Friday 2 October 2015

PENGGARI HATI MR EGO KARYA CIC AIDA

BAB 3



                    Datin Zaleha menuruni anak tangga  sambil membetulkan butang baju kurungnya dicantum kemas.  Tiba di tingkat bawah,  wajah pemandu peribadinya sudah kelihatan tersungging dengan senyuman.
“Selamat pagi datin. Jemput minum.” pelawa Pak Sani penuh sopan.
“Selamat pagi. Pak Sani dah makan? Tak nak tambah lagi?” soal Datin Zaleha. Kerusi ditarik lalu duduk sambil melihat makanan yang telah siap di hidang.
Pak Sani yang selesai membasuh tangan, memandang reaksi majikannya sambil mengelap mulutn dengan tisu. Dia bangun.
“Tak pelah datin, terima kasih. Rasanya cukuplah untuk pagi ni. Perut saya ni  bukannya boleh sumbat banyak sangat makanan waktu-waktu macam ni. Silap-silap karang, nak mencari toilet. Datin makanlah, saya nak cuci kereta sekejap.” jawab Pak Sani berseloroh.
Mendengar ayat Pak Sani, Datin Zaleha tersenyum. Faham benar dia dengan sikap lemah lembut dan berbudi bahasa lelaki tua itu. Kebiasaannya Lutfi lebih awal duduk bersarapan di ruang meja makan. Tapi pagi ini, kelibat anaknya tidak kelihatan. Jam dilihat menunjukkan pukul sembilan pagi. Kak Pah yang datang dari arah dapur, tidak pula menjawab. Pinggan kosong diambil lalu menyenduk nasi goreng yang dibawa sebentar tadi.
“Ha Pah, Fi tak turun lagi? Dah lewat nak masuk office ni. Takkan dia buat hal lagi?” soal Datin Zaleha memandang pembantu rumahnya yang baru saja duduk.
“Belum datin.  Nanti saya jenguk dia dekat atas.  Manalah tau entah-entah si Lutfi ni  kesiangan tak bangun  lagi agaknya. Biar saya pergi tengok.” ujar Kak Pah.
Dia bangun. Tapi Baru saja langkah kaki diatur Datin Zaleha terlebih dulu bersuara.
“Eh Pah, tak payah.  Awak makanlah dulu.  Biar saya pergi jenguk dia dekat atas. Jangan-jangan betul cakap awak tu.” tambah  Datin Zaleha pula.
Wanita itu yang masih belum menjamah makanan dalam pinggannya, bangun berlalu mendaki anak tangga. Perasaannya sedikit gusar.
Kak Pah baru saja meneguk kopi dalam cawan, tiba-tiba dikejutkan dengan panggilan Pak Sani.
“Pah.” tegur Pak Sani mencuit bahu secara mengejut.
“Oh pocot mak kau tergolek.” latah Kak Pah spontan.
Dia menoleh pada Pak Sani yang sedang berdiri disebelahnya. Nasib baik kopi dalam cawan tidak disimbah ke muka lelaki itu. Jika tidak merasalah seperti ayam kebasahan.
“Apahal hal ni Pak Sani? Terkejut Pah. Nasib baik tak ada sakit jantung.” rungut Kak Pah sambil mencapai sehelai tisu lalu mengelap sisa air yang tertumpah.
“Maaflah  Pak Sani tak bukan sengaja. Ni, aku nak tanya kamu. Datin ada tanya kamu mana Lutfi pergi?” soal Pak Sani perlahan. Lelaki itu menarik kerusi sebelum duduk.
“Haah, kenapa? Pak Sani tau ke?” jawab Kak Pah seiring dengan pertanyaannya sepatah. Mulutnya mengunyah makanan. Sekilas reaksi Pak Sani di pandang.
“Tidaklah, masa aku keluar nak cuci kereta tadi, baru aku perasan yang kereta Lutfi tak ada dekat luar. Kamu tau mana dia pergi?” tanya lelaki itu lagi.
“Entahlah. Mungkin dia keluar pergi jogging agaknya. Biasakan pagi-pagi macam ni dia selalu pergi jogging. Yang Pak Sani tanya macam orang buat salah ni kenapa? Ada apa-apa yang tak kena?” ujar Kak Pah turut sama mengajukan soalan.
Masing-masing memandang serentak seolah berteka-teki. Kelibat majikannya yang sudah berlalu ke tingkat atas sempat lagi di pandang.
“Fi, dah bangun ke? Cepat siap sayang, nanti terlewat masuk office. Mama tunggu dekata bawah kita sarapan sama-sama.” panggil Datin Zaleha sebaik mengetuk pintu bilik anaknya.
Perasaan bersalah tentang hal semalam mula bertandang tiba-tiba. Namun cuba di kuatkan hati.
“Fi  dengar tak apa mama cakap? Fi dah bangun  atau masih tidur lagi?”
