
“Are you worry about me, Cik Nur?” tanya Encik Fayed pula, sudah senyum senget.
“Huh?” Aku pula buat muka pelik tengok dia. Aku cakap lain, dia cakap lain. Aku pun tak faham. Dan kemudian, setitis air dari langit jatuh terkena hidung aku dan muka dia. Serentak kami mendongak ke langit dan… serta semerta saja tanpa dapat di tahan hujan turun dengan lebatnya.
Kami cepat-cepat menolak motor masing-masing ke tempat teduh. Nak kata tempat teduh pun tak jugak. Kami cuma meletakkannya di tepi kedai dan berlari anak menumpang teduh di kaki lima kedai 7-Eleven itu. Sesekali angin dengan hujan bertiup kuat, menyejukkan suasana malam itu. Aku pandang kosong pada kereta yang bergerak perlahan di dalam hujan lebat itu. Sneakers aku sudah terasa lembab di kaki.
Encik Fayed hanya memeluk tubuh sambil bersandar ke dinding dan memandang ke langit, memerhatikan hujan. Rambut aku dan rambut dia sudah basah. Separuh baju aku juga basah. Harap-harap cepatlah hujan berhenti. Aku memerhatikan air dari lopak-lopak yang terbentuk.
“Kalau awak marah saya sebab saya cakap yang awak tu bakal isteri saya depan Ci Liyana tu, saya minta maaf. Tapi memang saya sengaja cakap macam tu depan dia. Saya tak mahu dia ada rasa apa-apa terhadap saya. Saya tahu dia ada hati dekat saya. Tapi,jawapannya NO. Saya tak boleh terima dia. Hati saya yang tak boleh nak terima dia…”
Aku diam mendengar luahan rasa hati dia. Salah dia ke kalau Cik Liyana sukakan dia? Salah dia ke kalau ada perempuan yang sukakan dia? Aku pandang dia yang sedang meraup muka dan rambutnya yang basah. Rambut basah pun masih nampak kacak. Aku hela nafas. Susah hati aku macam ni.
“Kalau ada gadis lain yang suka dekat encik, apa encik nak buat? Encik terima dia tak?” tanyaku, cuba duga hati dia. Manalah tahu ada peluang aku, kan? Huh!
Dia menoleh dan pandang aku beberapa detik. Kemudian memandang hujan semula. Diam dia menandakan hati dia tidak mahu menerima sesiapa lagi kot. Muka dia nampak kosong saja. Tak dapat nak aku baca apa yang ada di fikirannya kini.
“Jom kita couple!” Mulutku tiba-tiba bersuara, sebelum otak aku kata jangan.
Encik Fayed pantas menoleh dan pandang aku. Matanya tidak berkelip.
“Daripada kita jadi couple, baik saya pinang awak terus! Dah sure awak tu saya yang punya nanti!” kata Encik Fayed pula, tersenyum lebar padaku sambil angkat-angkat kening.
“Huh? Betul ke?” Aku sudah teruja. Terus dia ketuk dahi aku dengan jari telunjuknya. Dia bergurau ajelah tu. Aku sudah mencebik sambil gosok dahi.
“Nampak macam hujan dah reda sikit ni. Jom balik!” ajaknya, seraya sudah melangkah ke tempat motor kami. Tapi bila dia tengok aku masih tidak bergerak, dia menghampiriku semula.
“Kenapa?” tanya dia.
“Encik Fayed baliklah dulu. Saya masih nak tunggu lagi kat sini. Sekejap lagi saya baliklah.” kataku sambil memandang hujan yang mula agak reda sedikit. Tapi kalau aku balik, memang kuyuplah.
“Jangan nak mengada ya, Cik Nur. Awak tu perempuan. Sorang pulak tu. Kalau jadi apa-apa macam mana? Siapa yang susah? Saya jugak sebab nak kena jadi saksi di tempat kejadian pulak. Dah, jom balik.” Dia terus tarik lengan aku menuju ke motor kami. Helmet aku di hulurkan, suruh aku sarung cepat. Aku menyambutnya tapi tak sarung lagi ke kepala.
“Encik…”
“Okay, kita couple. Mulai sekarang awak awek saya. Saya akan jaga awak baik-baik. Sampai awak akan suka dengan saya. Jangan marah saya pulak nanti kalau saya sibuk nak kongkong awak nanti.” katanya lagi, tersenyum lebar macam suka sangat dapat kenakan aku.
“Encik Fayed, saya…”
Dia terus ambil helmet aku dan menyarungkan ke kepalaku. Kedudukan kami sangat dekat.
“Since you are my girl friend,I will treat you right. Jangan bantah cakap saya. Hujan dah berhenti dah ni. Tak payah nak tunggu. Suka ke kalau kena ngurat dengan mamat-mamat tu?” tanya Encik Fayed, perlahan sambil menjeling ke arah sekumpulan lelaki yang duduk lepak tepi kedai 7-Eleven itu sambil memetik gitar.
Wah, belum apa-apa bos aku ni dah menunjukkan kejelousannya? Erk, ada ke ayat macam tu? Tapi kenapa hati aku suka sangat ni?

Wednesday, 18 February 2015

TAKDIR CINTA KITA KARYA SHAQIR IMAN

TEASER

Shaqir Iman

“Kenapa awak renung saya macam tu, Taqif? Ada apa-apa yang tak kena ke pada diri saya?” soal Wanda.
Taqif menggelengkan kepalanya. “Tak ada apa-apa. Saja saya nak menikmati kecantikan wajah awak. Salah ke?”
“Salah tu tidaklah. Tapi, jangan tenung sampai macam tu sekali. Awak buat saya sesak dada aja tau dengan renungan mata awak tu.”
“Kalau macam tu, mari sini...” Taqif sudah meminta agar Wanda mendekatkan dirinya.
“Nak buat apa pula ni?” tanya Wanda. Dahinya sudah berkerut. Pelik dengan permintaan Taqif tadi.
“Awak kata sesak nafas tadi. Jadi, saya nak tolong awak dengan memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Cepatlah ke sini...” balas Taqif selamba. Kemudian, senyuman menggoda diukirkan di bibir merahnya.

MIMPI KITA SAMA KARYA WAWA AKIL

BAB 7

Wawa Akil





Kakinya diatur. Pintu kaca bilik mesyuarat. Dia dapat melihat susut tubuh lelaki dari arah belakang. Mmm.. siapa dia erk? Di situ dia melihat paksunya turut serta. Hish, bukan tadi kata ada lunch dengan Datuk Salim ke?
Apabila Imran menyedari kehadiran Airis, cepat saja dilambai kepadanya. Tetapi, dia pula asyik memerhati sekeliling mencari lelaki yang  dikatakan sedang menunggunya di bilik mesyuarat tetapi kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan.
Yang ada cuma lelaki yang sedang bersembang dengan Imran. Pelik juga dia, takkan dia mahu berjumpa lelaki yang sama? Dia mahu berpatah balik tetapi suara Imran membuatkan langkahnya terhenti.
“Airis, please joint us,” panggil Imran. Mahu tidak mahu Airis terpaksa juga menghampiri Imran. Dia agak tergamam apabila menyedari siapa lelaki yang bersembang dengan bapa saudaranya itu.
           Adakah Khaled Zidan yang dikatakan Baizura tadi?
             “Encik Zidan kata dia ada temujanji dengan you. Pasal kes saman tu ke?” soal Imran. Dia pandang wajah Khaled Zidan dan berselang seli dengan wajah Airis.
             “Err.. err..” Airis sudah tergagap-gagap. Dia member jelingan maut kepada lelaki itu.
             “A’ah Encik Imran. Kebetulan saya lalu di sini tadi jadi saya fikir why not saya singgah untuk berbincang dengan Cik Airis kita ni. Sebab tu saya tak bawa lawyer hari ini,” katanya. Matanya tidak lepas memandang gadis itu.
               Airis mencebek. Pandailah tu, kebetulan lalu di sini entah-entah memang lelaki itu sengaja datang ke Harian Kota.
               “Kalau macam tu, kau orang berbincanglah. Saya ada lunch dengan Datuk Salim kejap lagi. Airis... suruh Suhana hidangkan minuman untuk tetamu kita ni,” katanya. Dia bangun  bersalam dan berpeluk mesra.
               Sempat lagi dia melihat bapa saudaranya berbisik sesuatu kepada Khaled Zidan. Belakang lelaki itu ditepuk beberapa kali. Aik pak su mahu sebotaj dirinya ke? Dia pandang Imran dengan pandangan geram tetapi bapa saudaranya itu langsung tidak memandangnya.
               Mesra semacam saja, sempat berpeluk-peluk lagi.  Pak su kenal ke dengan Khaled Zidan? Dia mengekori Imran keluar. Imran bergerak ke pintu utama dan dia pula  menuju ke pentry mencari Suhana atau panggilan mesranya Kak Su.
               Dari jauh dia melihat Khaled Zidan termenung. Pintu bilik meeting dibuka.
               “Dah tak reti nak bersabar ke?” perlinya tanpa memberi peluang Khaled Zidan bersuara terlebih dahulu. Wajah lelaki itu tidak dipandang. Sakit hati punya pasal.
Tempat duduk lelaki itu didekatinya.
               “I dah cakap kan nanti I call you. Ni apa… belum pun setengah hari dah bertenggek di office orang. You ni kan.. memang tak puas hati lagi nak ganggu I kan,”
               “Duduk dulu,” Khaled Zidan tarik kerusi yang bersebelahan dengannya. Mak aiii lembutnya suara. Langsung tidak marah dengan apa yang dia katakan sebentar tadi. Hish, ini  sesuatu yang pelik.