Tidak pula kedengaran sebarang jawapan. Jika waktu begini, pasti Lutfi bergegas siap sehinggakan kadang-kadang tidak sempat untuk bersarapan. Pelik. Datin Zaleha memulas tombol pintu. Perlahan pintu bilik dibuka. Ternyata kelibat anak lelakinya tiada dalam bilik. Hati sayu mengingat kata-katanya  kelmarin.
Mungkin pertengkaran semalam menyebabkan Lutfi membuat keputusan untuk berlalu dari situ. Berkemungkinan juga anaknya mahu  menunjukkan protes terhadap keputusannya semalam. Sempat pula wanita ini berfikir yang tidak-tidak. Semakin berteka-teki Datin Zaleha memikirkan soal anak harapannya itu.
“Datin, ada panggilan untuk datin. Katanya dari pejabat.” beritahu Kak Pah sebaik muncul depan pintu bilik tersebut.
Dia mendekati  lalu menghulurkan telifon pada majikannya. Reaksi sedih wanita itu sedikit kelihatan. Namun Datin Zaleha pantas mengawal supaya tidak diketahui oleh pembantunya.
 “Hello…” Datin Zaleha bersuara.
“Hello datin, maaf saya mengganggu. Saya cuma nak beritahu datin,  borang yang datin minta kelmarin saya dah siap print. Ada apa-apa datin nak tambah?” soal Yati di talian.
“Bagus. Buat masa ni belum ada lagi. Tapi pastikan semuanya tidak lebih dari sepuluh.” Jawab Datin Zaleha ringkas.
“Mm…kalau encik Lutfi tanya, saya nak jawab apa?” sekali lagi pertanyaan dari Yati.
“Itu awak tak perlu risau. Biar saya yang uruskan. Awak buat apa yang saya suruh.” berbunyi tegas arahan dari Datin Zaleha.
Bingkai gambar yang ada di hadapannya di pegang. Wajah Lutfi dalam foto tersebut membuat fikiran wanita itu berfikir sesuatu.
“Kalau macam tu saya akan letak borang ni atas meja encik Lutfi nanti.” beritahu Yati di hujung talian.
“Jangan. Aa..tak maksud saya, letak atas meja dekat bilik saya. Biar saya yang senarai pendek borang tu dulu.” Datin Zaleha pantas menjawab.
“Baik datin.”  ayat akhir Yati di hujung perbualan.
“Morning mama.’ tegur Lutfi dari arah belakang.
Datin Zaleha yang sedikit terkejut pantas menoleh pada suara itu. Dia yang baru saja mematikan talian telifon terlihat anaknya tegak memandang dengan senyuman.
“Morning.”  jawab Datin Zaleha sepatah.
“Mama dah sarapan?” lembut pertanyaan anak lelakinya.
“Belum. Mama ingatkan Fi dah keluar. Jadi terpaksalah mama sarapan sorang-sorang ” berbunyi rajuk jawapan  wanita itu.
Dia tidak memandang reaksi anaknya yang sudah tersenyum. Langkahnya diatur menuju keluar dari bilik.
“Sorry, lupa nak bagitau mama Fi keluar jogging tadi. Lama tak jogging rasa beku otak ni nak berfikir banyak-banyak.”
“Eloklah tu. Sekarang waktu  masuk office. Fi tak call Yati bagitau dia? Jangan nanti macam-macam alasan yang mama dengar. Jangan sampai kerja-kerja dekat office tu tertangguh. Tolong jaga prestasi kerja Fi. Mama tak suka ada anasir lain yang mengganggu.” sinis di penghujung ayat Datin Zaleha mengingatkan anaknya. Namun Lutfi mengagak kata-kata itu sekan menyentuh tentang teman wanitanya Rania.
“Terima kasih ma, sebab ingatkan Fi. Awal pagi lagi Fi dah sms Yati  masuk lewat sikit. Lagipun tak ada meeting hari ni. Mama tak kisah kan?” ujar Lutfi  dengan senyuman. Dia perasan reaksi mamanya seperti acuh tak acuh saja memandang.
“Terpulang pada Fi. Fi dah besar sepatutnya tau buat keputusan sendiri. Mama yakin, lepas ni  Fi boleh buat semuanya walaupun tanpa mama.”
Dahi Lutfi bertemu sebaik mendengar kata-kata itu. Dia perasan, sedari tadi mamanya seperti tidak berminat saja berbual dengannya. Mungkin hal semalam masih lagi membuatkan wanita itu berkeras hati. Lutfi yang tidak mahu perkara itu berpanjangan,cuba memberanikan diri memujuk mamanya kembali. Sebaik langkah wanita diatur, pantas Lutfi menghalang lalu berdiri depan  mamanya.
“Mama, kenapa cakap macam ni? Fi tau mama masih marahkan pasal semalam. Memang Fi mengaku, Fi bukan anak yang baik. Fi selalu buat mama sedih, susah hati, bantah cakap mama, tapi itu tak bermakna Fi tak sayangkan mama. Cuma Fi minta, mama tolong faham perasaan Fi. Fi janji akan ikut dan tak akan bantah cakap mama lagi.” rayu Lutfi memandang sayu wajah mamanya. Tangan kanan Datin Zaleha di gengam.