               Selama beberapa minggu dia mengenali Khaled Zidan, inilah kali pertama lelaki itu bercakap dengannya dengan nada lemah lembut. Tiada sinis dan tiada juga kata perli daripada lelaki itu.
               Makin dia pelik apabila melihat  senyuman dibibir Khaled Zidan. Dia pandang wajah lelaki itu. Dia pejam matanya dan berharap apabila mata dibuka Khaled Zidan kembali kepada perwatakan asalnya.
               Jangan mudah percaya Airis.. itu senyuman palsu tu. Tentu dia ada agenda tersembunyi. Desisnya. 
               Dia celik matanya. Err.. tetap tersenyum. Tak boleh jadi ni. Makin melebar senyuman adalah. Dia tenung lagi. Kot-kotlah ada kesinisan di situ. Tetapi tetap sama. Dia cubit pipinya. Sakit! Maknanya dia tidak bermimpi sekarang ni.
               “Kalau tak percaya pun janganlah cubit pipi sendiri. Kan dah sakit,” Khaled Zidan bersuara. Geli hati dia melihat telatah Airis yang gelabah.
               Serba tidak kena gadis itu. Baru dia tahu sekarang tak adalah garang mana, kalau kena caranya pasti tunduk mengalah juga.
               “Err.. you buat apa kat sini?” lagi sekali dia bertanya. Kali ini nadanya juga agak lembut. Sama lembut dengan nada suara Khaled Zidan.
               “Saja I nak datang. Tak boleh?” soalnya.
               Airis diam. Mengada-ngada nak datang sini buat apa. Kau tu boss kat office kau tapi aku ni kuli di office ayah aku, desisnya.
               “Bukan tak boleh. Tapi I tak rasa ada masa nak melayan you sekarang. Apa kata you balik dulu. Senang-senang nanti kita bersembang,” wah bijaknya dia berkata-kata.
Airis kau nak mampus agaknya, cuba kau tengok wajah Khaled Zidan sekarang. 
               Kot-kotlah tiba-tiba angin sepoi-sepoi bahasa tadi sudah bertukar kepada taufan hayyan pula.Cepat saja matanya beralih kearah lelaki itu. Aik! Masih seperti tadi? Senyum saja. Ini memang  ajaib.
               Ya Allah Ya Tuhanku, kau tolonglah hamba-Mu ini. Tak sanggup aku nak menghadapinya.
               “Dah habis mengumpat I?” soalnya. Iphone 5 ditangannya dibelek-belek.
               “Mengumpat? Bila?” soal Airis. Takkan bercakap dalam hati pun dia boleh baca? Takkan apa yang berlegar dalam fikirannya pun lelaki itu mampu menekanya.
               “Sekarang ni biar I pula yang bercakap. I takkan ke mari kalau you tepati janji you tu,”
               “Janji? Apa yang I janjikan?” Hish mana dia berjanji apa-apa dengan lelaki itu. Nak mampus ke? Dahlah Khaled Zidan ni moody nanti tak pasal-pasal dia kena bambu kalau mungkir janji.
               “Mana phone you? Janji dengan I nak on handphone kan?”
               Oooo. Kes tak buka telefonlah ni hingga sanggup mencemar duli datang ke officenya. Desisnya. Sekilas wajah Khaled Zidan dipandangnya. Tenang saja, cuma nada suaranya saja yang sedikit berubah.
               Dia pun lupa tentang handphonenya itu. Selepas bercakap dengan lelaki itu pagi tadi dia larut dengan kerja-kerjanya dan selepas itu ke pentry dan berbual dengan bapa saudaranya. Langsung dia tidak teringat untuk mengambil handphonenya di dalam kereta. 
               “Sorry… saya tak sempat nak ambil handphone,”
               “Alasan…” balas Khaled Zidan. Mukanya sudah masam-masam kelat.
               “Apa pulak alasannya. Memang I terlupa, nak buat macamana kan. Kita ni manusia kalau terlupa tu adatlah. Yang perfect hanya Allah,”  hish bangganya hati dia kerana berani berlawan cakap dengan Khaled Zidan hari ini.
                 Khaled Zidan mengetap giginya. Geramlah  sebab tidak boleh nak berlawan cakap dengan Airis. Janjinya sebelum tiba di Harian Kota tadi dia mahu membeli jiwa Airis. Mahu cakap yang romantik-romantik, lemah lembut sebab kata Anita dia macam singa sikit-sikit mahu dibahamnya.
               Tapi sudahnya, gadis itu yang menyerangnya bertubi-tubi. Tak sempat nak menangkisnya. Tapi pelik pulak dia sebab Airis banyak cakap hari ini. Ada saja jawapan yang diberinya.