Hati wanita itu  sudah tersentak mendengar kata-kata anaknya. Tapi tiada sebarang reaksi yang ditunjukkan oleh Datin Zaleha kerana ego membataskan dirinya untuk berlembut hati saat itu. Lutfi bersuara lagi.
“Kalau papa masih ada, mesti dia kecewa tengok Fi buat mama macam ni. Fi minta maaf ma.” ucap Lutfi redup pandangannya.
Tangan mamanya dikucup penuh hormat seakan meraih simpati. Datin Zaleha terasa sebak tiba-tiba. Perasaannya cuba dikawal.
Tidak tergamak rasa dihati membiarkan anaknya berbuat demikian merayu, meminta maaf semata-mata cuba menjaga perasaanya. Tidak, itu bukan sikapnya. Inilah harapannya yang ada di pandangannya. Mustahil dia akan membiarkan Lutfi begitu saja dengan kehidupan tanpa sokongan dan dorongan seorang ibu sepertinya. Amanah harus dikotakan.
“Sayang, mama cuma boleh jadi penasihat dan tunjuk ajar pada Fi. Hidup tak semudah yang kita sangka. Jadi mama nak  Fi tau ini semua untuk kebaikan dan masa depan Fi. Kebahagiaan Fi kebahagiaan mama. Mama harap Fi faham.” ujar Datin Zaleha lembut.
Airmata bertakung dipelupuk mata. Lutfi yang memandang terharu seketika. Hati Lutfi turut dihambat rasa sebak melihat kesedihan yang terpaksa ditanggung oleh wanita itu.
“Terima kasih ma. Fi janji  tak akan sia-siakan harapan mama dan  keluarga kita. Maafkan Fi.” ucap Lutfi turut sebak. Pantas  dipeluk erat Datin Zaleha saat itu.
Serasa ringan bebanan dikepala, walaupun dia sedar penerimaan wanita itu terhadap teman wanitanya masih dingin. Yang jelas Lutfi tidak akan mengalah, cuba memujuk hati mamanya sekali lagi merestui hubungan cintanya bersama Rania. Jika apa yang difikirkan menjadi kenyataan, Lutfi percaya semuanya akan berubah pada yang lebih baik.


















PENGGARI HATI MR EGO KARYA CICI AIDA

BAB 2


Dania sempat berhayal sambil menguyah keropok dalam mulut. Tangannya sebelah lagi memegang sekotak air laici yang masih belum dibuka. Sedang elok kakinya melangkah untuk  melintas, tiba-tiba bunyi hon dari sebuah kereta lalu berhenti secara mengejut. Dania tergamam.
“Hoi..!!!” sergah pemilik kereta tersebut.
Kelihatan seorang lelaki dengan kemeja berlipat paras siku turun. Sempat lagi dia memandang hadapan keretanya sebelum melihat keadaan Dania. Mukanya berang tatkala menoleh pada Dania yang masih terduduk kaku atas jalan.
“Dah lama hidup ke? Nak mati? Melintas ikut suka hati je. Mata mana mata? Letak dekat kepala lutut?  Lain kali nak jalan, pandang dengan mata bukan dengan mulut, faham.” bentak  lelaki tersebut mencerlun matanya memandang Dania.
Tanpa menunggu dia terus berlalu kembali masuk ke badan kereta. Tenungan Dania padanya tidak langsung diendahkan.
“Mangkuk.  Ada otak  tak nak guna. Main redah aje.” bebel Lutfi  sebaik saja masuk ke dalam badan kereta.
Dania kembali bangun. Lutfi yang memandang sekali lagi didatangi rasa tidak puas hati. Hon keretaya ditekan. Cermin tingkap  diturunkan lalu kepalanya menjenguk sedikit.
“Ketepilah, tercegat dekat situ lagi apahal. Nak aku langgar kau ke? Urgh..” bengis muka lelaki itu dengan suara meninggi.
Dania tersentak. Pantas dia beralih ketepi. Tak pasal-pasal nanti lelaki berlagak itu sengaja melanggarnya. Saat kereta itu bergerak sedikit, Lutfi sempat lagi melemparkan jelingan tajam pada Dania sebelum memecut laju keretanya.
Apa lagi, terbakar  hati Dania dengan kata kesat yang keluar dari mulut lelaki itu tadi. Pantang sungguh dia dengan orang yang berkelakuan biadap. Pedih terlinga dengan cebisan ayat akhir lelaki itu.  Sepatah pun tidak sempat dia menjawab. Sudahlah tidak berbudi bahasa, jauh sekali untuk meminta maaf.
“Kurang ajar. Dia ingat dia siapa? Mentang-mentang kereta besar nak berlagak. Hebat sangat ke kau nak tempik-tempik aku macam tu. Tak pe, kalau aku jumpa kau sekali lagi siap. Taulah aku nak bagi pengajaran nanti. ” marah Dania sendiri.
Lutfi tergesa-gesa memasuki ke bilik office. Jam tangan di pandang sekilas. Kelewatannya pagi itu benar-benar menguji diri. Elok saja duduk, dia ditangi satu suara tiba-tiba masuk.
“Maaf encik Lutfi,  saya dah cuba beritahu  cik Rania yang encik Lutfi sibuk, tapi…”
“Tak apa awak boleh keluar.” beritahu Lutfi memandang.
Yati yang berdiri di sisi pintu, tidak mahu menuggu lama di situ. Meluat sungguh dia melihat wajah perempuan biadap dengan pakaian yang menjolok mata, bercakap ikut sedap mulut  masuk tanpa kebenaran majikannya. Sebelum keluar sempat lagi dia melemparkan  jelingan tajam.
Wanita yang diperkatakan itu turut meluat dengan cara layanan setiusaha Lutfi. Dia turut membalas dengan senyuman  mengejek. Langkah diatur  mendekati Lutfi yang sudah duduk.
“Sayang… lama I tunggu you. I call you tak angkat, sms you tak replay. You ni kenapa? Janji nak temankan I  pergi sain kontrak  tu. Ni sekarang ada satu jam lagi kita nak sampai sana. You nak teman kan I atau tidak?” rengek Rania dengan gaya menggoda. Dia  duduk dipangku Lutfi sambil melurut tali leher lelaki itu.
“Rania, I’m sorry ok.  Kerja I banyak. Mungkin I tak dapat temankan you hari ni.  Kejap lagi I ada meeting, lepas tu  pulak I kena jumpa klien. Mana sempat nak semua sekali dalam satu masa. I’m sorry sayang.  Lain kali je I temankan you ok. You faham I kan?” tangan Rania diraih seolah memujuk.
Mendengar saja kata-kata itu,  pantas Rania menepis tangan Lutfi lalu bangun dari pangkuan. Dia berdiri berpeluk tubuh membelakangi Lutfi yang masih duduk.
“You sengaja buat I macam ni kan? You memang tak sayang kan I. You lebih pentingkan kerja you dari I. Sekarang you pilih, kerja atau I.” bentak Rania tidak puas hati. Mukanya bengis.
Lutfi bangun mendekati Rania yang rajuk dengan kata-katanya. Perlahan dagu  wanita itu ditolak agar mendongak memandangnya.
“Rania, jangan cakap macam ni. I sayangkan you, and of cause I sayangkan kerja I  jugak. Ini semua  untuk masa depan kita. Boleh tak you sabar sikit. Bagi I masa untuk settle kan semua kerja-kerja ni. Lepas tu I janji I akan ambil cuti untuk luangkan masa dengan you. Puas?” lembut Lutfi cuba memujuk Rania. Begitu sabar dia meyan kerenah teman wanitanya.
“No, you dah janji dengan I. So you mesti temankan I sain kontrak tu hari ni. Kalau you tetap dengan keputusan you, maknanya you memang tak sayangkan I lagi. Lebih baik I pergi pada orang yang lebih sayangkan I daripada tunggu you yang tak pernah nak faham kemahuan I.” desak Rania mahu lelaki kesayangannya menurut segala kemahuannya.
Lutfi bungkam. Desakan Rania sekali gus menyesak fikiran. Tentu sekali dia tidak mahu kehilangan wanita yang disayang. Dan dalam masa yang sama hatinya berbelah bagi untuk memilih antara kerjaya dan cinta. Yang mana lebih utama untuk dirinya.  Lutfi menarik tangan Rania apabila dilihat wanita  itu cuba mengatur langkah.
Wait sayang, dengar apa I nak cakap dulu.”
“Tak apa I faham sangat dengan status anak datuk macam you. You memang sibuk selalu sebab semua benda  you nak uruskan. Syarikat keluarga you, mama you, sampai tak ada masa untuk I. Dahlah susah nak jumpa,  nak manja-manja dengan you mimpilah. Bosan. Lepas ni tak payah nak jumpa-jumpa I lagi.” rungut Rania. Lutfi yang sedang memegang tanganya, tidak dipandang.
“Sayang,  janganlah cakap macam ni. You tau kan I sanggup buat apa saja untuk you. You merajuk macam ni tak cantiklah sayang.  Dah, tak payah nak buat muka macam tu. Hari ni I temankan you pergi sain kontrak tu. Tapi next time I tak janji. You kena faham kerja I bukan macam kerja orang lain. You faham kan kenapa I kerja kuat. Semua ni untuk masa depan kita juga. Kalau you sayangkan I, lain kali tak nak merajuk macam ni lagi. Senyum sikit. Senyum…” pujuk Lutfi sedaya-upaya cuba menjaga hubungan cintanya bersama Rania.
Masa yang terhad terpaksa juga dilepaskan untuk seketika demi wanita tersayang. Rania kembali tersenyum memandang. Akhirnya lelaki ini termakan juga dengan lakonannya tadi.