               “Yang I call tak berangkat-angkat tu apa hal. Handphone tu jangan buat perhiasan saja. Kalau tak nak bagi orang call buang saja dalam sungai,” aik ini sudah lebih.
               Airis pandang wajah Khaled Zidan. Hish dia ni… kalau tak sabar ada juga yang makan kasut tumit tinggi dia  hari ini.
               “You ni kenapa?” datang office lepas tu suka-suka nak menyakitkan hati orang. Kalau tak menyakitkan hati orang tak boleh ke?” soal Airis.
               “Orang suruh angkat tu angkatlah. Susah sangat ke nak pergi ke kereta ambil telefon tu?”  Airis mendengus. Telefon je pun. Tu pun nak marah-marah.  Mmm.. suara Khaled Zidan sudah sedikit tinggi suaranya tetapi masih dalam nada terkawal.
               “I kat pantry. Tak sangka pulak you nak call,” Jawapan ini cukup membuatkan Khaled Zidan melenting. Gedik pula Airis mahu menjawabnya.  Wajah itu sudah berubah. Alahai…kenapalah putih sangat wajah tu, marah sikit terus bertukar warna.
               “Tak sangka? Dari pagi tadi, I cakap dengan you..handphone tu jangan letak dalam dashboard  kereta. Hish.. you ni kan…” dia sudah tidak terkata. Hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali.
               Mungkin tidak menyangka akan kalah dengan Airis hari ini atau mungkin juga tidak menyangka dia mampu bersikap tenang walaupun diprovok berkali-kali oleh gadis itu.
               “Sekarang ni I nak bincangkan pasal saman I tu. You dah bersedia nak naik mahkamah?” soalnya. Belum habis bercakap lanjut kedengaran iPhone 5 miliknya berdering kuat.
               “Yup baby… I kat luar ni. Nanti I call you back. Ya..ya…I ingat. Takkan I nak lupakan you pula. dinner kita jadi malam ni. Jangan risau, you tunggu I kat rumah nanti I datang ambil you,” balasnya.
               “Bye baby.. muah…muah…” dia mengucup iPhone 5 miliknya.
               Sengaja dia bercakap sedikit kuat supaya Airis dapat mendengarnya. Mahu melihat reaksi gadis itu.Yes! Khaled Zidan hampir melompat kegembiraan.  Mmm.. setakat ini wajah itu nampak sedikit berubah. Bibir dicebik, tanda meluat.
               Cukuplah tu! Buat permulaan ini. Lama kelamaan makin nampaklah cemburu gadis itu, desisnya.
               “Sorry sebab ada gangguan sikit tadi. Okey sekarang ni kita boleh berbincang,” Khaled Zidan merenung Airis.
               “Mmm..” Airis tak tahu nak cakap apa lagi. Jari jemarinya dipatahkan satu persatu. Dia lepaskan pandangan keluar bilik mesyuarat. Nasib baik bilik kaca, bolehlah dia melihat rakan-rakannya di luar sana.
               Lama Airis menanti butir bicara daripada Khaled Zidan. Tiada tanda-tanda lelaki itu mahu membuka mulut. Seminit…dua minit... cukup tiga minit dia tidak sanggup lagi untuk terus berlama di situ.
               “I nak keluar kalau you tak ada apa-apa nak cakap,” dia bangun. Malas mahu melayan Khaled Zidan yang luar biasa kepelikannya hari ini. Belum sempat dia melangkah, lelaki itu mencapai tangannya.
               “Duduk,” arahnya. Wajahnya sudah berubah menjadi serius. Aik tiba-tiba saja bertukar watak, apa kes ni? Tudung bawal yang dipakainya di
               Mahu tak mahu Airis terpaksa duduk kembali.
               “Sudah fikirkan apa yang I cakap  minggu lepas?” soalnya. Sumpah! Memang serius gila muka mamat poyo ni. Kalau salah cakap ni sah-sah kena gantung ni.
               Airis angguk.
               “Good.. So?”
               “Apa yang so? Tak faham,” jawabnya balik.
               “Apa keputusan you? Pasal syarat I berikan tu?” Khaled Zidan bertanya.
               Kedengaran keluhan dilepaskan. Susah! Memang susah untuk Airis membuat keputusan.
               Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Airis pandang wajah Khaled Zidan, manalah tahu dengan membuat muka sayu, lelaki itu akan melupakan syarat yang diberikan.
               “Setuju dengan syarat I?” tak sabar rupanya mamat ni. Airis sengaja tidak terus menjawabnya.
               “Kalau I kata tak setuju?” Airis bermain psikologi.
               “Tamat perbincangan kita. I akan teruskan saman malu ni. You tunggu surat mahkamah nanti,” Khaled Zidan bangun. Mahu keluar dari bilik mesyuarat. Sempat lagi dia lemparkan senyuman.
               Tetapi dia yakin 99.9 peratus  sebelum dia melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu Airis akan berubah fikiran. Dia tahu itu. Dua minggu dia bermain tarik tali dengan gadis itu.
               “You…” kan dia sudah kata tadi. Dia tidak jadi membuka pintu kaca bilik itu. Dia berpaling kearah Airis.
               “Yup.. boleh I bantu?” dia kembali duduk disebelah Airis. Dia sudah mampu melemparkan senyuman.
               “I setuju. Tapi boleh tak kurangkan tempohnya. Tiga bulan lama sangat. Kalau sebulan macamana? I pun ada kehidupan I sendiri. Macam you juga. Kalau tiga bulan meranalah cik Natasya you tu,” Airis mencuba  nasib.
               “No… tiada kompromi mengenai benda ni. Natasya tiada dalam agenda perjanjian kita ni. Dia tetap akan menjadi keutamaan I. Lepas tu barulah you,” sekarang ni giliran dia yang menyakitkan hati Airis.
               Airis mencebek. Sudah ada kekasih masih mahu berfoya-foya dengan perempuan lain. Ni type anak orang-orang kaya. Perempuan dibuat macam tukar baju. Khaled Zidan tersengih. Bukan dia tidak nampak cebekan Airis tu.
               “Syarat I tiga bulan dari sekarang you adalah girl friend I. I adalah boyfriend you. Apa-apa yang you nak lakukan kena minta keizinan I dulu.
               “Tu syarat pertama, syarat kedua pula kena temankan I breakfast, lunch, dinner dan supper setiap hari. Tak boleh miss. Syarat lain akan I tetapkan kemudian,” Mak oiii banyaknya syarat. Hari tu tak ada pula kata nak tambah syarat bagai.
               Airis sudah mengeluh. Gila! Banyak betul syarat yang diberikan. Kalau hari-hari macam ni masak dia dibuatnya.
               “Boleh kurangkan syarat itu?” sekali lagi dia meminta. Susah juga untuk dia menerimanya kerana kerjanya yang tidak tentu ini akan memberi kesulitan yang dihadapinya nanti.
               Dia sudah dapat bayangkan kekalutannya pada waktu tengahari hanya semata-mata mahu berkejar-kejar  untuk lunch bersama Khaled Zidan dan kemudiannya kembali semula ke office.
               “I susah nak berjanji. Kerja I tak menentu. Tak semestinya waktu makan I ketika tengahari mungkin lunch, I pada jam empat atau lima petang,” dia menjelaskannya. Memang pun lately ni dia kerap skip lunch disebabkan terlalu busy.
               Khaled Zidan menggeleng kepalanya.
               Waktu itu Airis sudah merasakan mahu menghantukkan kepalanya didinding. Ya Allah mamat poyo aka mamat perasan bagus ni memang langsung tidak boleh bertolak ansur. Macamanalah Natasya tu boleh tangkap cintan dengan mamat jenis macam ni.
               “Muktamad. No kompromi. Kalau tak bersetuju bersedia untuk berdepan dengan saman malu,” dia sudah tersengih-sengih. Tetapi dalam hatinya lain pula berkata, I nak jaga you, jaga makan minum you. Sekurang-kurangnya bila I buat syarat macam tu, you tak kan skip makan lagi.
               Wajah Airis keruh. Susahnya berurusan dengan lelaki yang langsung tidak memahami. Degil. Keras hati. Keras kepala. Hanya dia saja yang betul.
               Lama Khaled Zidan menanti jawapan Airis. Kalau tadi dia hanya yakin 99.99 peratus Airis akan bersetuju tetapi sekarang dia yakin 100 peratus gadis itu tidak boleh mengelak lagi.
               Airis mendengus. Ya Allah sakitnya hati. Melihat lelaki itu tersengih membuatkan hatinya makin sakit.  Dia menjegilkan matanya bila melihat Khaled Zidan tersenyum-senyum. Mamat ni memang tidak makan saman langsung.
               Tadi tu dia ingatkan Khaled Zidan boleh bertolak ansur rupa-rupanya tidak. Lelaki itu langsung tidak berkesan dengan permintaannya.
               “So bermula detik ini, saat ini status you sudah berubah untuk tempoh tiga bulan akan datang. Insyallah kalau diizinkan Allah untuk selamanya,”opss.. mata Airis sudah terbeliak.
               Dia geleng kepala. Untuk selamanya? No no no… lagi laju dia menggeleng. Sekarang pun belum bermula lagi dia sudah sengsara, tiga bulan pun belum tentu dia mampu apatah lagi menjadi girl friend Khaled Zidan untuk selamanya. Tak sanggupppp.
               “Malam ni, bersiap sedia I jemput you untuk dinner… opsss.. sorry I lupa malam ni tak tak dapat sebab I akan dinner bersama Natasya,” tanpa berselindung dia berterus terang.
               “You tak jelous kan?”