Inilah dikatakan, cinta itu buta. Buta pada insan yang memejamkan mata, menutupkan hati serta memekakkan telinga. Tidak mahu membandingkan antara cinta sejati dan cinta hiasan. Hakikatnya cinta yang dikejarnya itu sekadar terlafaz dibibir sedangkan dihati  insan yang disayang jauh sekali ikhlas menerimanya.
                Seharian Lutfi menemani Rania dengan perjanjian yang telah dibuat. Jelas wajahnya mempamerkan reaksi bosan selama berada disitu. Fikirannya  melayang masih mengingatkan kerja-kerja yang tertangguh di office. Keputusan drastik  yang dibuat  tadi benar-benar  menjerut dirinya demi memenuhi permintaan kekasih hati. Apa yang dilakukan lelaki itu semuanya atas dasar terlalu menyintai Rania semata-mata. Sedikit sebanyak  rasa bersalah membelenggu dirinya  jika hal ini sampai ke pengetahuan mama. Tiba-tiba dalam melayan perasaan bahunya dipeluk seseorang dari belakang.
“Sayang, kenapa dari tadi I tengok you asyik termenung? I panggil  you tak dengar.  Kenapa ni?  Moody semacam muka tu kenapa? Cuba senyum sikit.” tegur Rania lembut.
Lutfi bangun melepaskan pelukan wanita itu. Dia memandang saat Rania sudah mendekati dengan senyuman. Kolar bajunya sempat dikemaskan Rania.
“Tak ada apa-apa. I letih duduk lama-lama dekat sini tunggu you. I ingatkan sekejap, tapi rupanya lama. Kalau I tau tadi, I balik office dulu kemudian datang sini jemput you.” jawab Lutfi membalas senyuman Rania.
“Mm…kesian, sorry sayang. I tak sangka pula dia orang nak tanya I macam-macam. Borak punya borak sampai terlupa yang you ada temankan I hari ni.  Sorry sayang,  I betul-betul tak terlupa  tadi. You tak marahkan?” ujar Rania dengan pertanyaan.
Lengan lelaki itu dipaut manja sambil tersenyum manis. Lutfi membalas demi si kekasih hati. Kalau dah cinta punya pasal buat apa pun tak kisah. Kalau boleh lautan berapi pun sanggup diredah masa itu. Setakat tunggu lama-lama, apalah sangat. Kecil punya hal pada orang sebegini.
Jam tepat menunjukkan pukul sembilan sebaik kereta Lutfi menembusi perkarangan rumah. Deruman enjin dimatikan lalu keluar dari badan kereta. Terlakar kepenatan di wajah lelaki ini tatkala  menjejakkan kaki ke dalam rumah. Tali lehernya direnggangkan sedikit dengan  badannya dilepas pada sofa empuk dihadapan ruang tamu. Matanya ditutup seketika melepaskan kepenatan.
“Baru balik?” tegur satu suara.
Lutfi tersentak. Wajah itu dipandang sambil mengerling sekilas pada jam tangan.
“Mama, tak tidur lagi?” soal Lutfi tidak menjawab, sebaliknya dia pula mengajukan soalan pada wanita itu.
“Mama tunggu Fi dari siang tadi. Mama call banyak kali tak dapat, mama datang office Fi tak ada. Fi pergi mana satu hari baru sekarang ingat nak balik?” tegas pertanyaan Datin Zaleha. Dia memandang wajah anaknya tidak berkelip.
Reaksi Lutfi berubah seketika. Pantas di bangun lalu menyeluk poket seluar. Ternyata telifon milikya sudah kehabisan bateri tanpa di sedari sepanjang bersama Rania siang tadi. Lutfi berdecit. Jadi sebab itulah dia tidak mendengar sebarang bunyi dari telifonnya. Riak wajah mamanya seakan difahami.  Apakah jawapan yang sesuai untuk diberitahu?
“Fi  jumpa klien dekat luar tadi. Sibuk sikit, tak sedar pulak battery phone habis.  Sorry ma, Fi betul-betul tak perasan.  Mama cari Fi sampai dekat office tadi  kenapa ma? Ada hal penting ke?”  tanya Lutfi lagi. Dia cuba menyangkal dalam hati, tentang sesuatu yang  sudah  pasti diketahui oleh mamanya saat itu.
Datin Zaleha merasakan Lutfi seolah pura-pura tidak faham dengan reaksinya. Apa Yang berlaku hari ini benar-benar menyakitkan hati Datin Zaleha. Ketiadaan Lutfi di office pagi tadi, salah satu penyebab wanita itu tidak mampu bertolak ansur lagi dengan sikap anak lelakinya ini. Ternyata soalan Lutfi tadi  mula membangkitkan api kemarahan Datin Zaleha.
“Kenapa  Fi tanya mama? Sepatutnya soalan tu mama yang tanya pada Fi. Fi pergi mana sebenarnya tadi? Jumpa klien atau jumpa Rania?”
“Fi minta maaf ma.