               “Dalam mimpi pun belum tentu lagi,” Airis menjawab. Dia sudah bersedia untuk bangun dan berlalu dari situ.
               Khaled Zidan ketawa. Sekarang ni memanglah dalam mimpi nanti-nanti tu tak senang duduk dibuatnya.
               “Pastikan you tarik balik surat saman you tu. Kalau lepas ni I dapat lagi surat tu I kerat you 16 bahagian. Rasanya Mona Fandey dulu tak sampai pun 16 keratan. Tapi dengan I jangan main-main,” dia memberi amaran.
               Dia tidak jadi membuka pintu kaca.
               Khaled Zidan sudah tergelak. Huh kerat 16 tu. Seram dia mendengarnya. Boleh tahan juga provokasi minah ni. Nampak saja lembut tapi rupa-rupanya boleh tahan juga samsengnya.
               “Selagi you patuh dengan syarat I tu.. selagi itulah surat saman I tak sampai ke tangan you. Melainkan you…” dia petik jarinya didepan muka Airis.
               “Melainkan sekiranya you gagal patuhi syarat I tu. Masa tu I akan pastikan Harian Kota disaman kerana memalukan I dengan artikel yang ditulis oleh wartawan mereka. I bukan playboy tetapi you membuat kesimpulan seolah-olah I ni seorang playboy,”
               “Mana ada…” cepat saja Airis menyangkal.
               “I dah terangkan dari awal lagi kan… I tak bermaksud you ni seorang playboy. You yang tak faham lepas tu mahu saman syarikat I pula,” nada suara Airis sudah makin meninggi.
               “Habis tu apa maksud you sebenarnya?” dia ingin tahu. Apa yang membezakan perkataan playboy dengan hidup dikelilingi wanita cantik? Dia pandang Airis yang teragak-agak mahu menjawabnya.
               Akhirnya…
               “I cuma tulis you hidup dikelilingi wanita cantik, itu saja. Tak betul ke?” Lemah saja kata-katanya itu. Khaled Zidan sudah mahu tergelak. Haip, takkan sudah mahu mengalah kot. Time tulis tak fikir perasaan orang.
               “Maksud you tu apa? I nak tahu hidup dikelilingi wanita cantik,”  bukan dia kisah sangat pun perkataan yang ditulis Airis tu. Dia tidak kisah pun. Dia juga tidak sampai mahu menyaman gadis itu. Surat lawyer yang sampai tu sekadar acah-acah saja.
               Nasib baik penumbuk bapa saudara Airis tadi tidak singgah ke mukanya selepas dia berterus tereang.  Imran juga seakan menggalakkan dia untuk mendekati anak saudaranya itu. Katanya jangan sampai anak saudaranya itu jadi gila sudah.
               Melihat green light yang diberikan Imran tadi, dia semakin bersemangat untuk memikat Airis dan jika dengan cara ini mampu mendekatkan gadis itu dengannnya, dia sanggup melakukannya.
               Dia juga sanggup menghadapi risiko sekiranya rancangan yang dibuat ini menemui kegagalan sebelum hati gadis itu benar-benar dapat dipikatnya. Tetapi dia berdoa moga tempoh tiga bulan ini hatinya dan hati Airis dapat bersatu.
               “Err.. maksud I.. err.. you ramai  teman wanita. Keliling pinggang,” kan senang bila sudah mengaku. Ni tidak, asyik berdalih. 
               “Okey I nak gerak dulu. Malam nanti I call. Ingat jangan pandai-pandai nak off atau reject call I tu,” dia memberi ingatan. Cepat saja dia membuka pintu kaca dan melolos keluar dari situ.
               Airis hanya mampu melihat kelibat lelaki itu menghilang di balik tiang. Terasa dia mahu menjerit sekuat-kuat hatinya. Grrrr..grrr Khaled Zidan I hate you so much… hate youuu…

Sunday, 8 February 2015

BAB 1 - ENCIK FAYED MY MAN BY DILLA AHMAD


http://deylahmad.blogspot.com/2015/02/encik-fayed-my-man.html
BAB 1
Dari tempat duduk aku ni,aku sudah nampak dia yang sedang mengatur langkah.Penuh segak dan penuh gaya.Kot hitam yang tersarung di tubuhnya nampak kemas dan terletak elok saja.Apa-apa yang dia pakai pun akan nampak elok di mata aku.Orang kacaklah katakan.Dengan rambut tersisir rapid an senyuman tak lekang di bibir,aku nampak dia mengangguk sedikit pada staf-stafnya,yang mungkin mengucapkan selamat pagi kat dia.Dia,bos aku.Namanya Fayed Arya.Agaknya,anak-anak kacukan ni hensem-hensem dan cantik ya.
Kak Nurul beritahu aku,Encik Fayed itu juga dari hasil kacukan Pakistan dan cina.Kalau dah Pakistan  dan cina,mestilah hidung mancung macam Salman Khan atau Saif Ali Khan,kan?Dan kulit dia memang cerah.Kalah kulit aku yang tak berapa nak cerah ni.