“Maaf, maaf, maaf. Apa masalah Fi sebenarnya? Fi sanggup abaikan kepentingan syarikat dan batalkan meeting semata-mata sanggup buat benda lain. Yati call mama bagitahu kalau Fi tak dapat hadirkan diri juga dalam meeting hari ni, kontrak syarikat kita akan dibatalkan. Apa semua ni?”  amarah Datin Zaleha mula meninggi. Matanya tajam masih lagi memandang  pada Lutfi yang separuh keletihan di hadapannya.
“Batal? Mustahil, sebab Fi dah suruh Yati tukar minggu depan untuk meeting sekali lagi. Bukannya Fi tak inform dengan dia orang. Rasanya  tak jadi masalahkan kalau kita tukar hari lain. Fi  sendiri dah bincang dengan pemegang saham dia orang sebelum tu. Dan dia orang pun dah setuju.  Mana boleh dia orang buat macam tu.” jelas Lutfi. Perasan bersalah mula berlegar di benak fikiran.
“Tak ada yang mustahil Ahmad Lutfi. Fi dah malukan mama dan AL Holding.  Memang patut kontrak syarikat kita dibatalkan, sebab sikap Fi yang pentingkan diri sendiri dan tak telus dalam soal kerja. Ini bukan sekali Fi, tapi dah berkali-kali. Sampai mama tak faham apa sebenarnya masalah Fi. Tahniah, sebab Fi berjaya hampakan harapan mama.” kecewa di penghujung ayat wanita itu. Baru saja  gerak langkahnya diatur, Lutfi pantas memintas di depan  memandang.
“Mama, tolong jangan cakap macam ni. Fi sayangkan mama dan Fi sayangkan Rania juga.” ucap Lutfi lembut perlahan tangan Datin Zaleha di pegang.
Namun Datin Zaleha terlebih dulu menepis tanpa memberi peluang untuk Lutfi memujuknya. Terlalu mudah untuk mengucapkan kata maaf, tapi ada saja masalah yang  dibuat setelah peluang diberi berkali-kali.
“Memang mama dah agak, ini semua sebab perempuan tak guna tu. Selagi dia masih ada hubungan dengan Fi, selagi tulah dia akan mendatangkan masalah dalam keluarga kita. Tak sudah- sudah dengan Rania.” bentak Datin Zaleha geram.
Suhu kemarahan mula meninggi tatkala mendengar pengakuan Lutfi itu.  Lutfi seakan kaku mendengar  amarah Datin Zaleha yang telah menyalahkan Rania dalam soal itu. Tentu sekali Yati secretary nya telah menceritakan tentang dia dan Rania yang tergesa-gesa keluar dari office tadi. Ditambah pula dengan kedatangan mamanya di office, sudah pasti hal perkembangan  syarikat turut diberitahu oleh Yati.
“Kenapa mama benci sangat dengan Rania? Tak boleh ke bagi mama peluang sekali lagi? Fi cintakan Rania ma, Fi sayangkan dia. Tolong faham perasaan Fi.” luah Lutfi bersungguh-sungguh dengan apa yang terbuku dihati.
“CUKUP…!!!  Mama tak nak dengar lagi alasan Fi lagi. Sekarang buka telinga luas-luas dengar apa yang mama nak cakap. Mulai hari ini, saat ini, mama tak nak Fi jumpa dengan perempuan tu  lagi. Ini keputusan muktamad. Kalau Fi rasa sayang kan mama, dan sayangkan masa depan keluarga kita, tolong tinggalkan perempuan tu.  Mama tak akan bertolak ansur kalau Fi cuba nak membantah cakap mama. Jadi sama ada Fi suka atau tidak,  lupakan Rania, lupakan segala-galanya tentang perempuan tu. Faham…!!!”  tengking  Datin Zaleha dengan baran sekali.
Kemarahan wanita ini tidak mampu dikawal lagi. Tanpa menunggun langkah diatur laju mendaki anak tangga. Tidak sekalipun dia menoleh lagi.
“Mama please. Mama tak boleh buat Fi macam ni. Mama..mama…” rayu Lutfi memanggil nama mamanya berulang kali.
Keputusan yang di buat mamanya sama sekali tidak boleh di terima. Lutfi mengeluh. Dia akui, ini semua kesilapan yang datang dari dirinya sendiri. Fikiranya kusut penuh dengan masalah yang tiada berkesudahan. Kedua-duanya penting. Cinta dan kasih sayang.  Namun peluang semakin tipis untuk dia meneruskan hubungan cinta dengan Rania.












PENGGARI HATI MR EGO KARYA CICI AIDA

BAB 1



“APA hal ni?” Soalan pertama Datin Zaleha.

 “Maaf, Datin. Encik Lutfi mabuk. Mungkin terlebih minum agaknya,” jawab seorang lelaki. Pak Sani namanya. Lelaki itu berumur dalam lingkungan pertengahan lima puluhan. Dia merupakan pemandu peribadi di rumah agam itu.
 Lutfi dibaringkan di atas sofa dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Tajam pandangan Datin Zaleha ke wajah anak terunanya. Pantas dia mendekati Lutfi.