Dia semakin mendekat dan aku bagai tersedar yang aku sudah lama tengah tenung dia.Alamak..alamak..aku jadi kalut.Cepat-cepat suis computer aku tekan dan meja yang dah kemas,aku kemas lagi.Buat-buat sibuk,sehinggalah bau minyak wangi dia menerjah ke hidung aku.
“Selamat pagi,Cik Nur..”Sapa dia,seperti selalu.Mesra dan lembut.Aku rasa,dialah bos paling baik dan paling sopan kat dalam dunia ni!Huh..
“Selamat pagi,Encik Fayed..”Balasku,macam biasa juga.Gugup.
“Tolong buatkan saya kopi,Cik Nur.”Pintanya.Oh,yang ni tak biasa lagi.Tapi aku angguk juga.
“Kak Nurul,my PA tu tak datang lagi nampaknya.Saya pun tak tahu,saya bos atau dia yang bos..”Encik Fayed tersenyum padaku.Aku senyum juga bila mendengar kata-kata dia tu.Hailah,orang segak.Senyum pun nampak cantik.
“Tolong ya,Cik Nur.Saya tak sempat sarapan tadi.”Katanya lagi,masih memandangku.
“Baik,Encik Fayed…err..encik nak biskut ke?Boleh saya sediakan.”Kataku,bermu-
rah hati nak tolong dia.Dia pandang aku buat seketika.Kemudian menggeleng.
“Saya nak kopi saja.”Katanya,kemudian berlalu masuk ke biliknya.Aku pun segera melangkah ke pantry dan capai mug Who’s The Boss milik Encik Fayed.Mug yang aku hadiahkan kat dia sempena ulang tahun kelahiran dia tahun lalu.Tak sangka dia sudi guna mug warna merah putih ni.Memang agak besar sikit dari mug-mug lain.
Aku capai balang gula dan kopi.Yang aku tahu dia tak suka nescafe atau kopi dua-atau tiga dalam satu.Hanya kopi biasa.Yang aku tak pasti.Dia nak kopi pekat atau kopi kurang pekat?Manis atau kurang manis?Ah,buat ajelah Nur.Kalau dia tak suka,dia boleh cakap kat aku nanti.Lepas kacau dan rasa,aku bawa minuman itu ke biliknya.Aku ketuk pintu yang memang sedia terbuka.Dia yang sedang bercakap di telefon,menggamit aku suruh masuk dan menunjukkan meja kopi.Jadi aku melangkah ke ruang tamu yang tersedia sofa dan meja.Aku letakkan minumannya di situ dan nak melangkah ke pintu semula.
“Cik Nur!”Panggil Encik Fayed tiba-tiba.Pantas kepala aku berpaling padanya.
“Tengahari nanti,ikut saya jumpa client kat Putrajaya.Kak Nurul,my PA,tak dapat datang hari ni.Dia beritahu dia ambil EL sebab tak sihat..Jadi,awak gantikan dia ya.”Kata Encik Fayed lagi.Mata coklat dia tepat memandang wajahku.
Buat beberapa ketika,mata aku macam terlupa nak berkelip.Bila aku nampak dia sedang tersenyum kat aku,terus aku tersedar.Aku ikut dia jumpa klien?Biar betul!
“Jangan bimbang,Cik Nur.Just follow me..Yang lain biar saya saja yang lakukan.Boleh ya,Cik Nur..”
“Baik,Encik Fayed..”Ucapku,gugup lagi.Dah bos minta tolong,ikut sajalah,Nur.
“Nanti awak bawa sekali dokumen projek yang saya suruh awak semak semalam.Kita pergi sebelum tengahari.Takut jalan sesak..”Kata Encik Fayed lagi.
“Baik,Encik Fayed.Ada apa-apa lagi,Encik Fayed?”Tanyaku,sebelum keluar.
“Emmm..itu ajelah buat masa sekarang.”Katanya,seraya bangun dan menuju ke meja.Kopi di ambil lalu di bawa ke bibir.Orang segak.Minum pun nampak segak.
Dalam tengahari(terlambat sebab Datuk Jaafar,ayah Encik Fayed,nak jumpa dia),Encik Fayed keluar bilik dan aku sudah bersedia dengan fail projek dan beg tangan comel aku.
“Jom..”Ajaknya.Dia berjalan mendahului aku.Kami tak bercakap banyak.Sampai di bawah ,dia membukakan kereta untuk aku.Terpegun jugak aku beberapa saat.Kemudian dia melangkah ke sebelah pula.