“Fi, bangun Fi. Bangun, mama kata bangun. Fi bangun,” kejut Datin Zaleha sambil duduk di sebelah anaknya. Badan Lutfi digoyang-goyangkan namun Lutfi sudah jauh hanyut dibawa mimpinya saat itu. “Fi, bangun!” Keras suara Datin Zaleha kali ini.
 Wajah anaknya ditepuk-tepuk. “Mmm… Jangan kacau. Letihlah, sayang. Esok ajelah kita cakap. I nak tidur ni,” dengus Lutfi malas. Tangan mamanya ditepis dengan mata yang masih terpejam. “Sayang? Ahmad Lutfi, bangun!!! Ini mama, Fi. Sampai bila kamu nak jadi macam ni?” soal Datin Zaleha dengan geram.
Pak Sani memandang reaksi majikannya. Jelas berubah wajah wanita itu seakan-akan menahan marah.
“Kenapa Pak Sani tak halang dia teguk air setan tu? Saya dah cakap banyak kali, jangan ikutkan sangat kehendak dia ni. Nanti menjadi-jadi. Sekarang tengoklah. Asal balik aje mabuk. Sampai bila kita nak tengok dia terus hanyut macam ni? Susah sangat ke nak dengar cakap saya?!” ujar Datin Zaleha dengan nada suara yang tinggi.
Tak pasal-pasal Pak Sani menjadi tempat melepaskan geramnya. Lutfi yang masih terbaring dipandang semula. Ikutkan hati, nak aje dia curahkan air ke muka Lutfi agar kembali sedar.
“Saya minta maaf, Datin. Sebenarnya saya tak sangka Encik Lutfi mabuk lepas jumpa dengan Cik Rania. Cik Rania kata bukan selalu pun dia minum, cuma malam ni saja. Itu pun sebab nak celebrate birthday kawan Cik Rania. Saya terkejut, tapi saya tak tau nak buat macam mana lagi. Saya terus bawa dia balik,” terang Pak Sani tenang.
Dengan wajah yang bengis Datin Zaleha bangun. Nipis telinganya mendengar nama itu. “Rania? Jadi semua ni sebab dia? Perempuan tu memang dah melampau!” ucap Datin Zaleha berbaur amarah. “Datin, saya minta maaf. Saya faham perasaan Datin sekarang ni. Walaupun Encik Lutfi bukan anak saya, saya dah anggap dia macam anak saya sendiri. Masalah keluarga ni dah jadi sebahagian daripada masalah saya. Datin rasa susah, saya turut sama susah. Cubalah Datin nasihatkan Encik Lutfi lagi. Saya percaya dia seorang anak yang baik dan mendengar kata. Mungkin sekarang dia susah nak berkongsi masalah dengan orang lain ataupun dia malu nak terus terang,” beritahu Pak Sani, lembut. Prihatin sungguh dia terhadap keluarga majikannya yang sudah dianggap seperti keluarganya sendiri.
“Terima kasih Pak Sani sebab tolong saya. Kalau Pak Sani tak ada, memang tak taulah saya apa nak jadi dengan si Lutfi ni. Maaf, sebab saya terlepas marah kepada Pak Sani tadi,” ucap Datin Zaleha.
 Lelaki tua itu tersenyum. Gerak langkahnya diatur. Pintu yang terbuka ditarik perlahan. Abang, kenapa cepat sangat abang tinggalkan Zal? Zal keseorangan, bang. Zal tak kuat. Zal tak berdaya mengharungi semua ni tanpa abang, rintih hati kecil wanita itu. Air mata yang mengalir dibiarkan saja. Dia melihat wajah Lutfi. Semakin dipandang semakin perit hatinya menahan sebak memikirkan untuk hari-hari seterusnya. Terasa berat ujian-Mu, Ya Allah. Haruskah dia membiarkan saja Lutfi terus hanyut dengan kehidupannya sekarang ini? Tidak, itu pastinya tidak akan dibiarkan berlaku. Dia akan bangkit dengan semangat yang ada. Dia harus kuat, tidak boleh lemah dan mudah mengalah. Dia juga perlu menjadi tonggak utama untuk melihat masa depan Lutfi lebih terjamin. Itulah kata semangat yang berbisik dalam diri Datin Zaleha. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin untuk mencari kekuatan diri.

 LUTFI tenang memandu. Pandangannya dilempar ke luar tingkap. Kejadian mabuk semalam cuba dibuang jauh. Fikirannya bercelaru memikirkan masalah yang sedia ada. Ditambah pula dengan pelawaan mamanya. Bingung sungguh dirinya untuk menyelesaikan masalah yang satu per satu menanti di hujung otak apabila mengingatkan kata-kata mamanya.
“Fi, hari ni balik awal sikit ya. Mama nak ajak Fi pergi rumah Aunty Julie. Dia call mama semalam. Bagi tau yang Lisa dah habis studi, dah balik pun dari US dua hari lepas. So, dia nak buat majlis makan-makan. Kita pergi, ya? Mama pun dah lama tak jumpa dia orang,” beritahu Datin Zaleha sambil tersenyum memandang wajah anaknya.
Tapi tidak bagi Lutfi yang hanya tersenyum pendek mendengar pelawaan mamanya. Reaksinya kelihatan serba salah.
“A… a… Sorrylah, ma. Hari ni Fi dah janji dengan kawan, ma. Mungkin Fi balik lewat. Mama pergilah. Mungkin lain kali Fi temankan mama. Tak apa, kan?” jawab Lutfi sedikit teragak-agak. “Takkan tak boleh langsung nak temankan mama? Lagipun Fi kan dah lama tak jumpa dengan Lisa. Dia kan kawan Fi masa sekolah dulu. Pasal nak jumpa kawan tu, tangguh hari lain tak boleh? Penting sangat ke?” soal Datin Zaleha inginkan kepastian.
“Penting sangat tu tidaklah. Tapi Fi dah janji dengan orang. Nanti apa pula kata kawan Fi? Lagipun pagi ni Fi ada meeting dengan klien, jadi terpaksalah Fi jumpa kawan sebelah petang. Sorry, ma. Fi betul-betul tak boleh teman mama hari ni. Fi minta maaf, ya.” Gelisah saja nada suaranya berkata-kata.
“Siapa? Rania?” Kerutan di dahi Datin Zaleha jelas terlihat. Lutfi mengangguk perlahan tatkala melihat reaksi mamanya berubah. “Rania, Rania, Rania.” Terus Datin Zaleha terhenti untuk menghabiskan makanan di atas pinggannya. Sudu diletak dengan wajah yang mencuka. Dia bangun. “Pedih hati mama ni bila Fi pentingkan orang lain daripada mama Fi sendiri. Kenapa Fi tak pernah dengar cakap mama dari dulu? Tinggalkan perempuan tu dan lupakan dia. Rania tak sesuai untuk Fi. Banyak lagi perempuan di dalam dunia ni yang lebih cantik, lebih hebat malah lebih baik daripada dia. Kenapa perempuan macam tu juga yang Fi kejar? Dia tak sesuai nak dijadikan calon isteri Fi. Tolonglah, tolonglah dengar cakap mama kali ni,” tambah Datin Zaleha dengan suara yang mula meninggi. Baru saja langkahnya diatur meninggalkan meja makan, Lutfi lantas kembali bersuara.
 “Mama tak boleh cakap macam tu. Fi cintakan dia. Fi percayakan dia. Fi tak boleh hidup tanpa dia, ma. Mama tolong faham Fi. Tak salah kan kalau kita bagi dia peluang untuk berubah? Fi sayangkan dia, ma. Fi sayangkan Rania,” luah Lutfi bersungguh-sungguh dan cuba meyakinkan mamanya.
 Datin Zaleha menggeleng lalu menoleh ke arah anaknya. Dia cuba menahan perasaannya saat itu. “Mama dah tak tau nak cakap apa lagi dengan Fi. Kenapa Fi susah nak lupakan orang yang cuba musnahkan keluarga kita? Sebab dia, Fi sanggup ketepikan adik-beradik, Fi sanggup lukakan hati mama. Kenapa Fi sanggup buat semua ni? Mana letaknya pendirian Fi selama ni? Apa hebatnya perempuan tu dalam hidup Fi sampai Fi sanggup membelakangkan kami semua?” Jelas kekecewaan dari nada suara Datin Zaleha. Air mata mula bertakung di pelupuk matanya. Dia cuba mengawal rasa hiba dalam hati tatkala Lutfi mendekati dan memegang tangannya.
“Mama, tolong faham perasaan Fi. Fi minta maaf sangat-sangat kalau selama ni Fi selalu buat mama susah hati. Fi sayangkan Rania dan Fi nak kahwin dengan dia. Fi tak akan tinggalkan dia,” ucap Lutfi sambil memandang wajah Datin Zaleha dengan harapan menggunung agar mamanya setuju dengan pujukannya kali ini. Tapi tidak wanita itu. Dia semakin sakit mendengar ayat Lutfi yang masih juga tidak berganjak dengan keputusannya.
 “Enough, Ahmad Lutfi. Jangan ingat dengan perasaan cinta, Fi dapat beli kebahagiaan. Selagi tiada restu daripada mama, mama tak izinkan Fi kahwin dengan perempuan tu. Ingat Fi, papa dah tinggalkan kita. Tif dengan Keera semakin menjauh hati dan mama tiada siapa-siapa kecuali Fi. Tolong jangan hancurkan permintaan mama. Mama tak nak Fi menyesal kemudian hari,” ujar Datin Zaleha. Semakin sebak hatinya saat itu.
Lutfi tidak mampu melihat kesedihan mamanya. Air mata yang gugur membuatkan dirinya dirundung perasaan bersalah kerana tidak cuba untuk mengembalikan kebahagiaan milik keluarganya. Mungkin kerana sikapnya, banyak hati yang terluka. Lamunannya tiba-tiba tersentak ketika pedal brek terpaksa ditekan dengan cemas.