By the way,Cik Nur.Kalau this client tanya siapa awak..biar saya saja yang jawab.Awak diam-diam aje tau…Rasanya,client ni banyak songeh sikit..emm..songeh banyak..Ada saja dia tak suka..ada saja dia nak komplen.Fikir sebab business aje ni..Kalau tak,memang saya malas nak tengok muka dia.Susah nak deal dengan orang perempuan ni..”Rungut Encik Fayed,perlahan.Mata di tumpukan di jalan raya.O,jadi yang kami nak jumpa ni orang perempuan.Kak Nurul ada juga bercerita dengan aku tentang satu client  yang banyak songehnya.Tapi kata Kak Nurul,perempuan itu suka dengan bos kami ni.Ooo..lagi panjang mulut aku berbunyi.Huh,orang kacak siapa tak suka?Cuma orang bodoh aje tak suka.Jadi,aku orang pandailah.Sebab suka bos sendiri?Hu hu..
Kami tiba di hadapan sebuah hotel.Hm,biasalah.Nak jumpa dan bercakap tentang business ni perlukan tempat tenang,kan.Aku ikut Encik Fayed dari belakang dan dia seolah sedang menunggu aku ikut di sebelah dia.Perlahan dia mendekatkan wajah dia ke telingaku.
“Itulah orangnya..”Bisiknya.Aku ikut pandang wajah yang bos aku katakan.Wow,memang cantik  orangnya dan kelihatan sangat anggun.Dengan rambut perang terang dan baju kot singkat dan seluar slack hitam,dia macam minah koperat.Dari rambut sampai ke pakaiannya,aku tenung.Memang cantik.Kalau minah ni suka kat bos aku,aku memang kalah habis.Aku pandang diri sendiri.Jauh.. memang jauh aku di tinggalkan ke belakang.Kira markah 10-5 kot..Akulah yang dapat markah lima tu..
Sorry,lambat sikit..You tahulah jalan kat KL ni..”Kata Encik Fayed,menarikkan kerusi untukku.Aku senyum dan ucap terima kasih kat dia.Memang gentleman bos aku ni.
It’s okay..I thought you come alone..”Kata cik minah koperat itu,sambil jeling aku sekilas.Uik,salah aku ke?Aku pandang Encik Fayed sekilas.
Well,you nak bincang pasal projek tu,kan?”Tanya Encik Fayed terus ke pokok pertemuan itu.Cik minah koperat itu macam senyum paksa dan Encik Fayed terus bertanya itu-ini dan bagaimana nak mencapai konklusinya.Bila aku dengar dan lihat,memang minah ni banyak songeh.Sesekali kedengaran juga nada tak puas hati Encik Fayed.Tapi aku tidak bercakap apa.Hanya mencatit apa-apa isi penting yang pernah Kak Nurul ajar.Akukan pembantu PA Kak Nurul.Jadi jadual kerja atau cara kerja Encik Fayed,aku tahulah serba-sedikit.Dan,yang ini adalah pertama kali aku ikut dia jumpa klien kami.
I dari tadi nak tanya..”Suara Cik Liyana(dengar sebab bos kerap sebut nama minah koperat ni) kedengaran.Aku yang sedang mencatit sesuatu  di buku nota,mengangkat muka sedikit.Mata hijau dia..nampak sangat pakai kanta lekap,sedang memandangku.
You ni PA baru Fayed ke?”Tanya Cik Liyana lagi.Aku baru nak buka mulut bila tangan Encik Fayed terus peluk bahu aku dan tarik aku mendekat ke tubuhnya.Aku jadi keras tiba-tiba.Ya Allah,apa kena dengan bos aku ni?
“Oh,I forgot to tell you..this is Cik Nur Azah Amira,my sayang..”Balas Encik Fayed,tersenyum dan menoleh padaku.Kening aku sudah ternaik dan rahang hampir jatuh bila dengar kata-katanya itu.Bukan mata aku saja tak berkelip pandang dia.Cik Liyana pun sama.Tapi lagi besar dari aku.Aku dah tentulah terkejut dengan aksi spontan tak boleh blah bos aku ni.Tapi yang cik minah koperat over terkejut kenapa pulak?
Your sayang?You mean…”Cik Liyana tak habis bercakap,tapi mata dia dah tajam pandang aku.Apasal pulak.Aku tak ada  kena-mengena dengan otak gila bos aku ni!
Yup,this girl..is my future wife!”Encik Fayed dengan bangganya memperkenalkan aku begitu pada Cik Liyana.Lebar betul senyuman dia tu aku tengok.Macam suka sangat dengan kelentong dia tu nak kenakan Cik Liyana.Bukan aku tak tahu helah dia tu.Sebab kami tahu cik minah koperat ni dah tersangkut hati kat bos kacak-segak kami ni.Mungkin sebab itu Encik Fayed potong jalan dia.Tapi kenapa aku?Kenapa tak Kak Nurul yang putih melepak tu?Gila kau,Nur?Kak Nurul tu kan dah kahwin?Dah sarat pun mengandung!Adoiii…